Ulasan minggu ini...wk46
Assalamualaikum.
Ulasan Mingguan.
1. Isu ISA
Sedutan Kenyataan Menteri Penerangan, ASC
Beliau berkata, perkara itu sama seperti mereka yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
“Jika ada lima enam orang bukan Melayu yang ditahan, bising, tapi jika 50 orang Melayu ditahan di bawah ISA, tak bising pula,” katanya.
Ahmad Shabery berkata selaras dengan penstrukturan semula itu juga, ada program yang perlu direhatkan sebelum RTM muncul dengan wajah baru pada Januari tahun depan. - Bernama
ulasan aku...ASC tersilap fakta atau buat buat tak tahu...PAS secara consistent drp dulu membantah sekeras kerasnya ISA...dan Insyallah tunggu bulan mac2009 nanti PAS akan mengadakan demostrasi besar-besaran untuk menghapuskan ISA. demo ini jangan ingat macam demo tak ada TELUR PROTES ari tu...ucop kita jumpa di jalan TAR mac nanti...insyallah. .kamus PAs tak ada demo dalam stadium...
berbalik bak ekonomi..
KUALA LUMPUR 4 Nov. — Kerajaan hari ini mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion dalam usaha mengukuhkan lagi daya tahan negara dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar. — Bernama
Ulasan...tu dia lepas 5billion duit kwsp utk burst saham..kini 7billion lagi...mana nak cekau duit 7 billion lagi ni...tentu drp keuntungan harga petrol yg tak turun tu...
itu lah..cakap besar sangat menteri kewangan kedua..ekonomi kita tak akan terjejas disebabkan ekonomi dunia merudum..fundamenta l ekonomi kita kukuh..percayalah kepada kita..bla..bla. .kalau nak tau sekuat mana bursa kita...
KUALA LUMPUR 30 Okt. - Nilai aset bersih (NAB) industri saham amanah antara Januari dan September turun 12 peratus atau RM21 bilion, kepada RM148 bilion daripada RM169 bilion yang dicatatkan pada akhir tahun lepas.
Bagaimanapun, peratusan NAB itu dari segi permodalan pasaran telah meningkat kerana kemerosotan harga saham yang dipegang oleh pengurus dana tidak seteruk pasaran keseluruhannya.
Ekonomi dunia dijangka kembali pulih menjelang 2011
KRISIS perbankan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah sudah berakhir, namun dunia kini berdepan kelembapan dalam ekonomi sebenar kesan daripada krisis itu yang dijangkakan akan berlarutan sehingga dua tahun akan datang, kata kumpulan perbankan kedua terbesar di Eropah, UBS.
Pengarah Urusan UBS Global Economic, Paul Donovan, berkata ekonomi dunia, termasuk Malaysia hanya akan kembali pulih dan mencatat pertumbuhan tinggi menjelang 2011.
ulasan -Jadi untuk mengalakkan setor peruncit kerajaan memperkenalkan cara ini..dan kita minta juga cukai individu diturunkan juga 3 persen..
KUALA LUMPUR: Sebagai langkah untuk menambah pendapatan boleh guna pekerja, Kerajaan akan membenarkan pekerja untuk mengurangkan potongan caruman pekerja dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) secara sukarela sebanyak tiga peratus selama dua tahun, mulai 1 Januari depan.Perkara itu dinyata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat, petang ini. - Bernama
KUALA LUMPUR 30 Okt. - Wang simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah dipindahkan ke akaun khas di bawah Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan akan terus dibayar dividen.
"Oleh kerana Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan baru diperkenalkan pada Januari 2008 dan kadar dividen bagi tahun ini masih belum diumumkan, tidak timbul isu KWSP tidak membayar dividen bagi amaun tersebut," katanya
jawapan politik...tiada jaminan kwsp akan bayar...jika tahun depan kwsp tak bayar baru boleh jadi isu....terkedu jugak...apa pun tunggu tahun depan
Isu helikopter.. .kita tak pertikar prosedur tapi HARGANYA...
dlm isu ini kita tahu PM kita buta ilmu bundar...drp 1.607 dia bundar jadi 1.7 tapi PAC kata 1.604 saja....aku pening mana satu betul...1604 ke 1607?
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesahkan tidak berlaku penyelewengan dalam prosedur proses tender pembelian 12 helikopter Eurocopter C-725 yang bernilai RM1.604 bilion dan ia menepati piawaian antarabangsa.
KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi mengakui berlaku sedikit kesilapan semasa beliau menyatakan mengenai harga pembelian Eurocopter EC-725 semasa mengumumkan keputusan penangguhan pembeliannya Selasa lalu.
"Mengenai harga, semasa saya keluarkan kenyataan iaitu RM1.7 bilion, itu berlaku sedikit kesilapan... saya minta maaf pada kesilapan itu.
Beliau berkata, angka "dibundarkan" sebanyak RM1.7 bilion yang diberikan sebelum ini adalah silap.
"Semasa saya membuat kenyataan yang ia sebanyak RM1.7 bilion, itu silap... saya minta maaf bagi kesilapan itu, pegawai letakkan RM1.607 bilion, jadi saya kata kita boleh bundarkan angka itu kepada RM1.7 bilion.
"Pagi ini semasa saya di Kementerian Pertahanan, saya dimaklumkan yang angka itu salah, sebenarnya harganya RM1.607 bilion. Tetapi ini adalah akademik sebenarnya, apabila kami memutuskan kemudiannya untuk merundingkan pembelian helikopter dan pada ketika itu kami berpendapat tiba masanya untuk kami berbuat demikian, kami lihat apakah harganya yang sebenar," katanya.
ulasan - Polis dah tak reti nak jaga keselamatan. ..merapu rapu cadangan...PAS mencadangkan kita kembali kepada hukum islam...laksana hudud....Insyallah aman..itu janji Allah
KUALA LUMPUR 30 Okt. - Polis mungkin mencadangkan kepada kerajaan supaya motosikal tidak dibenarkan memasuki kawasan bandar-bandar besar di seluruh negara sebagai langkah mengurangkan kes ragut di negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan, ini kerana banyak kes ragut dilakukan oleh penunggang motosikal atau pemboncengnya yang sentiasa berlegar mencari mangsa di kawasan bandar-bandar besar.
KUALA LUMPUR: Selain meminta maaf kepada seluruh umat Melayu, kalangan pakar dan pejuang Melayu mahu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mengatakan konsep ketuanan Melayu gagal di negara ini diberi pendidikan politik.
Selain itu, mereka juga menggesa Zaid keluar dari Kelantan dan Malaysia yang ditadbir raja-raja Melayu seiring konsep ketuanan Melayu yang diamalkan di negara ini.
Ulasan- tersangat dangkal pendapat ini..kalu kita kata kedia pulak..doh mu tak mboh buat hudud tu mu buat dunia lain pulak ah selagi...mu wat undang2 sendiri...
Berbalik kepada teganukite.. ...peperangan telah bermula...
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tidak harus dipersalahkan berhubung isu pengguguran Ketua amno Bahagian Marang, Yahya Khatib Mohamad daripada barisan Exco negeri.
itu kata pak rosli...
dlm isu giant kemasik..mat said suruh gi tanya cina management giant dulu...lepas cina ni jawap baru dia nok jawap....huhuhu. .cina tu pun dah lama resign drp giant..jadi mat said juga menang dlm kes ini...
kedudukan sekarang 3-1...mat said 3 pak lah 1...
....................readmore