MENJELANG PIALA MALAYSIA 2011 : Penantian tujuh tahun
PERWATAKAN pemain sayap skuad Penyu, Mohd Ashaari Samsuddin amat pendiam dan serius ketika di luar padang, namun karakternya terus bertukar sebagai senjata pemusnah skuadnya apabila beraksi di padang sehingga mendorong rakan sepasukan menggelarnya ‘Saha Terengganu’.
Memulakan karier sebagai pemain pada 2005, anak jati Marang, Terengganu itu yang belum pernah merasai nikmat bergelar juara Piala Malaysia menyimpan keazaman tinggi untuk memahat sejarah mengucup piala berprestij itu selepas gagal mara ke final tujuh tahun lalu apabila ditumpaskan Selangor dengan agregat 4-2 di separuh akhir.
Menurut pemain berusia 26 tahun itu, dia akan memanfaatkan peluang yang ada dengan sebaiknya untuk membantu Terengganu muncul juara buat kali kedua dalam sejarah pertandingan Piala Malaysia.
“Selain itu, saya juga mahu menghadiahkan trofi berprestij ini kepada isteri tersayang, Nurfadilawati Abd Salam, yang bakal menyambut hari jadi ke-23 pada tarikh sama dengan final berlangsung iaitu 29 Oktober ini serta untuk anak kami, Mohd Alif Nasri, sembilan bulan.
“Saya berharap misi membawa pulang trofi Piala Malaysia selepas muncul juara Piala FA dan naib juara Liga Super musim ini akan menjadi kenyataan kerana sesudah tujuh tahun mewakili Terengganu, saya masih gagal memburu mahkota kejuaraan piala berprestij itu,” katanya.
Ketika ditanya keistimewaan Piala Malaysia berbanding Piala FA dan Piala Liga, pemain yang mempunyai ketinggian 1.79 meter itu mengakui memiliki trofi kejuaraan itu lebih gah kerana ia pertandingan nombor satu dalam bola sepak negara.
“Saya juga sudah mengingatkan rakan sepasukan supaya melakukan yang terbaik untuk menafikan hajat Negeri Sembilan menjulang piala itu kerana musim depan cabaran dalam pentas Liga Malaysia sudah tentu berbeza dengan kemasukan pemain import,” katanya.
Mengenai Negeri Sembilan, Ashaari mengakui pasukan bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah itu perlu diawasi dan tidak boleh dipandang mudah kerana skuad itu mempunyai jentera berwibawa di setiap posisi.
“Bagaimanapun saya percaya jika pergerakan lawan yang mempunyai kekuatan di jentera tengah dapat dipatahkan lebih awal sebelum memasuki kawasan berbahaya, kami tidak menghadapi masalah besar untuk menewaskan mereka,” katanya.
|^_^|
:))
:)]
;))
;;)
:D
;)
:p
:((
:)
:(
:X
=((
:-o
:-/
:-*
:|
8-}
~x(
:-t
b-(
x(
=))
Post a Comment