Archives

Hero2004 Blog

17-02-2011 - Sparta Prague 0-0 Liverpool (Europa League)

....................readmore

Hero2004 Blog

Hadith : Keadaan Seseorang Ketika Sampai Ajal

Kategori : AKIDAH

Tajuk :
Keadaan Seseorang Ketika Sampai Ajal
Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya: "Aku melihat Nabi s.a.w semasa Baginda hampir wafat dan disisinya sebuah bijana berisi air, dan Baginda memasukkan tangannya ke dalam bijana itu lalu menyapu mukanya, sesudah itu Baginda berdoa: "Ya Tuhanku! Berilah aku pertolongan terhadap penderitaan-penderitaan maut atau Sakratul maut (yang sedang aku hadapi)".

Pengajaran Hadith :
i) Sakratul Maut adalah suatu penderitaan yang dialami oleh roh dengan keadaan yang tertentu pada masa roh hendak meninggalkan jasad seseorang.
Ii) Ia (sakratul maut) akan tetap ditempuh oleh setiap manusia dengan berbagai-bagai cara sama ada yang berat dan sukar atau yang mudah dan senang.
Iii) Menurut huraian para ulama' , Allah menjadikan nabi-nabi dan wali-wali-Nya menderita sukar menghadapi Sakratul maut hanyalah untuk menambahkan ketinggian darjat mereka sedangkan bagi orang-orang Islam yang lain mengalami kesukaran sakratul maut adalah sebagai kaffarah (penghapus dosa) daripada kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan.
iv) Berdasarkan hadith ini suatu kesimpulan dapat dibuat bahawa anggapan tentang beratnya ˜Sakratul maut' itu menandakan kemurkaan Tuhan dan ringannya pula menandakan keredaan Tuhan adalah tidak benar. Malah ia sebenarnya bergantung pada kedudukan seseorang itu di sisi Allah S.W.T, bukan berdasarkan penilaian mata kasar dan mata hati manusia semata-mata.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
....................readmore

Hero2004 Blog

[Hero2004] Ilham

....................readmore

Hero2004 Blog

[Hero2004] Lupa

....................readmore

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.