Archives

Hero2004 Blog

UM : Menang bola, pemain tertembak

HILLA, Iraq 16 Mac – Seorang pemain bola sepak Iraq terbunuh setelah terkena peluru sesat yang dilepaskan oleh penyokong-penyokong semasa meraikan kemenangan pasukan Annana di sini semalam.

Permainan baru tamat dengan jaringan 1-0 yang memihak kepada pasukan Annana mengatasi Sinjar, pasukan dari kampung berjiran dengannya, di barat bandar Hilla, kata Leftenan polis, Ali al-Khafaji.

“Satu peluru sesat telah terkena ke atas pemain Annana iaitu Haider Hakem di bahagian dada, menyebabkan kematiannya,” kata Khafaji.

Polis telah menahan seorang suspek berasal dari Annana, kampung pendalaman kira-kira 10 kilometer dari Hilla iaitu 120 km ke selatan Baghdad.

Peminat-peminat bola sepak di Iraq sering melepaskan tembakan setiap kali meraikan kemenangan pasukan bola sepak di negara itu. – AFP
....................readmore

Hero2004 Blog

Alat sembelihan

Kategori : IBADAH Qurban

Tajuk :

Alat sembelihan

Hadith :

Dari Rafi’ bin Khadij r.a katanya; dia berkata kepada Rasulullah saw., “Besok kita tidak mungkin menghadapi musuh (menyembelih haiwan korban) kerana kita tidak mempunyai pisau untuk menyembelih.”Sabda Rasulullah saw.,”Carilah segera sekarang juga apa sahaja yang dapat mengalirkan darah. Sembelihan yang disebut padanya nama Allah makanlah, asal tidak disembelih dengan gigi atau dengan kuku.”

Huraian

1. Afdhalnya binatang yang dibuat korban itu ialah yang berwarna putih, kemudian yang berwarna kuning, kemudian yang putih tetapi yang tiada bersih putihnya, kemudian yang sebahagian badannya berwarna putih, kemudian yang sebahagian berwarna hitam, kemudian berwarna hitam semuanya, kemudian yang berwarna merah semuanya.
2. Binatang yang hendak dijadikan korban hendaklah yang sudah cukup umur dan sihat (tidak berpenyakit) serta selamat daripada kecacatan atau aib yang boleh mengurangkan daging atau lemaknya atau anggota lain yang boleh dimakan. Sabda Rasulullah saw. maksudnya: "Empat perkara yang tidak boleh ada pada binatang korban itu, lalu baginda bersabda: "Buta yang nyata butanya, sakit yang nyata penyakitnya, tempang yang nyata tempangnya dan yang kurus dan lemah." (Abu Daud)
3. Cara menyembelih binatang korban ialah dengan memotong kesemua halqum dan moreh sehingga putus dengan alat yang tajam seperti pisau (bukan tulang atau kuku). Halqum ialah tempat keluar masuk nafas dan urat moreh pula ialah tempat laluan makanan dan minuman yang terletak di bawah halqum.
4. Sunat ditajamkan mata pisau bagi sembelihan dan disembelih secara betul dan dengan bersungguh-sungguh serta mengadap kiblat oleh yang menyembelih dan di mana dihalakan binatang yang akan disembelih itu ke arah kiblat kerana kiblat itu adalah semulia-mulia tempat mengadap.
5. Di samping itu sunat diberi binatang itu minum sebelum ia disembelih. Kemudian sunat dibaringkan binatang itu dengan keadaan lemah lembut. Jangan diasah pisau sembelihan dan jangan disembelih binatang yang lain di hadapan binatang yang akan disembelih itu.
6. Setiap binatang sembelihan hendaklah disebut nama Allah sebelum menyembelih sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya:"Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syari‘atkan ibadat menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaan-Nya kepada mereka daripada binatang-binatang ternak yang disembelih itu".(al-Hajj: 34)

....................readmore

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.