Hero2004 : RENUNGKANLAH
Yakinlah anda, bahawa dunia ini merupakan tempat yang penuh dengan cubaan.
bala', kesulitan dan kesedihan. Oleh kerana itu, terimalah ia seadanya dan selalu-
lah minta pertolongan ALLAH.
ALLAH pasti memberikan pahala setelah kecemasan, kegundahan, kesedihan,
keresahan. kelaparan, kefakiran, rasa sakit, dililit oleh hutang dan segala musibah
yang lain.
Ketahuilah, bahawa kesulitan itu dapat membuka pendengaran dan penglihatan,
menghidupkan hati, mengawal nafsu, mengingatkan hamba kepada Tuhannya, dan
dapat menambah pahala.
Janganlah banyak bergaul dengan orang yang berkelakuan buruk, dan jangan pula
dengan orang-orang yang suka menyusahkan, serta pendengki. Sebab mereka
boleh merosakkan jiwa dan menimbulkan kesedihan dan keresahan.
Jauhilah dosa-dosa, kerana ia adalah sumber keresahan dan kesedihan. Dan dosa
menyebabkan timbulnya malapetaka dan memebuka pintu terjadinya mesibah dan
krisis.
|^_^|
:))
:)]
;))
;;)
:D
;)
:p
:((
:)
:(
:X
=((
:-o
:-/
:-*
:|
8-}
~x(
:-t
b-(
x(
=))
Post a Comment