Hero2004 Blog

Keadilan

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :
Keadilan

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Sesungguhnya binasalah orang-orang yang sebelum kamu disebabkan orang-orang atasan apabila mencuri mereka membiarkannya , dan apabila orang lemah mencuri mereka menjatuhkan hukuman ke atasnya.”

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Huraian
Pengajaran Hadith:

  1. Keadilan hendaklah berlaku dalam semua lapisan masyarakat bermula dari dalam institusi keluarga, masyarakat dan pemerintahan negara.
  2. Keadilan merupakan punca utama berkembangnya kehidupan yang harmoni, aman dan sejahtera sedangkan kezaliman akan mencetuskan kekacauan, kegelisahan dan huru-hara.
  3. Keadilan hanya akan wujud sekiranya sesuatu itu dijalankan mengikut peraturan dan lunas-lunas Islam di mana Islam menolak perasaan pilih kasih dalam menjalankan hukuman, tetapi mementingkan ketegasan demi menegakkan kebenaran.

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.