Archives

Hero2004 Blog

TeGanung : Cakak Luor...Cakak KL

Kalu orang TeGanung tu dok soh tebeng cakak luor lah. Soheh ade se dua hok ssaloh tubik...ke gane AjiPia....nok nok kalu orang Kole Beghang...kalu nok cakak jugok tu, panda-panda lah jage jangang sapa ssaloh tubik ayat-ayat klasik TeGanung doh lah...

Cakak Luor juga dipanggil Cakak KL bagi orang TeGanung.

Pada kebiasaannya ade 2 jenis kesalahan yang lazim dibuat oleh orang TeGanung hok galok gatal nok cakak KL :

1. pada sebutan/ejaan

cth : rokak sepatutnya rokok ; nyamak sepatutnya nyamuk ; pin pon sepatutnya ping-pong etc

2. pada perkataan

cth : lembek sepatutnya tilam ; tempek/tepek sepatutnya tampal etc

3. kedua-dua : pada sebutan/ejaan dan pada perkataan

cth : rujuk PENGALAMAN 5 : perkataaan SORAK...sepatutnya SOROK atau LACI

p/s : ajiPia....mung biase2 ssaloh hok mane...no1 ke no2 ke no3...

Kesilapan itu hanya akan disedari selepas kita menyebutnya atau pun selepas mendapat respon dari audien spt terpinga-pinga( pengong) atau ketawa(suke gelekek).Yang pasti kalu orang TeGanung dengor orang TeGanung cakak Luor bunyi dia memang 'nyekik' nok tunjuk 'ek' konong....

Sapa-sapa pung dalam Hero2004 ning memang pernoh cakak KL dan pernoh mase cakak KL tu ssaloh sselit sepatoh dua perkataang TeGanung...kegane. ..jadi ari ning kalu buleh kite share lah sikit sebanyok pengalamang manis mase ssaloh cakak tu...

Dibowoh ada 5 cerita atau pengalaman bercakap LUAR tapi masih terselit loghat TeGanung. Warga Hero2004.... Sila tambah lagi....

p/s : AjiMbong,AjiRoy, AjiAmeer, AMN...WAJIB tamboh...... hok lain-lain SUNAT je....

PENGALAMAN MELUCUKAN BERCAKAK LUOR.....

1. Mari kita pergi Encik, hujan sudah SERIK ni...

sepatutnya : MARI KITA PERGI ENCIK HUJAN SUDAH BERHENTI

2. Dalam air ni ada UGAK-UGAK la

sepatutnya : DALAM AIR NI ADA JENTIK-JENTIK LA

3. Macamana nak tidur ni LEMBEK tak ada

sepatutnya MACAMANA HENDAK TIDUR NI TILAM TAK ADA

4. Adik mintak SUPIK satu.....

sepatutnya ADIK MINTAK PLASTIK BEG SATU....

5. kunci motor ada dalam SORAK meja aku tu....

sepatutnya KUNCI MOTOR ADA DALAM LACI MEJA AKU TU...

6.

7.

8.

9.

10.

Pakat komenglah siket-siket sorang weh....

Sedap Doh Brase....

....................readmore

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.