Hero2004 Blog

Menjaga Kemuliaan Rasulullah

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :
Menjaga Kemuliaan Rasulullah

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah telah memilihku dan memilih untukku beberapa sahabat serta Ia jadikan di antara mereka menteri-menteriku, mertua-mertua dan menantu-menantuku, juga penolong-penolongku; oleh sebab itu sesiapa yang memburuk-buruk dan mencaci mereka, maka tertimpalah diatasnya laknat Allah dan Malaikat serta manusia seluruhnya; Allah tidak akan menerima daripadanya sebarang ibadat dan juga sebarang tebusan."

'Uwaimi bin Sa'idah

Huraian
Pengajaran hadith:

  • Sahabat-sahabat Rasulullah adalah orang-orang yang hidup sezaman dengan baginda.
  • Mereka merupakan pembantu-pembantu baginda yang berkerjasama dengan sepenuh hati dalam menyampaikan ajaran Islam serta mengembangkannya. Oleh itu mereka adalan orang yang layak mendapat kemuliaan dan penghormatan daripada seluruh umat Islam.
  • Sesiapa yang mencaci salah seorang daripada para sahabat Rasulullah s.a.w bererti ia telah mengengkari serta mendustakan kelebihan sahabat baginda yang telah perakui oleh baginda sendiri dan dengan itu bermakna dia juga telah memutuskan hubungannya dengan baginda.
  • Cacian terhadap sahabat Rasulullah s.a.w adalah meliputi apa jua perkataan yang menyentuh sifat peribadi, aliran faham mazhabnya dan fahaman siasahnya kerana antara seorang sahabat dengan seorang sahabat baginda yang lain, mereka berlainan pendirian tetapi mempunyai alasan yang kukuh (penuh tanggungjawab dan pertimbangan akal yang sihat) untuk berbuat demikian.
  • Sesiapa yang didapati mencaci atau melaknat sahabat-sahabat baginda ia akan ditimpa laknat daripada Allah dan malaikat-Nya.

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.