Azan Dan Qomat
Kategori : IBADAH Solat
Tajuk :
Azan Dan Qomat
Hadith :
"Daripada Anas r.a. katanya, "diperintahkan Bilal supaya menggenapkan azan iaitu (dua - dua atau empat - empat) dan mengganjilkan qomat, kecuali ketika menyebut, "qodko matissolah" (yakni disebut dua kali). Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan muslim tetapi muslim tidak menyebut pengecualian itu.
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Huraian
- Hendaklah menggenapkan sebutan pada lafaz-lafaz azan dengan menyebut empat kali pada lafaz "Allah Akbar" dan dua kali pada lafaz-lafaz yang lain.
- Sunat azan ditempat yang tinggi dengan suara yang nyaring dan kuat supaya dapat didengar oleh orang ramai, sunat juga melakukan azan dengan tenang tanpa tergesa-gesa.
- Lafaz qomat hendaklah disebut dengan sekali sebutan kecuali pada lafaz "qodko matissolah". (hendaklah dibaca dua kali)
- Sunat melakukan qomat dengan suara sederhana yang boleh didengar oleh orang yang menunggu untuk sembahyang berjamaah.
|^_^|
:))
:)]
;))
;;)
:D
;)
:p
:((
:)
:(
:X
=((
:-o
:-/
:-*
:|
8-}
~x(
:-t
b-(
x(
=))
Post a Comment