Hero2004 Blog

Puasa dan takwa oleh Moderator

Puasa dan takwa
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

SESUNGGUHNYA hubungan antara puasa dan taqwa amatlah erat. Ini kerana seseorang yang berpuasa dengan menjaga segala adabnya di samping melaksanakan segala ketaatan sama ada yang fardu atau yang sunat sudah pasti menatijahkan takwa.

Hal ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t, Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183)

Sayid Qutub berkata: Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu iaitu untuk mencapai takwa. Takwa itulah yang bersemarak dalam hati ketika mengerjakan fardu puasa kerana menjunjung perintah Allah dan mengutamakan keredaan-Nya.

Takwa itulah yang mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik dalam hati. Orang-orang yang dihadapkan ayat-ayat al-Quran ini kepada mereka memang sedar betapa tingginya makam takwa di sisi Allah dan betapa beratnya timbangannya dalam neraca Allah.

Takwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai takwa serta salah satu jalan yang menyampaikan kepada takwa.

Oleh sebab itulah ayat ini mengangkat takwa di hadapan mata mereka selaku matlamat yang gemilang yang dituju oleh mereka menerusi ibadat puasa.

Berdasarkan ayat di atas dapatlah disimpulkan bahawa natijah puasa itu ialah untuk mencapai ketakwaan. Inilah hikmah yang terbesar dari perlaksanaan ibadat puasa yang penuh dengan adab dan etikanya.

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.