Hero2004 Blog

Akhirnya......

Akhirnya segala teka-teki terjawab. Isu SIAPA yang bakal menerajui kerajaan negeri Terengganu terjawab sudah.

Namun setelah berbelas hari dari tarikh pilihanraya dan juga telah menerima cemuhan dan kritikan bukan sahaja dari parti pembangkang malah sebilangan rakyat. Hari ini barulah semuanya selesai.

Tetapi yang menjadi kemushkilan adalah sejauh mana keikhlasan Adun BN di Terengganu sanggup berkerjasama dengan Adun Kijal, Dato Ahmad Said? Adakah mereka akan melupakan dendam dan sumpah setia mereka yang telah dilaungkan diseluruh negara terhadap pemimpin pilihan parti?

Rasanya semua keputusan yang telah dibuat hari ini telah meninggalkan masalah kepada UMNO kursusnya dan BN amnya. Ini kerana maruah dan integriti yang dipertahankan mereka sudah pun hancur rosak dimamah anai-anai menanti masa untuk patah dan rebah.

Begitu berakhirnya episod malang didalam sebuah organisasi yang kononnya mempertahankan maruah dan kepentingan melayu.........

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.