Archives

Hero2004 Blog

Antara Kesilapan Dan Takdir

JODOH pertemuan, ajal dan maut semuanya tergenggam dalam tangan Tuhan. Ia
merupakan takdir Allah s.w.t. Ia telah ditetapkan demikian. Tidak boleh
dipercepatkan atau ditangguhkan walaupun sesaat. Itulah kehebatan Allah.

Kita sebagai hamba-Nya harus menerima dengan penuh redha atas apa yang
berlaku. Anggap dan terimalah sesuatu yang ditakdir itu penuh dengan hikmah
yang tersirat yang bukan mudah untuk kita selongkari.


Begitulah juga dengan tragedi malang, kemalangan mengeritkan yang berlaku
ke atas bas Sani ekspress dua tingkat di lebuh raya Utara – Selatan pagi
semalam. Kejadian itu ia sudah ditetapkan berlaku demikian. Adapun punca
kejadian itu kerana pemandu terlelap adalah isbatnya sahaja.

Walaupun kita tidak berpuas hati dan kesal kerana isbat manusia itu, namun
itulah ketentuan dari Maha Pencipata dan Penguasa.

Kesemua mereka yang maut dalam kemalangan itu sudah ditetapkan sejak
diazali lagi. Bahawa mereka akan kembali menemui penciptaan-Nya dalam
keadaan seperti itu pada tempat, masa dan hari berkenaan.

Kepada keluarga mangsa harusnya menerima dengan penuh tabah dan keredhaan.
Tiada ucapan seaman itu untuk mereka. Kata orang berat mata menadang berat
lagi bahu memikul. Tahziah.

Bagaimana pun demikian ketetapan Allah kita tidak boleh menerima begitu
saja tanpa memikirkan kesan, akibat serta mencari punca-punca kelemahan
manusia bagi mengatasinya. Setiap kejadian harus diambil iktibar agar ia
tidak mudah berulang. Kalau sesuatu kejadian itu tidak dijadikan iktibar
nescaya ia akan berulang dan berulang.

Yang pastinya kejadian itu kerana kelemahan dan kelalaian manusia.
Selalunya kesilapan akan berlaku kerana kelemahan manusia. Jika manusia
berhati-hati dan waspada kesilapan boleh dikurangkan kalaupun tidak boleh
dielakkan langsung kerana sudah tertakdir begitu.

Kelemahan ini boleh diatasi. Kerana itu kita disarankan agar berdoa,
berikhtiar bagi mendapat sesuatu dan meloloskan diri kita dari apa jua
kecelakaan. Apakah kalau kita berdoa apa yang ditetapkan itu akan
tertangguh? Bukankah sesuatu kejadian itu telah ditetap sejak azali lagi?

Soal tertangguh atau tidak itu kerja Allah s.w.t. Kita makhluk yang kena
jadi diminta berbuat demikian. Kita tertakluk dalam kehendaknya. Dia suruh
kita berusaha, meminta dan berikhitar tentulah ada muslihat baginya. Sama
ada ianya mendatangkan hasil atau tidak, itu soal lain. Sebab itu setelah
berdoa, berikhtiar kita diminta pula berserah (tawakal) kepadanya.

Mengenai kemalangan ngeri di kilometer 272.8 lebuh raya Utara – Selatan itu
ia boleh dielakkan kalau pemandu itu tidak terlelap. Dia tidak letih dan
tidak mengatuk. Di sini kesihatan, kewarasan dan kebijaksanaan pemandu
mengawal diri adalah penting dalam berjihad dan berkebajikan membawa bas.

Begitu juga dengan ciri-ciri keselamatan lain. Kalau kita berakal, bijak
berikhitar dan berusaha mengelak kemalangan mungkin ia boleh diatasi.
Takdir Allah tidak sesiapa yang tahu. Tetapi akal kita boleh menjangkau apa
yang harus kita lakukan menerusi pengalaman, sejarah dan kejadian-kejadian
lampau.

Misalnya, kalau pagar jalan itu dibina tinggi atau pun diganti dengan
tembok, mungkin keadaan yang menimpa bas itu tidak akan berlaku sekejam
itu. Besi penghadang jalan itu tidak akan merodok ke dalam perut bas yang
boleh memenggalkan kepala dan memburaikan isi perut penumpang.

Besi penghalang yang ada di lebuh raya kini umpama peluru atau anak panah
yang siap menanti untuk menikam pemandu lalai dan leka. Ia akan memancung
kepala sesiapa saja. Adalah adil kalau ia memancung kepala pemandu yang
liar, tidak mematuhi isyarat lalu lintas, tetapi malangnya ia kadang-kadang
mengorbankan penumpang yang tidak berdosa yang sedang lena tidur.

Begitu juga harus difikir penggunaan bas dua tingkat. Mungkin ianya tidak
stabil dan sesuai dengan keadaan lebuh raya kita yang berbinggul-binggul
dan tidak sekata. Mungkin Jabatan Pengkutan Jalan (JPJ) dan pihak berwajib
lain boleh membuat kajian mengenai tahap keselamatan bas berkenaan. Kita
tidak seharusnya bermegah dengan kehebatan rupa bentuk bas tetapi yang
lebih penting ialah keselamatannya. Penumpang menggunakan perkhidmatan
bukan untuk bersantai tetapi untuk tiba ke destinasinya.

Aspek-aspek lain ialah mengenai penguatkuasaan daripada pihak polis dan
juga jabatan pengakutan jalan raya. Penguatkuasaan hendaklah berterusan dan
bukan bermusim pada musim perayaan sahaja. Polis trafik seharusnya bukan
kerja memerangkap untuk menyaman tetapi bertindak sebagai penegur, tampil
secara fizkial dijalan raya dan nasihat terus pemandu yang liar.

Begitu juga dengan warga pemandu bas dan pengguna jalan raya seluruhnya.
Mereka harus memandu atau mengguna jalan raya umpama mereka sedang meniti
satu titian halus yang panjang. Anggaplah memandu sebagai satu cabaran
besar yang meletakkan nyawa sebagai sandaran.

InsyaAllah kalau kita berusaha keras, berikhtiar menjaga keselamatan,
kematian yang begitu rapuh seperti berlaku ke ata penumpang bas Sani
ekspress itu dapat dielakkan.
Akhirnya sekali lagi TAKZIAH kepada seluruh keluarga penumpang yang maut.
Marilah kita berdoa semoga kejadian itu tidak akan berulang dan ia
merupakan penamat dan penutup kepada tahun 2009, dan kejadian ngeri begitu
tidak lagi berlaku selamanya.

Kita wajib berdoa!

wm.kl 9:55 am 27/12/09]
Posted by mso.im at 9:55:00 AM
....................readmore

Hero2004 Blog

Santai - Amir

....................readmore

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.