Archives

Hero2004 Blog

Bola: Malaysia 36 pasukan tercorot

KUALA LUMPUR - Ranking terbaru bola sepak dunia yang dikeluarkan oleh FIFA menyaksikan pasukan negara terus merudum satu lagi anak tangga ke kedudukan 165 berbanding kedudukan 164 yang dikeluarkan bulan lepas.

Menerusi senarai yang diperolehi dari laman web FIFA semalam, kedudukan Malaysia sebelum ini diambil alih oleh Pakistan.
Kini pasukan negara setanding dengan negara termasuk Seychelles (163), Netherlands Antilles (161), Tahiti (159), Pulau Turks and Caicos (158), Myanmar (157) dan negara-negara lain yang diketahui mempunyai kekurangan infrastruktur asas seperti padang, stadium dan peralatan sukan.

Palestin (162), Liberia (145), Chad (143), Lebanon (141) dan juara Piala Asia tahun lepas, Iraq turut mempamerkan kedudukan lebih baik berbanding Malaysia.
Ranking tertinggi yang diperolehi Malaysia ialah di tangga ke-79 pada 1993 sementara kedudukan ke-165 merupakan pencapaian terburuk pasukan negara sejak 15 tahun lepas.
Lebih menyedihkan, negara berada dalam kelompok 36 pasukan tercorot dalam senarai FIFA dari 201 negara.

Pada peringkat Asia, kedudukan Malaysia juga jatuh ke kedudukan 32 dari 46 negara, berbanding tempat ke-27 sebelum ini.
Pencapaian negara jiran pada peringkat Asia terus meningkat dengan mendadak yang didahului Thailand (10), Vietnam (16), Indonesia (20), Singapura (21) dan Myanmar (29).

Sementara itu, Argentina terus menduduki ranking pertama dunia, Brazil di tempat kedua dan Juara Piala Dunia 2006, Itali di tempat ketiga.
- Bernama
....................readmore

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.