Archives

Hero2004 Blog

TeGanung : Name's...

Menurut sebuah hadith dari Rasulullah SAW bahawa nama yang baik diberikan kepada anak-anak dari kaum muslimin ialah nama para nabi. Manakala yang lebih afdhal (utama) dan disukai oleh Allah SWT ialah Abdullah dan Abdur Rahman.

Adalah menjadi kewajipan bagi kedua ibu bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya.

Oleh itu, berhati-hatilah dalam memilih dan memberikan nama kepada anak-anak. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik.

Apa ada pada satu name?

Salah eja atau salah sebut nama seseorang boleh membuatkan pemiliknya jadi susah hati dan kurang senang, ini bergantung kepada darjah keegoan masing masing. Mengesahkan fakta ini apabila ada juruhebah-juruhebah atau kerani-kerani Pejabat Pendaftaran yang menjadi mangsa kemarahan.

Nama apa pun yang tertulis pada Kad Pengenalan (sekarang Mykad) di sana ada satu peluang baik yang anda akan dipanggil berbeza. Lebih lebih lagi jika anda berada di negeri Terengganu. Di Terengganu, nama-nama akan berubah mengikut ciri-ciri fizikal, kualiti, pekerjaan, asal atau beberapa cerita berkaitan. Ianya akan kekal dan jarang dibersihkan.

Name yang paling banyak didunia adalah Mohamad.

Kalu di TeGanung akan jadi Mat saje, pas tu disambung dengan gelaran...

Name yang cukup sinonim dengan TeGanung...

Embong

Jusoh

Endut

.....sila tambah....

Name Malaysia yang di TeGanungkan. ..

Mustafa..... .Setopa

Ismail.....Weil/ PokWeil

Ibrahim....Berahim

.....sila tambah....

AjiMbong atu citer sket guane yang lekat name tu...

AO.......mase studi dulu name glamer mung pende...

Contoh :

Dalam kelas jika ada 2 Mohamad. Supaya, tidak keliru akan dirujuk sebagai Mohamad A dan Mohamad B.

Ini berbeza jika di kampung-kampung di mana abjad-abjad Roman jarang digunakan.

Keadaannya akan menjadi, Mamat Pala Kerah (Mamat Yang Degil) atau Mamat Tukang Gunting (Mamat Barber).

Mamat Ppala Kerah....Mamat Kepala Keras

Awang....panggilan untuk budok

Mok Mek....panggilan untuk Cina puan(hok kawin doh)

Towkey....peniaga cina

Mek Jaroh....Lan akan explain

Cik Kaleh....Lan akan explain

.....sila tambah....

Pakat tambohlah sket sket sorang....nostalagi a lama tu...tentang name ning....masing masing mesti ade...ke gane...

Pakat komenglah siket-siket sorang weh....

Sedap Doh Brase....

....................readmore

Hero2004 Blog

Solat Pada Waktunya

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :

Solat Pada Waktunya

Hadith :

Dari Abu Dzar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bertanya kepadaku, sambil menepuk pahaku: Apa yang engkau lakukan jika engkau berada dalam lingkungan kaum yang suka melalikan solat dari waktunya? Jawabku:”Apa perintah tuan untuk saya?“ Sabda baginda, solatlah pada waktunya (sekalipun sendirian). Sesudah itu selesaikanlah segala urusanmu. Jika kebetulan orang solat berjamaah dan engkau masih berada dalam masjid, maka solatlah pula (bersama mereka).”

(Muslim)

Huraian

Solat bukan perkara yang remeh di dalam agama. Bahkan ia menduduki tempat teratas dalam penilaian ketaatan manusia sehinggakan di padang Mahsyar kelak setiap amalan manusia didahului kiraannya daripada solat itu sendiri. Jika baik dan sempurna ia dikerjakan maka semua amalan berikutnya akan baik. Hal ini kerana fungsi solat itu adalah untuk mencegah manusia daripada melakukan kajahatan dan kemungkaran. Begitulah sebaliknya. Oleh itu janganlah kita merasa berat untuk melakukan solat kerana perasaan itu membuka peluang kepada syaitan untuk melalaikan kita dengan mendedahkan kita kepada perkara-perkara yang menarik nafsu seperti duduk-duduk berkumpul dan berbual-bual sehingga terleka atau terlalu asyik membeli belah sehingga terlupa akan solat. Adalah lebih baik sekiranya kita dapat mengerjakan solat itu pada awal waktu meskipun secara sendirian daripada terlewat mengerjakannya kerana sebab-sebab yang sebenarnya boleh dielakkan. Bahkan dalam hadith di atas Rasulullah s.a.w menggalakkan kita merebut pahala solat berjamaah sekalipun kita telah selesai mengerjakan solat (sendirian) demi menekankan akan kepentingan menyegerakan solat dan keutamaan berjamaah.

....................readmore

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.