MENJELANG PIALA MALAYSIA 2011 : Dua misi Kunanlan
Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my
PEMAIN sayap Negeri Sembilan, S Kunanlan mahu menjadikan sambutan Deepavali tahun ini sebagai detik bersejarah paling manis buatnya dengan kejayaan merangkul kejuaraan Piala Malaysia, apabila pasukan itu turun menentang Terengganu, pada perlawanan akhir merebut trofi berprestij itu, Sabtu ini.
Selain itu, dia juga mahu membantu Negeri Sembilan menebus kehampaan selepas skuad Hoben Jang Hoben tewas kepada Kelantan 1-2 pada final musim lalu di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
“Saya berharap sambutan Deepavali kali ini lebih bermakna dengan kejayaan Negeri Sembilan merangkul kejuaraan Piala Malaysia. Demi merealisasikan sasaran itu, saya berazam untuk memberikan persembahan terbaik pada final nanti.
“Saya juga yakin kami berupaya menewaskan mereka dan akan berjuang bersama rakan sepasukan untuk memberikan persembahan cemerlang, walaupun ia bukan satu tugas mudah kerana Terengganu juga sebuah pasukan yang mantap apabila mereka muncul juara Piala FA musim ini selain meranapkan Misi 33 Selangor,” katanya semalam.
Pastinya, kelibat pemain yang memakai jersi bernombor 6 itu bakal dikawal kemas benteng Terengganu kerana walaupun bertubuh kecil, dia mampu membuat larian dan menggelecek pertahanan lawan dengan gaya yang tersendiri dan memukau.
Malah pemain kebangsaan itu yang akan membuat penampilan ketiga pada perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini, sering kali menjadi ancaman benteng lawan selain berkeupayaan menjaringkan gol jika mendapat peluang.
“Pastinya saya tidak mahu misi kami untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia kali ini tersasar lagi selepas impian untuk mendapatkan trofi Liga Super dan Piala FA tidak kesampaian, namun saya akui cabaran yang bakal kami hadapi nanti amat berliku,” kata pemain kelahiran Kajang itu.
Begitupun menurut Kunanlan, dia sudah bersedia untuk menggalas amanah yang disandarkan pasukan malah tidak sabar untuk diturunkan bagi membantu melakar sejarah gemilang menjulang Piala Malaysia buat kali kedua bersama Negeri Sembilan selepas kali pertama melakukannya dua tahun lalu.
Katanya, dia akan menggunakan sepenuhnya pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa untuk menjayakan matlamat itu demi rakyat dan peminat skuad Rusa
|^_^|
:))
:)]
;))
;;)
:D
;)
:p
:((
:)
:(
:X
=((
:-o
:-/
:-*
:|
8-}
~x(
:-t
b-(
x(
=))
Post a Comment