Hari Ini Dalam Sejarah : PELANCARAN KELAS AGAMA UNTUK ORANG-ORANG DEWASA
Pada hari ini dalam tahun 1962, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Abdul Razak Hussein telah melancarkan kelas agama untuk orang-orang dewasa di kawasan luar bandar. Ianya adalah sebahagian daripada kempen Kelas Pelajaran Dewasa yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Ketika berucap pada majlis pelancarannya di Bilik Gerakan Negara, Datuk Abdul Razak telah menyatakan tujuan penubuhan kelas ini yang diadakan secara kerjasama diantara Kerajaan Persekutuan dangan Kerajaan Negeri ialah untuk menyemarakkan semula semangat kerjasama serta tolong-menolong dikalangan penduduk bagi mewujudkan sebuah komuniti yang berdikari di kawasan luar bandar. Disamping itu, ianya juga sebagai salah satu usaha kerajaan untuk membasmi buta huruf dikalangan masyarakat desa serta membimbing masyarakat ke arah kefahaman dan kesedaran untuk meningkatkan serta memajukan taraf hidup mereka. Sesungguhnya, dalam pengisian selepas kemerdekaan negara, aspek pembangunan insan diberi penekanan utama oleh kerajaan bagi mengimbangi pembangunan negara yang giat berkembang maju.
|^_^|
:))
:)]
;))
;;)
:D
;)
:p
:((
:)
:(
:X
=((
:-o
:-/
:-*
:|
8-}
~x(
:-t
b-(
x(
=))
Post a Comment