Archives

Hero2004 Blog

Majikan Yang baik

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :

Majikan Yang baik

Hadith :

“Daripada Anas r.a. katanya, aku tidak pernah menyentuh sutera tebal atau nipis yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah s.a.w. Aku juga tidak pernah mencium bau-bauan yang lebih harum daripada bau Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya aku telah berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w. selama sepuluh tahun, tidak pernah baginda berkata kepada aku perkataan ah dan tidak pula pernah menyoal sesuatu yang telah aku lakukan dengan mengatakan-“Mengapa engkau lakukan demikian?” dan semasa aku tidak melakukan sesuatu tidak pula baginda menyatakan, “Alangkah baiknya jika engkau tidak berbuat demikian.”

Riwayat Al- Bukhari dan Muslim

Huraian

1. Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling baik dan sempurna akhlaknya, meliputi cara bergaul, bertutur dan bertindak.
2. Seseorang majikan yang baik ialah orang yang boleh menunjukkan contoh tauladan kepada pekerjanya sehingga pekerja merasa selesa untuk bekerja dan berkhidmat dengan sempurna kepada majikan.
3. Seorang majikan hendaklah pandai mengambil hati pekerjanya. Tegur dan nasihatlah dengan cara yang baik dan penuh hikmah supaya tidak menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan pekerja sehingga menyebabkan berlakunya tunjuk perasaan, mogok dan sebagainya.

....................readmore

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.