Showing posts with label Pena Roslan. Show all posts

Hero2004 Blog

Bicara mingguan : Qurban

Assalamualaikum.

2 minggu lagi kita akan merayakan peristiwa qurban...aku tak mahu menulis seperti kebanyakan yg ditulis nabi ibrahim bermimpi sembelih nabi ismail dan diganti dengan kibas…nok tulis mudah mudah je..dikisahkan…

setelah diusir drp negerinya nabi ibrahim berhijrah ke palestin. dalam usia muda nabi ibrahim tidak dikuniakan anak walaupun memiliki 2 isteri iaitu hajar dan sarah. setelah usia dlm lingkungan 80 tahun malaikat datang memberi khabar ia akan memiliki anak..ini membuat ibrahim ketawa...mana mungkin aku boleh anak...aku telah tua dan isteri ku juga telah tua dan telah putus haid.

malaikat berkata Allah menyuruh aku memberitahu kahabar gembira ini seperti maksud firman Allah dlm suruh hijr

"15:54. Berkata Ibrahim: "Apakah kamu memberi kabar gembira kepadaku padahal usiaku telah lanjut, maka dengan cara bagaimanakah (terlaksananya) berita gembira yang kamu kabarkan ini?"

dipendekkan cerita setelah dikurnia anak bernama nabi ismail, disebabkan perasan cemburu antara hajar dan sarah. Allah memrintahkan Nabi Ibrahim membawa siti hajar dan bayinya ismail ke bumi yang kering kontang iaitu bumi mekah. siti hajar ditinggal berdua bersama anaknya ismail di bumi mekah dan ibrahim kembali ke palestin meneruskan misinya disana. terkenal dialog hajar dgn ibrahim "mu nok tinggal aku berdua dibumi yg takdok org ni, bumi yg tak pokok ni, bumi yg kering kontang ni, bumi yg tak dok air ni? Nabi Ibrahim menjawap ya. hajar bertanya lagi...adakah ini wahyu? nabi ibrahim berkata ya...hajar berkata aku redha hidup disini...lalu ditinggal hajar dengan bayinya ismail di bumi mekah. ibrahim balik ke palestin.

bayangkan situasi kesusahan yg dihadapi oleh hajar dan bayinya dibumi kering kotang yg tidak ada penghuni. Nabi ismail membesar dan kira2 umur yg sedap kita dok galok dgn budak budak..munkin dlm 6 hinggan 8 tahun nabi ibrahim melawat...dlm usia ismail remaja dan tengoh Ibrahim sayang anak tunggal dia tiba tiba datang perintah "suruh sembelih"

cuba bayangkan pergorbanan nabi Ibrahim..dohlah susah nok leh anak...boleh anak disuruh hantar ke bumi kering kontang...dan besar sikit kena suruh sembelih pulak...pengorbanan yg tidak boleh dilakukan oleh org biasa...begitulah kita..kalau berjuang islam kena banyak pengorbanan…

Jadi kita nak korban carilah lembu yang terbaik...jangan cari yang kurus kering..biasanya yang murah lah....cari yang termahal...baru terasa ummppp perngorbanan tu...

Sebab 10 % drp gaji kita…

"selamat mencari lembu terbaik dan tentunya yang termahal"

REn
....................readmore

Hero2004 Blog

RE : Tuanku Mizan puas hati penjelasan JHEAT

Assalamualaikum.

Puas hati memiliki sultan mizan…org yg cakna tentang agama.

Di awal tahun 90an memang TM ditugas oleh ayahnda beliau utuk menjaga pejabat agama di wisma negeri.

Sebab itu TM memang tahu selok belok urusan pejabat agama dan maidam. TM rasa aku sultan yg disukai oleh semua rakyat teganu.

Walaupun ada org mengait beliau dgn mizan timber tetapi org KT tau beliau bukan seorang ahli peniagaan. Beliau ahli pentadbiran….

Itu yg kita tahu…dgn persoalan “sebab apa rakyat beta masih miskin sedangkan duit minyak berbillion” menyebabkan kejatuhan empayar JE.

Dgn soalan ini KSU mengarahkan Jabatan Perangkaan Negeri Terengganu menjalankan siasatan siapakan org miskin yg menerima bantuan itu.

Dan lapuran drp jabatan perangkaan ini dipersembahkan kepada TM. Pada pendapat aku salah ini adalah satu sebab sebab yg besar kenapa IJ tidak diperkenankan adalah menjadi MB.

Berbalik isu ini…bertapa caknanya mizan akan agamanya sampai JHEAT dan polis terpaksa membetulkan keadaan.

Terima kasih tuanku….daulat tuanku…darul iman negeri ku…alquran dan as sunnah undang2 tubuh negeri ku…

Semoga islam terus bersinar walaupun ada golongan yg membenci….

....................readmore

Hero2004 Blog

Ulasan minggu ini...wk46

Assalamualaikum.

Ulasan Mingguan.

1. Isu ISA

Sedutan Kenyataan Menteri Penerangan, ASC

Beliau berkata, perkara itu sama seperti mereka yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
“Jika ada lima enam orang bukan Melayu yang ditahan, bising, tapi jika 50 orang Melayu ditahan di bawah ISA, tak bising pula,” katanya.
Ahmad Shabery berkata selaras dengan penstrukturan semula itu juga, ada program yang perlu direhatkan sebelum RTM muncul dengan wajah baru pada Januari tahun depan. - Bernama

ulasan aku...ASC tersilap fakta atau buat buat tak tahu...PAS secara consistent drp dulu membantah sekeras kerasnya ISA...dan Insyallah tunggu bulan mac2009 nanti PAS akan mengadakan demostrasi besar-besaran untuk menghapuskan ISA. demo ini jangan ingat macam demo tak ada TELUR PROTES ari tu...ucop kita jumpa di jalan TAR mac nanti...insyallah. .kamus PAs tak ada demo dalam stadium...

berbalik bak ekonomi..

KUALA LUMPUR 4 Nov. — Kerajaan hari ini mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion dalam usaha mengukuhkan lagi daya tahan negara dan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar. — Bernama

Ulasan...tu dia lepas 5billion duit kwsp utk burst saham..kini 7billion lagi...mana nak cekau duit 7 billion lagi ni...tentu drp keuntungan harga petrol yg tak turun tu...
itu lah..cakap besar sangat menteri kewangan kedua..ekonomi kita tak akan terjejas disebabkan ekonomi dunia merudum..fundamenta l ekonomi kita kukuh..percayalah kepada kita..bla..bla. .kalau nak tau sekuat mana bursa kita...

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Nilai aset bersih (NAB) industri saham amanah antara Januari dan September turun 12 peratus atau RM21 bilion, kepada RM148 bilion daripada RM169 bilion yang dicatatkan pada akhir tahun lepas.
Bagaimanapun, peratusan NAB itu dari segi permodalan pasaran telah meningkat kerana kemerosotan harga saham yang dipegang oleh pengurus dana tidak seteruk pasaran keseluruhannya.

Ekonomi dunia dijangka kembali pulih menjelang 2011

KRISIS perbankan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah sudah berakhir, namun dunia kini berdepan kelembapan dalam ekonomi sebenar kesan daripada krisis itu yang dijangkakan akan berlarutan sehingga dua tahun akan datang, kata kumpulan perbankan kedua terbesar di Eropah, UBS.
Pengarah Urusan UBS Global Economic, Paul Donovan, berkata ekonomi dunia, termasuk Malaysia hanya akan kembali pulih dan mencatat pertumbuhan tinggi menjelang 2011.

ulasan -Jadi untuk mengalakkan setor peruncit kerajaan memperkenalkan cara ini..dan kita minta juga cukai individu diturunkan juga 3 persen..

KUALA LUMPUR: Sebagai langkah untuk menambah pendapatan boleh guna pekerja, Kerajaan akan membenarkan pekerja untuk mengurangkan potongan caruman pekerja dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) secara sukarela sebanyak tiga peratus selama dua tahun, mulai 1 Januari depan.Perkara itu dinyata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat, petang ini. - Bernama

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Wang simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah dipindahkan ke akaun khas di bawah Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan akan terus dibayar dividen.
"Oleh kerana Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan baru diperkenalkan pada Januari 2008 dan kadar dividen bagi tahun ini masih belum diumumkan, tidak timbul isu KWSP tidak membayar dividen bagi amaun tersebut," katanya

jawapan politik...tiada jaminan kwsp akan bayar...jika tahun depan kwsp tak bayar baru boleh jadi isu....terkedu jugak...apa pun tunggu tahun depan

Isu helikopter.. .kita tak pertikar prosedur tapi HARGANYA...
dlm isu ini kita tahu PM kita buta ilmu bundar...drp 1.607 dia bundar jadi 1.7 tapi PAC kata 1.604 saja....aku pening mana satu betul...1604 ke 1607?

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesahkan tidak berlaku penyelewengan dalam prosedur proses tender pembelian 12 helikopter Eurocopter C-725 yang bernilai RM1.604 bilion dan ia menepati piawaian antarabangsa.

KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi mengakui berlaku sedikit kesilapan semasa beliau menyatakan mengenai harga pembelian Eurocopter EC-725 semasa mengumumkan keputusan penangguhan pembeliannya Selasa lalu.
"Mengenai harga, semasa saya keluarkan kenyataan iaitu RM1.7 bilion, itu berlaku sedikit kesilapan... saya minta maaf pada kesilapan itu.
Beliau berkata, angka "dibundarkan" sebanyak RM1.7 bilion yang diberikan sebelum ini adalah silap.
"Semasa saya membuat kenyataan yang ia sebanyak RM1.7 bilion, itu silap... saya minta maaf bagi kesilapan itu, pegawai letakkan RM1.607 bilion, jadi saya kata kita boleh bundarkan angka itu kepada RM1.7 bilion.
"Pagi ini semasa saya di Kementerian Pertahanan, saya dimaklumkan yang angka itu salah, sebenarnya harganya RM1.607 bilion. Tetapi ini adalah akademik sebenarnya, apabila kami memutuskan kemudiannya untuk merundingkan pembelian helikopter dan pada ketika itu kami berpendapat tiba masanya untuk kami berbuat demikian, kami lihat apakah harganya yang sebenar," katanya.

ulasan - Polis dah tak reti nak jaga keselamatan. ..merapu rapu cadangan...PAS mencadangkan kita kembali kepada hukum islam...laksana hudud....Insyallah aman..itu janji Allah

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Polis mungkin mencadangkan kepada kerajaan supaya motosikal tidak dibenarkan memasuki kawasan bandar-bandar besar di seluruh negara sebagai langkah mengurangkan kes ragut di negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan, ini kerana banyak kes ragut dilakukan oleh penunggang motosikal atau pemboncengnya yang sentiasa berlegar mencari mangsa di kawasan bandar-bandar besar.

KUALA LUMPUR: Selain meminta maaf kepada seluruh umat Melayu, kalangan pakar dan pejuang Melayu mahu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mengatakan konsep ketuanan Melayu gagal di negara ini diberi pendidikan politik.
Selain itu, mereka juga menggesa Zaid keluar dari Kelantan dan Malaysia yang ditadbir raja-raja Melayu seiring konsep ketuanan Melayu yang diamalkan di negara ini.

Ulasan- tersangat dangkal pendapat ini..kalu kita kata kedia pulak..doh mu tak mboh buat hudud tu mu buat dunia lain pulak ah selagi...mu wat undang2 sendiri...

Berbalik kepada teganukite.. ...peperangan telah bermula...

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tidak harus dipersalahkan berhubung isu pengguguran Ketua amno Bahagian Marang, Yahya Khatib Mohamad daripada barisan Exco negeri.
itu kata pak rosli...

dlm isu giant kemasik..mat said suruh gi tanya cina management giant dulu...lepas cina ni jawap baru dia nok jawap....huhuhu. .cina tu pun dah lama resign drp giant..jadi mat said juga menang dlm kes ini...
kedudukan sekarang 3-1...mat said 3 pak lah 1...
....................readmore

Hero2004 Blog

minggu 45/08 - satu anilisa politik teganu kita

Kisah mat said pulak….seminggu dua ni lepas pemilihan amno ni..
Dia nok pecat 3 exco yg bertanding merebut jawatan ketua bahagian.
Pok loh larang dia, jangan pecat….tetapi seperti yg semua kita tahu mat said ni
Kalu dia kata dia akan buat…dia dok akan berundur…itu mat said…kita tunggu
episod selanjutnya…

bak macam kes giant mesra mall dok leh buka…org kata mat said tahan..
berbagai ulasan org kampong buat..apapun mat said nok ulas esok lepas mesyuarat exco
org kemasik kata dok heran mat said tahan giant..sejid bujal molek molek ada dia tolak…

sebenornya mat said ni MB yg paling lemah aku tengok…lemah dari pok loh lagi…
kalu belah besut nu MB diaorang masih deris…kalu mat said gi resmi benda benda pun..hanya pegawai kerajaan yg hadir..
puak puak akorumbi (JKKK) dok layan setarang…dikemaman pun banyok juga jkkk dok layan dia…jadi sokongan akar umbi
tak ada..sebab tu kerajaan mat said lemah..pegawai besar kerajaan negeri pun ada yg dok ikut dia….tapi mat said ni jenis
bekeng, panas barang, keras keng..bukan keras cokeng…keras caging…hehehe
contohnya sidang dun untuk budget ditangguh sehingga 16dec….negeri lain semua dah bentang…
sebabnya tengah pening percanggahan antara pusat dgn kerajaan negeri mengenai royalti...…
pok loh janji nak bagi balik royati bulan 10…tapi x bagi ..katanya bulan feb tahun depan pulak…
mat said memerintah macam pas perintah ah…duit royati x dok…bak kerajaan pembangkang.

Dan akhir sekali analisis aku…
Mat said akan pecat exco tu….
Puak exco tu mungkin akan buat undi tidak percaya
mat said mempunyai beberapa pilihan..
bubar dewan
mat said and the geng masuk pas
mat said and the geng buat parti baru dan joint PR..
mat said perlu bawak 9 ahli dun shj sahaja dan pas dah ada 8 kerusi…
16DEC tukar kerajaan..kerajaan PR..kerajaan teganu dulu bertukar drp kerajaan pusat

Org kijal guana cerite? Senyap je?
....................readmore

Hero2004 Blog

Senarai penuh cabinet baru 2008..latest update on 23hb Sept 2008

Assalamualaikum.

Lama tidak menulis....banyak keje...kerana aku ada sikit blur..utk lepas tension aku menulislah setelah diminta hj mbong..

Pertama tentang fekah solat jemaah..(terlupa pebuatan sunat)

1. jika imam telah bangun melepasi tahap rukuk masa rakaat kedua (terlupa baca tasyahud awal) ia akan terus berdiri walaupun makmum kata subhanallah.

Pada masa ini makmum wajib bangun meninggalkan tasyahud awal. Jika makmum

Baca juga tasyahud awal maka BATAL lah solatnya. Imam boleh sujud sawi atau tidak..jika imam sujud sawi maka wajib makmum sujud sawi.

2. Imam terlebih buat rukun.

Umpamanya masa rakaat akhir imam terus bangun lupa tasyahud akhir, wajib bagi makmum duduk tasyahud akhir tunggu imam duduk balik...kalau makmum ikut

Jugak bangun maka BATAL solatnya. Jika imam terus baca fatihah dan meneruskan rakaat ke5 maka wajib baginya mufarokoh dan terus baca tasyahud dan beri salam. Begitu juga jika berlaku utk solat 2 rakaat.

Masuk bab politik menubuh kerajaan baru...bagi aku insyallah tapi kebarangkalian aku letak 60-40..nak sangat BN tumbang tapi Islam memandu.

Kelmarin DSAI adakan penjumpaan tertutup 6 mata dgn TGNA dan TGHH

Ini kerana PAS berterusan memberi peringatan "Jika Islam tidak memandu

Dlm kerajaan ini, pas tidak akan menyertai kerajaan ini" bermakna

Pilot dan co pilot adalah orang islam dan Pas mesti diberi peluang memandu atau pembantu pemandu. Kita tak mahu meruntuhkan jahiliah dan membila kerajaan jahiliah juga. Peringatan ini telah diberi kepada DSAI sejak bulan april lalu selepas dewan ulama pas membuat analisa keputusan PRU12 dengan

Mengambil kira hipotesis sejarah sejarah yang telah berlaku di negara2

Umat islam yang lain terutama di palestin dan lubnan.

Contoh yg jelas adalah PROTES baru ini...Nasib baik pemuda pas/unit amal boikot majlis itu...TAPI dosa dan pahala siapa nak tanggung???. ..PROTES yg tidak mahu mendengar pandangan pas...itu baru program kecil..

DSAI memang tersepit kerana pas nak memandu dan dap pun mesti ada agenda dia? Mungkin tuntut kontrak social yang melampau dan bukan-bukan (ini adalah andaian aku sebab didalam ini ada org kata kalau nak buat islam langkah mayat dia dulu.)

Didalam pas pun kini unsur unsur ANWARISME telah berkembang dengan pesatnya.

Tetapi aku tetap ingat pesan presiden "semua ahli pas diingatkan agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan usaha membentuk kerajaan baru sehingga sanggup mengenepikan ideologi parti untuk menubuhkan sebuah negara islam"

Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa menyampaikan Ceramah Nuzul Quran Dan Penjelasan Isu 16 September di Kompleks PAS Kedah, di sini semalam.

"Sekarang kita dalam usaha membuat perubahan walaupun disebut 16 September, sudah lepas 16 September hari ini. Walaupun sudah lepas, tetapi kita berusaha hendak buat perubahan, perubahan untuk menukar kerajaan.

"PAS akan menyertai perubahan kerajaan ini dengan syarat. Syaratnya ialah kerajaan ini mestilah dipandu oleh Islam. Dipandu oleh orang-orang Islam. Ini syarat yang dikenakan oleh PAS," tegas beliau yang disambut dengan laungan takbir.

Menurut beliau, jika syarat ini tidak dipenuhi, PAS tidak akan menyertai perubahan tersebut. Pun begitu, katanya, sehingga hari ini PAS melihat tanda-tanda awal bahawa syarat itu hendak diterima.

"Tetapi kalau syarat itu tidak diterima, kita teguh dengan prinsip. Kita minta pengikut-pengikut PAS setia dengan perjuangan. Ikut arahan, jangan lari dari jamaah biar apa sekalipun berlaku. Ini tanggungjawab dan kewajipan," tegasnya.

Kita redha orang tak pilih kita kerana kita buat islam...

Kita berjuang bukan untuk memang atau buat kerajaan dengan bersekongkol dengan anasir anasir maksiat tapi kita berjuang mencari kerehaan Allah...

Insyallah tidak dizaman kita ..mungkin zaman anak cucu kita islam akan

Memerintah.. .itu janji Allah...

Akhir kata selamat merayakan eid fitri dan jangan lupa teruskan 6hari puasa syawal..seolah- olah puasa sepanjang tahun. "maaf zahir dan batin"

Tahun ni x cuti...lepas solat eidul fitri baru balik kg dan mari pulak sabtu...ahad keje...keje tengah menimbun. Takbir 3x

Semoga bernafaat.

REn
....................readmore

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.