Hari Ini Dalam Sejarah : PELANCARAN KLINIK KAPAL GIGI YANG PERTAMA
Pada hari ini 24.6.1958, buat pertama kali di Persekutuan Tanah Melayu, kapal digunakan sebagai tempat menjalankan rawatan kesihatan gigi. Klinik Kapal Gigi telah dilancarkan oleh Raja Muda Perak, Raja Idris Shah II di Teluk Anson Perak. Kapal yang diberi nama 'Tabib' ini akan memberi perkhidmatan pergigian secara percuma kepada penduduk-penduduk yang mendiami kampung-kampung di sepanjang Sungai Perak. Kapal yang panjangnya lima puluh kaki, lebar tiga belas kaki dan tinggi dua puluh kaki telah dibina di Teluk Anson sejak tahun 1956. Kapal ini mengandungi dua dek. Dek di sebelah atas mempunyai sebuah bilik rawatan dan dua buah kabin, sebuah dapur kecil dan sebuah tempat menunggu yang boleh memuatkan lima belas orang. Kapal ini juga turut dilengkapi dengan alat-alat pergigian yang diimpot daripada England. Pelbagai pendekatan yang dijalankan oleh pihak kerajaan diharap akan dapat memberi perkhidmatan kesihatan yang lebih cepat dan selesa kepada rakyat di negara ini.
|^_^|
:))
:)]
;))
;;)
:D
;)
:p
:((
:)
:(
:X
=((
:-o
:-/
:-*
:|
8-}
~x(
:-t
b-(
x(
=))
Post a Comment