Hero2004 Corner
Since kita semua kena 'CHOW' dari ofis thn 2004 & semua kat KERTEH tu kelas2/bapak2 belaka...dan semua jantan2 belaka...
TERENGGANU KITE.....
- All
- Hadith
- Sukan
-
- Browse more categories
- Album Hero2004
- Berita
- Berita Hero2004
- Doa
- Gambar
- Hadith
- Hari Ini Dalam Sejarah
- Hebahan
- Hiburan
- Hidayah
- Ibadah
- Isu Semasa
- Kartun DiHero2004
- Khutbah
- Kisah Al-Quran
- Klip
- Komentar Hero2004
- Lagu
- Lawak Hero
- Luahan
- Macam-Macam
- Memori
- Moral
- Muat Turun
- Mutiara Kata
- Pantun Oleh Geng Hero2004
- Pena Roslan
- Pengajaran
- Perhatian
- Perisian
- Petikan
- Rilek Minda
- Sejarah
- Sembang EPL
- Sukan
- TeGanung
- Teknologi
- Ucapan Hero2004
MENJELANG PIALA MALAYSIA 2011 : Hadiah hari jadi
Oleh Mohd Amin Jalil
SELAIN ingin memahat sejarah tersendiri untuk musim pertama bersama Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah berharap skuad bimbingannya itu mampu merangkul kejuaraan Piala Malaysia musim ini sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya pada 25 Oktober lalu.
Ketua jurulatih skuad Hoben Jang Hoben itu amat mengharapkan detik kegembiraan itu berjaya dilakar bersama apabila anak didiknya turun membuat perhitungan terakhir dengan Terengganu pada perlawanan akhir merebut trofi berprestij itu, di Stadium Shah Alam, malam esok.
Baginya, walaupun pernah merayakan kegembiraan menjulang Piala Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut ketika membimbing Kedah sebelum ini, beliau mengakui suasana itu berbeza sama sekali jika meraikannya bersama Negeri Sembilan.
“Ini kerana detik perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini terlalu hampir dengan tarikh lahir saya iaitu pada 25 Oktober lalu, selain ini adalah musim pertama saya membimbing skuad Negeri Sembilan. Jika pasukan ini muncul juara, sudah pasti ia bakal mencatat sejarah tersendiri dalam hidup saya dan akan dikenang sepanjang hayat.
“Malah mereka juga sentiasa menunjukkan semangat dan moral yang tinggi serta tidak sabar untuk menggalas cabaran bagi membuktikan kemampuan menjulang nama pasukan.
“Ini menunjukkan pemain tidak menghadapi sebarang tekanan menghadapi Terengganu, namun saya tetap mengingatkan mereka perlu fokus dan memberikan komitmen tinggi demi menjamin kemenangan,” katanya.
Apapun, Azraai yakin terhadap keupayaan barisan pemain yang bakal ditampilkan namun tetap akur betapa anak buahnya bakal menghadapi tentangan sengit kerana Terengganu juga memiliki kekuatan tersendiri terutama di barisan depan yang menggabungkan tonggak kebangsaan.
“Yang penting pemain perlu cepat menyesuaikan diri dan sentiasa fokus dengan keadaan cuaca dan padang yang mungkin akan turut mempengaruhi persembahan mereka nanti,” katanya.
“Oleh itu, saya harap detik kegembiraan itu dapat diraikan dengan kejayaan Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia, trofi yang menjadi buruan dan kemegahan setiap pasukan,” katanya.
Pengendali berpengalaman berusia 59 tahun itu yang pernah membimbing skuad kebangsaan sebelum ini, mengaku sudah merangka strategi ampuh untuk diterjemahkan pemainnya malam esok dengan misi menafikan hasrat Terengganu menjulang trofi keagungan itu.
Ketenangan yang terpancar di wajahnya jelas menampakkan dia tidak berdepan masalah untuk berdepan anak buah Irfan Bakti Abu Salim itu.
“Saya mempunyai banyak pilihan untuk menyenaraikan barisan kesebelasan terbaik pada final ini kerana hampir semua pemain cergas dan bebas daripada sebarang kecederaan.