Hero2004 Corner
Since kita semua kena 'CHOW' dari ofis thn 2004 & semua kat KERTEH tu kelas2/bapak2 belaka...dan semua jantan2 belaka...
TERENGGANU KITE.....
- All
- Hadith
- Sukan
-
- Browse more categories
- Album Hero2004
- Berita
- Berita Hero2004
- Doa
- Gambar
- Hadith
- Hari Ini Dalam Sejarah
- Hebahan
- Hiburan
- Hidayah
- Ibadah
- Isu Semasa
- Kartun DiHero2004
- Khutbah
- Kisah Al-Quran
- Klip
- Komentar Hero2004
- Lagu
- Lawak Hero
- Luahan
- Macam-Macam
- Memori
- Moral
- Muat Turun
- Mutiara Kata
- Pantun Oleh Geng Hero2004
- Pena Roslan
- Pengajaran
- Perhatian
- Perisian
- Petikan
- Rilek Minda
- Sejarah
- Sembang EPL
- Sukan
- TeGanung
- Teknologi
- Ucapan Hero2004
Archives
Hadith : Allah mengampuni Dosa Orang Yang Berpuasa
Kategori : IBADAH
Tajuk :
Allah mengampuni Dosa Orang Yang Berpuasa
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.
Riwayat Bukhari dan Muslim
Pengajaran Hadith :
i) Puasa mencakupi pembatasan seluruh anggota tubuh bahkan hati dan pikiran daripada melakukan segala macam dosa. Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal berpuasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya dengan perbuatan dosa.
ii) Sesungguhnya iman dan nafsu yang jahat tidak mungkin boleh bersama kerana mustahil orang yang kuat imannya disertai oleh nafsu yang liar. Begitu juga tidak akan berlaku orang yang bernafsu liar mendakwa imannya kuat. Maka bulan Ramadhan merupakan peluang bagi umat Islam menundukkan nafsunya kerana peningkatan iman tidak akan berlaku sekiranya nafsu gagal dijinakkan. Sedangkan seseorang itu hanya akan mencapai tahap jihad yang paling tinggi apabila terlebih dahulu berjaya mengekang dan menjinakkan nafsu dalam dirinya.
iii) 'Dengan penuh keimanan' sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas bermaksud yakin dengan janji-janji Allah S.W.T dan melaksanakan perintah-perintah Allah dengan penuh keikhlasan iaitu mencari keredhaan daripada Allah semata-mata, bukan berpuasa sekadar ikut-ikutan dengan tujuan untuk berbangga-bangga (riya'), mendapatkan pujian atau habuan dunia.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

HAdith : Keadaan Seseorang Ketika Sampai Ajal
Kategori : AKIDAH
Hadith :
Dari Anas r.a katanya: "Rasulullah s.a.w telah masuk menziarahi seorang pemuda yang sedang berada dalam keadaan hampir mati, lalu bertanya kepadanya: "Bagaimana Keadaanmu?" Pemuda itu menjawab: "Aku berharap kepada (rahmat) Allah - Ya Rasulullah! - dan aku takutkan (balasan buruk) dari sebab dosa-dosa ku". Mendengarkan yang demikian, Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak berhimpun dalam hati seseorang dua perkara itu (harap dan takut) pada saat yang seperti ini, melainkan Allah memberikannya apa yang diharapkan dan menyelamatkannya dari apa yang ditakuti."
Riwayat Anas r.a
Pengajaran Hadith :
i) Apabila menghadapi ˜sakratul maut' setiap umat Islam diminta agar sentiasa mengingati Allah dengan bersungguh-sungguh serta berdoa semoga Allah memberi pertolongan kepadanya semasa mengalami penderitaan tersebut.ii) Kita hendaklah menanamkan perasaan takut terhadap kemurkaan Allah dan mengharapkan rahmat daripada-Nya pada setiap masa apatah lagi di saat-saat genting menghadapi sakratul maut kerana hal ini ada ganjaran dan penghargaan yang besar daripada Allah S.W.T malah dengan adanya perasaan tersebut juga akan menghindarkan kita daripada terdorong melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah

Hadith : Ciri-ciri Orang Munafik
Kategori : AKIDAH
Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) .

Riwayat Ahmad
Pengajaran Hadith :
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Hadith : Memuliakan Rasulullah Dan Keluarga Baginda
Kategori : AKIDAH
Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah telah memilihku dan memilih untukku beberapa sahabat dan mertua serta menantu-menantu; dan (ingatlah) akan datang suatu puak yang mencaci dan membenci mereka, maka janganlah kamu bersekedudukan dengan mereka, dan janganlah kamu semakan seminum dengan mereka,dan jangan juga kamu bersemenda dengan mereka."
Riwayat Anas r.a
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Hadith : Larangan Meminta-minta Mati
Kategori : AKIDAH
Tajuk :
Larangan Meminta-minta Mati
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.
Riwayat Bukhari dan Muslim
Pengajaran Hadith :
i) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.
ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.
iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakkal kepada-Nya dalam segala keadaan.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
....................readmore

SIKAP POSITIF PENENTU KEJAYAAN
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
“SIKAP POSITIF PENENTU KEJAYAAN”
(14 JANUARI 2011 / 9 SAFAR 1432H)
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
“SIKAP POSITIF PENENTU KEJAYAAN”
(14 JANUARI 2011 / 9 SAFAR 1432H)
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Di kesempatan berada pada hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah yang bertajuk:
“SIKAP POSITIF PENENTU KEJAYAAN ”.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Dalam menempuh kehidupan seharian yang penuh dengan cabaran, dugaan dan rintangan, kita sebagai umat Islam dituntut untuk sentiasa berfikiran positif dengan banyak bersabar, bersemangat waja dan tidak mudah berputus asa serta sentiasa menjauhi dari berperasangka buruk dan negatif sesama kita. Ini kerana segala dugaan tersebut merupakan fitrah atau lumrah di dalam kehidupan manusia. Ia juga merupakan ujian daripada Allah SWT untuk mengenal pasti siapakah di kalangan hamba-Nya yang terbaik dari segi amal ibadah mereka di dunia. Allah SWT telah menjelaskan kepada hamba-Nya kenapa manusia itu dituntut agar berfikiran positif dan menjauhi dari bersangka buruk sesama manusia sebagaimana firman-Nya di dalam surah al-Hujurat ayat 12 :

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”
Bersikap dan berfikiran positif adalah salah satu daripada sifat yang sewajarnya menghiasi diri seseorang umat Islam itu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan dalam hidupnya. Secara terperincinya, berfikir positif dapat didefinisikan sebagai satu pandangan atau sikap seseorang yang sentiasa memandang baik terhadap apa jua keadaan yang menimpa dirinya ataupun kepada orang lain. Berfikiran positif lebih dikenali sebagai Husnu al-Zhan yang membawa maksud berprsangka baik.
Agama Islam amat menganjurkan umatnya supaya bersifat dengan sikap berprasangka baik di dalam kehidupan berbanding dengan sikap berprasangka buruk yang jelas sekali begitu keji dan tercela.
Seorang ulama terkenal Syeikh Abdul kadir al- Jailani pernah berpesan kepada kita dengan katanya: Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu "Mungkin kedudukannya di sisi Allah SWT jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku". Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-Nya.Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah(dalam hatimu) "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku." Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah(dalam hatimu) "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu):"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya. Aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu)"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk".
Amatlah tepat dengan saranan Rasulullah SAW yang menyanjungi seorang mukmin yang berfikiran positif dalam segala aspek kehidupannya. Bahkan itulah sikap dan ciri-ciri mukmin sejati yang dituntut oleh agama kita sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
Bermaksud: “Amat menakjubkan sikap seorang mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu di sekelilingnya. Sikap ini sebenarnya tidak pernah wujud pada umat lain kecuali kepada golongan mukmin. Jika dia mendapat kebaikan, ia bersyukur, Jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya.” (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith ini tergambar dengan jelas tentang ciri-ciri seorang mukmin yang sebenar. Bukan sahaja mereka ini sabar dan tabah menghadapi segala ancaman dan dugaan dalam kehidupan, bahkan mereka juga sudah lali dengan segala cabaran demi cabaran serta terus fokus dengan matlamat utamanya iaitu mencari keredhaan Allah SWT, kerana sesungguhnya hanya keredhaan Allah SWT sahajalah yang didambakan dan dihajati dalam hidupnya.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Perasaan syak ataupun menyangka buruk menjadi penghalang kepada hubungan antara perseorangan dengan berkesan kerana menyangka buruk sahaja sudah memadai untuk mencetuskan pelbagai masalah. Menyangka buruk kepada seseorang sering berkait rapat dengan perasaan hasad dengki atau cemburu. Dengan perasaan hasad dengki menyebabkan kita tidak merasa selesa dengan kejayaan orang lain, walaupun mereka itu jiran tetangga kita ataupun rakan sekerja kita sehingga menyebabkan timbulnya peselisihan dan fitnah yang akhirnya memecahbelahkan silaturrahim sesama umat Islam. Dengan berperasangka buruk mengakibatkan seseorang itu bertindak diluar batas kemanusian, tindakannya akan dipengaruhi oleh iblis dan hawa nafsu sehingga sanggup melakukan jenayah sebagaimana yang berlaku dalam masyarakat kita pada ketika ini seperti bermasam muka, mencederakan orang, menyimbah asid dan sebagainya.
Walaupun sifat ini amat sukar dibuang namun ianya mestilah diletakkan dalam senarai utama yang perlu kita usaha untuk menghindarinya dengan sedaya upaya. Sekiranya ianya tidak dihindari maka satu hari nanti akan lemah dan hancurlah sesuatu bangsa dan umat tersebut. Ingatlah wahai muslimin sekalian bahawa jika kita terlibat dengan menyangka buruk, maka kunci menanganinya adalah dengan cara kita kembalikan diri kita kepada Allah SWT dengan berbanyak beristighfar dan memohon taubat kepada-Nya sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
Bermaksud: “Setiap anak Adam itu ada kesilapan(dosa) dan orang yang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat.” (Riwayat at-Tirmizi)
Seandainya setiap daripada diri kita menghayati dan mengamalkan hidup secara berfikiran positif dan terbuka serta menerima sesuatu itu dengan berlapang dada, insya Allah segala permasalahan di dalam hidup akan kita lalui dan hadapi dengan tenang dan mudah. Tiada lagi sifat berprasangka buruk sesama kita dan tiada lagi perasaan hasad dengki yang tidak berkesudahan. Dengan cara ini umat Islam akan terus menuju kepada matlamat untuk mencapai sebanyak mungkin kejayaan demi kejayaan.

Justeru, mimbar pada hari ini menyeru kepada sidang jumaat sekalian supaya marilah bersama-sama kita menanamkan azam yang tinggi untuk mengukuhkan jatidiri yang positif yang sememangnya wujud di dalam diri kita sebagai umat Islam. Marilah sama-sama kita berusaha untuk memajukan umat dan bangsa kita. Ingatlah kita adalah sebaik -baik umat yang diutuskan oleh Allah SWT kepada manusia dengan syarat kita memiliki ciri-ciri yang disebutkan ini. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT di dalam surah Ali-Imran ayat 110 :
Bermaksud: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada yang mungkar, serta kamu pula beriman kepada Allah. Dan kalaulah Ahli Kitab itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang yang fasik.
Hadith : Masa Hari Kiamat Dan Huru-haranya
Kategori : AKIDAH
Tajuk :
Masa Hari Kiamat Dan Huru-haranya
Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Manusia berpeluh pada hari kiamat dengan banyaknya sehingga air peluh mereka meresap ke dalam bumi berpuluh-puluh hasta, dan menenggelami mereka sehingga sampai ke telinga masing-masing".
Abi Hurairah r.a