Archives

Hero2004 Blog

Sanggupkah Kita Buat Begini?

"Ustaz, saya ingin bertanya.. Saya menjaga ibu saya yang uzur... Saya membasuh kemaluan ibu saya.. Bagaimana dengan puasa saya..." Ustaz bertanya "Adakah saudara sudah berkahwin?"

Pemanggil menjawab "Belum Ustaz" Ustaz menjawab "Palingkan muka kearah lain semasa membasuh kemaluan ibu saudara"... Setelah talian putus, kedua-dua Ustaz dan DJ radio memuji-muji kesabaran jejaka pemanggil itu.

Saya menitiskan airmata mendengar perbualan itu dan berfikir sungguh beruntunglah siibu yang melahirkan jejaka itu. Alangkah bertuah nya si-isteri mendapat jejaka itu sebagai suaminya.Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yang lalu, seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung.

Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh, pantas berlari keluar dari kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan. Tapi bila dia mula menjejaki anak tangga, "Subhanallah!"Si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman rumah."Mak sakit perut rupanya," bisik hatinya.

Tanpa berlengah segera disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan. Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga.Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga.Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop bersih, seperti hilang akal sejenak. Tak sembahyang Maghrib ke?" Tanya ibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah. Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu di jamak takhir dengan Isyak nanti."

Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh dari sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini.

"Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur padamu.... aku bersyukur pada mu Ya Allah!" sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati.Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat kasih.......

Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa dipermudahkan oleh Allah. Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan oleh Allah SWT.

Hadis Nabi saw:

"Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT"

" Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah. Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia menjadi bingung, lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir."
•Hukamah•
....................readmore

Hero2004 Blog

Senyum Kambing 31/1/2008


....................readmore

Hero2004 Blog

Tidak Dapat Berjemaah

Kategori : IBADAH Solat

Tajuk :
Tidak Dapat Berjemaah

Hadith :
Dari Jabir r.a katanya:” Kami pergi bersama-sama Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan. Tiba-tiba hari itu hujan lebat. Maka bersabda baginda:”Silakan bagi yang mahu solat di tempat masing-masing.”

(Muslim)
....................readmore

Hero2004 Blog

Bani Israel ingkar arahan perang

Firman Allah s.w.t.:Apakah kamu tidak memperhatikan pemuka-pemuka Bani Israel sesudah nabi Musa, yaitu ketika mereka berkata kepada seorang nabi mereka: “Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (di bawah pimpinannya) di jalan Allah”.

Nabi mereka menjawab: “Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang”. Mereka menjawab: “Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, padahal Sesungguhnya kami telah diusir dari anak-anak kami?” Maka tatkala perang itu diwajibkan atas mereka, merekapun berpaling, kecuali beberapa saja di antara mereka dan Allah Maha mengetahui siapa orang-orang yang zalim.

Nabi mereka mengatakan kepada mereka: “Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu”. Mereka menjawab: “Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang diapun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?” Nabi (mereka) berkata: “Sesungguhnya Allah telah memilih rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa”. Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 246 - 247)

Al-Maghari berkata: “Selepas Allah menyebut tanda kekuasaan-Nya berkenaan dengan sebelum disyariatkan perang untuk memelihara kebenaran dan membelanjakan harta pada jalan Allah bagi kemuliaan umat sedangkan yang menyeleweng akan kecundang, lantas Allah berfirman.

Firman Allah s.w.t.: Apakah kamu tidak memperhatikan pemuka-pemuka Bani Israel sesudah Nabi Musa, iaitu ketika mereka berkata kepada seorang nabi mereka: “Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (di bawah pimpinannya) di jalan Allah”. Nabi mereka menjawab: “Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang”. Mereka menjawab: “Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, padahal sesungguhnya kami telah diusir dari anak-anak kami?”. Maka tatkala perang itu diwajibkan atas mereka, mereka pun berpaling, kecuali beberapa saja di antara mereka, dan Allah Maha mengetahui siapa orang-orang yang zalim.

Al-Nasafi berkata: “Golongan yang mulia kerana mereka memenuhi hati-hati manusia dengan kemuliaan dan mata pandangan manusia dengan kehebatan”.
Sayyid Qutub berkata: “Apakah engkau tidak melihat? Seolah-olah kejadian ini sedang berlaku dan dapat dilihat dengan mata kepala. Para pembesar dan cerdik pandai Bani Israel telah berkumpul dan menemui nabi mereka.

Al-Quran tidak menyebut nama nabi ini kerana nama itu tidak penting di sini, dan menyebut nama itu di sini tidak menambah suatu apa dalam saranan cerita sedangkan Bani Israel mempunyai ramai nabi yang lahir berturut-berturut di dalam sejarah mereka yang panjang itu. Mereka menemui nabi mereka dan menuntut beliau melantik seorang raja bagi mereka agar mereka dapat berperang kerana sabilullah di bawah pimpinannya.

Membulat di jalan Allah

Perbuatan mereka menentukan sifat peperangan itu sebagai peperangan untuk Sabilullah itu membayangkan satu kesedaran keagamaan di hati mereka dan kesedaran keimanan yang tercetus di dalam jiwa mereka. Ia juga membayangkan kesedaran keimanan yang tercetus di dalam jiwa mereka, juga membayangkan kesedaran bahawa mereka adalah penganut agama Allah yang benar dan bahawa musuh mereka berada di atas jalan yang sesat, kafir dan batil. Seterusnya membayangkan betapa terangnya jalan di hadapan mereka untuk bangkit berjihad di jalan Allah.

Jalan perjuangan yang jelas dan tegas itu merupakan separuh jalan menuju kemenangan. Oleh itu setiap mukmin pastilah merasa jelas di dalam hatinya bahawa dia berada di atas jalan yang benar dan musuhnya berada di atas jalan yang batil. Matlamat di dalam hatinya pastilah membulat di jalan Allah. Ia jangan sekali-kali diselubungi kekeliruan hingga membuat ia tidak mengetahui ke mana ia menuju.

Lalu nabi mereka memastikan sejauh mana benarnya keazaman mereka dan sejauh mana kukuhnya niat dan keazaman mereka melaksanakan tanggungjawab yang amat berat itu. Juga sejauh mana kesungguhan mereka menawar perjuangan mereka kepadanya.
Firman Allah: Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang.

Sayyid Qutub berkata: “Apakah tidak mungkin bahawa kamu enggan berperang jika peperangan itu telah diwajibkan ke atas kamu? Kamu sekarang masih berada dalam keadaan bebas dalam perkara ini, tetapi jika saya mempersetujui permintaan kamu lalu peperangan pun diwajibkan ke atas kamu.

“Maka ini bererti ia telah menjadi satu kewajipan yang difardukan ke atas kamu dan tidak ada jalan lagi untuk kamu mengelakkan diri darinya. Itulah pertanyaan dan mencari kepastian yang layak dengan seorang nabi, kerana perkataan-perkataan dan perintah-perintah para anbia tidak seharusnya diterima dengan ragu-ragu”.

Di sini darjah keghairahan dan semangat ingin berjuang melonjak-lonjak tinggi dan para pemimpin itu terus menyebut sebab-sebab yang mendorong mereka untuk berperang kerana Allah dan ini menjadikan peperangan itu pastilah dilakukan tanpa teragak-agak lagi.
Firman Allah: Mereka menjawab: “Mengapa kami tidak mahu berperang di jalan Allah, padahal Sesungguhnya kami telah diusir daripada anak-anak kami?”

Sayyid Qutub berkata: “Di sini kita dapati perkara ini cukup jelas di dalam perasaan mereka dan tertanam di dalam jiwa mereka bahawa musuh-musuh mereka adalah musuh-musuh Allah dan agama Allah. Mereka telah mengusir musuh-musuh itu dari kampung halaman mereka dan menawan anak-anak mereka. Oleh sebab itulah mereka wajib diperangi. Dan satu-satunya jalan yang ada di hadapan mereka ialah berperang. Oleh itu tidak perlu lagi mereka menyemak keazaman mereka atau tidak perlu lagi kepada apa-apa perdebatan”.

Firman Allah: Sesungguhnya Allah telah memilih rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa. Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.
As-Sya’rawi berkata: “Mereka yang menuntut daripada Nabi mereka supaya dibangkitkan bagi mereka raja”. Justeru memadai Nabi mereka memilih seorang lelaki dan menabalkan menjadi raja. Akan tetapi Nabi mereka menghendaki dengan menanam kemuliaan pada mereka berkenaan yang dibangkitkan seperti raja mereka.

Tabiat Bani Israel

Sayyid Qutub berkata: “Yakni Thalut itu seorang lelaki yang telah dipilih oleh Allah…..ini satu…..kemudian beliau ditambahkan dengan kelebihan ilmu pengetahuan dan kekuatan jasmani…..ini satu lagi……. kemudian Allah mengurniakan kuasa pemerintahan-Nya kepada sesiapa yang disukai-Nya….jadi hak pemerintahan ini adalah milik-Nya dan Dialah pengurus dan pengendali dan Dialah yang memilih sesiapa yang disukai-Nya di kalangan hamba-Nya. Kemudian Allah itu Maha Luas limpah kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui. Tiada pengawal bagi limpah kurnia-Nya dan tiada batas pemberian-Nya. Dialah yang mengetahui segala yang baik dan mengetahui meletakkan segala sesuatu pada tempatnya yang wajar”.

Inilah hakikat yang sepatutnya boleh membetulkan kefahaman dan pemikiran mereka yang salah dan boleh menghapuskan kekeliruan mereka. Namun tabiat Bani Israel tidak cukup dengan hakikat yang tinggi ini sahaja ketika mereka hendak menghadapi peperangan, malah mereka memerlukan kepada satu mukjizat zahir yang boleh menggerakkan hati mereka dan memulangkannya kepada kepercayaan dan keyakinan.

Al-Sonhaji berkata: “Sekiranya kamu mencela orang yang menjadi raja itu disebabkan ia tidak berbangsa dan tidak berharta, maka setelah ia berpeluang menjadi raja, terbukalah pintu rezekinya yang dikurniakan Allah kepadanya dengan seluas-luasnya. Dan Allah - di samping berkuasa mengkayakan si miskin - tahu pula akan hajat seseorang di dalam perkara mentadbirkan hal ehwal dirinya dan kerajaannya. Tahu perkara-perkara yang telah lalu dan tahu pula perkara-perkara yang akan berlaku”.

Al-Baghawi berkata: “Allahlah yang mempunyai segala keluasan yang boleh memberi dengan kekayaannya dan Maha Mengetahui dengan segala-galanya”.

Iktibar Ayat
  • Kisah umat zaman dahulu boleh dijadikan iktibar.
  • Allah boleh memilih siapa sahaja yang dikehendaki untuk menjadi raja dan pilihannya berdasarkan keilmuan dan kekuatan jasmani.
  • Mengisbatkan sifat Allah yang Maha Mengetahui.
....................readmore

Hero2004 Blog

Bekas Mufti Selangor meninggal dunia

30/01/2008 3:56pm

Datuk Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini.
Kuala Lumpur 30 Jan. - Bekas Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom, 80, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini.
Beliau telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital tersebut pada pukul 6 petang semalam akibat masalah tekanan darah.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok.
....................readmore

Hero2004 Blog

Dimana Sharlinie?

....................readmore

Hero2004 Blog

Susahnya Jadi Cikgu












....................readmore

Hero2004 Blog

Underwater

Family on holiday in Australia for a week and a half when husband, wife and their 15 year old son decided to go scuba diving. The husband is in the navy and has had some scuba experience.

His son wanted a pic of his mum and dad in all their gear so got the underwater camera on the go. When it came to taking the pic the dad realized that the son look like he was panicking as he took it and gave the 'OK' hand sign to see if he was alright.

The son took the pic and swam to the surface and back to the boat as quick as he could so the mum and dad followed to see if he was OK. When they got back to him he was scrambling onto the boat and absolutely shitting himself.

When the parents asked why he said 'there was a shark behind you' and the > dad thought he was joking but the skipper of the boat said it was true and that they wouldn't believe him if he told them what it was.

As soon as they got back to the hotel they put the pic onto the laptop and this is what they saw.
....................readmore

Hero2004 Blog

3 golongan layak meminta bantuan

DARIPADA Qabishah bin Mukhariq al-Hilali katanya: "Aku pernah menanggung hutang (untuk mendamaikan dua kabilah yang saling bersengketa).

Lalu aku datang kepada Rasulullah SAW meminta bantuan kepada Baginda untuk membayarnya. Jawab Baginda: "Tunggulah hingga orang datang menghantarkan zakat, nanti kusuruh serahkan kepadamu." Kemudian Baginda melanjutkan sabdanya, "Hai Qabishah! Sesungguhnya meminta-minta itu tidak boleh (tidak halal) kecuali untuk tiga golongan iaitu:
  • Orang yang menanggung hutang (gharim, untuk mendamaikan dua orang yang bersengketa atau seumpamanya). Maka orang itu boleh meminta, sehingga hutangnya langsai. Apabila hutangnya selesai, maka tidak boleh lagi dia meminta-minta.
  • Orang yang ditimpa bencana, sehingga harta bendanya musnah. Orang itu boleh meminta sehingga dia memperoleh sumber kehidupan yang layak bagi dirinya.
  • Orang yang ditimpa kemiskinan, (disaksikan atau diketahui oleh tiga orang yang dipercayai bahawa dia memang miskin). Orang itu boleh meminta-minta hingga dia memperoleh sumber kehidupan yang layak. Selain tiga golongan itu, haram baginya meminta-minta dan haram pula baginya memakan hasil perbuatan meminta-minta itu." (Hadis riwayat Muslim)

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

....................readmore

Hero2004 Blog

Putik kapas halang pendengaran 9 tahun

LONDON: Selama sembilan tahun, Jerome Bartens, 11, dianggap cacat apabila hilang pendengaran telinga kanan dan doktor sudah berputus asa untuk membantunya. Bagaimanapun, dia dapat mendengar semula hanya selepas hujung putik kapas tiba-tiba keluar dari telinganya ketika bermain bersama rakannya. Keluarga Bartens percaya dia menyumbat putik kapas itu ke dalam telinganya ketika berusia dua tahun dan tertinggal di dalamnya.
Berikutan itu, dia terpaksa berhempas pulas di sekolah, terpaksa menguatkan bunyi televisyen dan muzik, dan sudah biasa semua orang menjerit kepadanya. Kini, selepas mendapat semula pendengaran, bapanya, Carsten meminta pakar perubatan memberi penjelasan mengapa mereka gagal mengenal pasti masalah itu sekian lama. - Agensi
....................readmore

Hero2004 Blog

Nilai Sedekah Di Sisi Allah

Kategori : IBADAH Akidah

Tajuk :
Nilai Sedekah Di Sisi Allah

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Siapa yang bersedekah dengan sebutir kurma dari usaha yang halal, maka Allah akan menerimanya dengan baik, lalu dipelihara-Nya seperti kamu memelihara anak kambing atau anak unta sehingga sedekahmu itu bertambah besar menjadi sebesar gunung atau lebih besar daripada itu.”

(Muslim)
....................readmore

Hero2004 Blog

Rumahku syurgaku

Kategori : IBADAH Akidah

Tajuk :
Rumahku syurgaku

Hadith :

Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia.”

(al-Bukhari)

Huraian
1. Rumahku syurgaku adalah rumahtangga yang mempunyai ciri-ciri keislaman yang sebenar boleh menyediakan persekitaran yang harmoni dan melahirkan kasih sayang, hormat menghormati serta pelaksanaan ibadah yang membawa kepada ketenangan dan ketenteraman.

2. Ada beberapa tempat, yang jika dilakukan ibadah di dalamnya, akan mendapat pahala dan keutamaan yang lebih besar berbanding dilakukan di tempat lain seperti solat di Masjidil Haram, setara dengan seratus ribu solat di tempat lain. Solat di Masjid Nabawi, setara dengan seribu solat di tempat lain dan solat di Masjid al-Aqsa, setara dengan lima ratus kali solat di tempat lain. Solat yang paling utama dilakukan di masjid itu adalah solat wajib. Sementara untuk solat sunat yang paling utama adalah jika dilakukan di rumah.

3. Waktu di rumah seharusnya diisi dengan perkara yang bermanfaat dan mendatangkan pahala kerana perhatian terhadap pembangunan rumah dan isi rumah merupakan perkara yang paling penting untuk membangun masyarakat muslim. Hal ini kerana sebuah masyarakat akan terbina daripada gabunagn isi rumah. Jika unsur dasarnya baik, maka akan kuatlah sesebuah masyarakat itu.
....................readmore

Hero2004 Blog

Makruh Melambatkan Solat Dari Waktunya

Kategori : IBADAH Solat

Tajuk :
Makruh Melambatkan Solat Dari Waktunya

Hadith :

Dari Abu Dzar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bertanya:”Apa yang anda lakukan jika semua pembesar atau pejabat negeri telah sama-sama mengundurkan solat dari waktunya? Jawabku:”Apa perintah anda kepadaku?” Jawab Rasulullah s.a.w:”Solatlah kamu sendirian pada waktunya! Jika kemudian engkau dapat pula berjamaah bersama-sama mereka, solatlah lagi, dan solatmu itu adalah sunat (keuntungan) bagimu.”

(Muslim)
....................readmore

Hero2004 Blog

Pencuri tinggalkan lembu dalam kereta

MISTERI TERJAWAB: Lembu ditinggalkan dalam kereta Proton Wira selepas cubaan beberapa lelaki mencuri haiwan itu digagalkan penduduk Kampung Pondok Labu, Kulim, malam kelmarin.
....................readmore

Hero2004 Blog

Marikh dah terbalik

MAKLUMAT INI DARI USTAZ HARUN DIN,

BELIAU BACAKAN ARTIKEL TTG FAKTABAHAWAPLANET MARIKH ( PLANET TERDEKAT DGN BUMI ) TELAH MENGALAMI PUSINGANTERBALIK PADA BULAN SEPTEMBER LEPAS.

INI MENUNJUKKAN BAHAWA PLANET YANG BERHAMPIRAN DENGAN PLANET MARIKHJUGAAKAN MENGALAMI KEJADIAN YANG SAMA.MAKA AKAN TERJADILAH KEJADIAN MATAHARI AKAN TIMBUL DARI ARAH BARAT YANGJUGA MERUPAKAN TANDA-TANDA BESAR KIAMAT.

PADA MASA ITU JUGALAH PINTU TAUBAT AKAN DI TUTUP.KATA PARA ASTRONOMI PLANET, BUMI HANYA TUNGGU MASA SAJA.MAKLUMAT INI TIDAK DIDEDAHKAN SECARA MELUAS DAN TELAH DI HENTIKANPENYEBARANNYA OLEH 'NASA' KERANA IA MENGUNTUNGKAN UMMAT ISLAM.

AMBILLAH PERHATIAN
....................readmore

Hero2004 Blog

Bumi Tempat Sujud

Kategori : IBADAH Akidah

Tajuk :
Bumi Tempat Sujud

Hadith :
Dari Abu Dzar r.a bertanya:”Ya Rasulullah! Masjid manakah yang mula-mula dibangun kan di muka bumi ini?” Jawab Rasulullah s.a.w :’Masjidil Haram!” Aku bertanya lagi:”Sesudah itu masjid apa?” Jawab baginda:”Masjidil Aqsa!” Aku bertanya lagi:”Berapa lamakah jarak antara kedua masjid itu dibangunkan?” Jawab baginda:”Empat puluh tahun.. Dan di mana sahaja kamu berada jika waktu solat telah tiba, maka solatlah (segera) kerana bumi ini adalah masjid (tempat sujud).”

(Muslim)
....................readmore

Hero2004 Blog

Makan Makanan Yang Berbau

Kategori : IBADAH Akidah

Tajuk :
Makan Makanan Yang Berbau

Hadith :

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya:”Ketika perang Khaibar, kami para sahabat Rasulullah s.a.w terpaksa makan sayur bawang putih. Kerana sangat lapar, kami makan agak banyak.. Kemudian kami pergi ke masjid lalu baunya tercium oleh Rasulullah s.a.w. Maka bersabda baginda:”Siapa yang makan buah yang berbau busuk itu janganlah dekat-dekat kepada kami di masjid.” Berkata orang ramai, “Haram! Haram!” Ketika hal itu terdengar oleh Rasulullah s.a.w, baginda bersabda:”Wahai manusia! Sesungguhnya aku tidak mengharamkan apa yang dihalalkan Allah; tetapi hanya kerana tumbuh-tumbuhan itu berbau busuk.”

(Muslim)
....................readmore

Hero2004 Blog

Pahala Yang Amat Besar

Kategori : IBADAH Akidah

Tajuk :
Pahala Yang Amat Besar

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang meminjamkan untanya kepada satu keluarga untuk diperah susunya pagi dan petang maka pahalanya sungguh sangat besar.”

(Muslim)
....................readmore

Hero2004 Blog

Kematian Itu Mengejutkan

Kategori : IBADAH Pengurusan Jenazah

Tajuk :
Kematian Itu Mengejutkan


Hadith :
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”satu jenazah berlalu di hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda berdiri. Kami pun berdiri juga mengikut baginda. Kemudian kami berkata:”Ya rasulullah! Itu jenazah orang Yahudi.” Sabda baginda:”Kematian itu mengejutkan. Oleh itu bila kamu melihat jenazah (lalu) berdirilah.”

(Muslim)
....................readmore

Hero2004 Blog

Khutbah Jumaat : MEMAKMURKAN NEGARA SATU TANGGUNGJAWAB

الْحَمْدُ للهِ الْقَائِل فِى كِتَابِهِ الْعَزِيْزِ. " هُوَ أَنْشَأَكُمْ مِّنَ الأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيْهَا فَاسْتَغْفِرُوْهُ ثُمَّ تُوْبُوْا إِلَيْهِ، إِنَّ رَبِّيْ قَرِيْبٌ مُّجِيْبٌ ".
أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَالتَّابِعِيْنَ وَتَابِعِى التَّابِعِيْنَ لَهُمْ بِإِحْسنٍ اِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.

اَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا الْمُسلمون، إِتَّقُوْا الله، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ اْلمُتَّقُوْن..

Sidang Jumaat Tetamu Allah Yang Dihormati Sekelian

Marilah kita sama-sama meningkatkan usaha bertaqwa kepada Allah s.w.t. dengan cara melaksanakan amal ibadah, dan kita menghindari segala perbuatan keji, maksiat serta mengamalkan nilai-nilai murni baik percakapan, perbuatan dan tingkahlaku . Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Sidang Jumaat Yang Dihormati

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t. Di atas segala nikmat dan rahmat yang dianugerahkan kepada kita, khususnya Pembangunan Negara, kemakmuran dan kestabilan yang berpanjangan yang telah dinikmati dari dulu hingga kini. Justeru kita boleh merancang pembangunan dan keperluan kita dengan sempurna mengikut acuan sendiri sehingga rakyat dapat menikmati kemajuan ini.

Maka dengan itu, kita selaku rakyat dan umat Islam hendaklah sentiasa peka dan mengambil berat soal kesejahteraan hidup . Janganlah kita hanya semata-mata menjadi penerima dengan menyerahkan tanggungjawab membangun negara kepada pihak pemerintah sahaja. Sebaliknya kita hendaklah turut bertanggungjawab menyelesaikan masalah agar menjadi bertambah baik dengan memberi penambahbaikan terhadap apa-apa yang sedia ada.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekelian

Panduan Al-Quran dan al-hadis serta syariat Islam banyak memandu kita dalam mengurus hal dunia yang dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t kepada manusia untuk memakmurkan dan membangunkan muka bumi ini secara yang komprehensif atau menyeluruh. Usaha pemakmuran itu merangkumi tanggungjawab membangunkan masyarakat manusia yang sejahtera serta memperkuatkan tamadun manusia. Diantara panduan-panduan Al-Quran yang menyebutkan peranan yang dipertanggungjawabkan kepada manusia, sepertimana Firman Allah s.w.t dalam surah Hud ayat 61:

Maksudnya : " Dialah ( Allah ) yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid . Sesungguhnya tuhanku sentiasa dekat lagi sentiasa memperkenankan permohonan hamba-Nya ".

Dan Allah mentaklifkan atau mewajibkan kamu supaya memakmurkan muka bumi sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 30:

Maksudnya : " Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat sesungguhnya aku hendak menjadikan seseorang khalifah di bumi ".

Ayat tersebut, menjelaskan manusia sebagai pentadbir bertanggungjawab, mengurus dan memakmurkan bumi Allah untuk kesejahteraan manusia sejagat meliputi aspek material, ilmu, ekonomi dan sosial. Oleh itu, sebagai umat pilihan di dunia ini kita perlu bijak mengimbangi antara dua keperluan hidup, iaitu selesa di dunia dan sejahtera di akhirat.

Justeru itu, kita berperanan merancang dan melakukan sesuatu yang terbaik untuk faedah diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Kita juga, perlu membuat apa-apa perubahan terhadap kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri kita. Sepertimana yang disarankan oleh Allah s.w.t. dalam surah Ar-Ra’du ayat 11:

Maksudnya : " Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ".

dan Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Qasas ayat 77:

Maksudnya : " Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu ) dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu. ( dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah ) ".

Berdasarkan ayat yang dibaca tadi, kita hendaklah sedar bahawa kehidupan di dunia ini, adalah untuk memperolehi keredaan Allah s.w.t.. Dan kita digalakkan supaya menceburi apa saja bidang yang boleh membangun dan memberi kebaikan kepada diri manusia seperti menceburi bidang pendidikan saintifik, pengembangan industri asas tani, penyelidikan perubatan dan sebagainya. Sebagaimana yang telah dirintis dan dipelopori oleh sarjana dan pemimpin negara Islam suatu ketika dahulu. Namun demikian kita sama sekali tidak boleh mengabaikan ciri-ciri sebagai muslim yang teguh iman, sempurna amal ibadah dan berakhlak mulia serta menjauhi sifat-sifat negatif.

Dengan itu cuba kita perhatikan Firman Allah Taala dalam surah Al-Mulk ayat 15 :

Maksudnya : " Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah dimerata-rata ceruk rantau serta makanlah daripada rezeki yang dikurniakan Allah dan ingatlah kepada Allah jualah ( tempat kembali kamu sesudah ) dibangkitkan semula (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya) ".

Sidang Jumaat Yang Dihormati

Bagi merealisasikan hasrat tersebut kita perlu mengambil kesempatan ini dengan bekerja berseungguh-sungguh dedikasi, jujur, dan amanah serta berusaha menambah ilmu pengetahuan bagi menjamin kejayaan.

Al-Quran menjelaskan bahawa, ilmu sebagai faktor yang penting membezakan seseorang individu . Hal ini jelas kerana dengan memiliki dan menguasai dalam pelbagai bidang ilmu mampu mengangkat darjat ummah, bangsa dan negara menjadi lebih baik, mulia, dihormati dan disegani, sebaliknya jika umat Islam mundur dan tidak menguasainya sudah tentu seluruh umat Islam akan berdosa. Kerana menuntut ilmu difardhukan kepada semua orang Islam. Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11:

Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu ( untuk orang lain ) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya, supaya Allah melapangkan untuk kamu . Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama ( dari kalangan kamu ) beberapa darjat dan ingatlah Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu kerjakan ".

Walau agaimanapun pada hari ini kita dapati sebilangan umat Islam kurang menghayati ajaran Islam bahkan ada yang mengabai nilai-nilai murni Islam dalam kehidupan. malahan nilai-nilai murni ini telah diamalkan oleh bangsa lain yang menyedari ianya penting untuk kesempurnaan dan kemajuan hidup. Fenomena ini kesuatu ketika dahulu pernah disebut oleh seorang ulama terkenal Sheikh Muhammad Abduh dengan katanya : " Sesunggunhya telah pergi ke negeri barat dan aku lihat Islam padanya dan aku telah pergi ke dunia Islam dan aku lihat barat padanya ". Kata-kata ini menunjukkan betapa terhakisnya nilai amalan dan ajaran Islam di kalangan umat Islam.

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekelian

Umat yang berkualiti adalah umat yang mempunyai siasah yang mantap, menepati janji, patuh, menepati waktu, berdisiplin dan sentiasa membantu serta bekerja dengan tekun dalam pekerjaan yang diceburi. Nilai ini menjadi pemangkin atau penggerak untuk mencapai wawasan negara . Hanya umat yang berkualiti dan berkemahiran serta mempunyai pegangan agama yang kukuh sahaja boleh merealisasikan wawasan negara. Walau bagaimanapun bagi umat yang berkemahiran tetapi rapuh nilai-nilai kerohanian tidak akan mampu membina kemajuan sebenar.

Marilah kita sama-sama menjadi umat yang berkualiti dan berguna kepada negara. Diantaranya kita hendaklah :

1 . Berjuang membebaskan diri dari belenggu kemiskinan, kejahatan dan kejahilan.
2 . Berusaha untuk kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan.
3 . Sentiasa membina peradaban dan kemajuan.
4 . Sentiasa meningkat dan mengekalkan kesejahteraan rohani dan jasmani.
5 . Sentiasa mengirat dan mengekalkan hubungan silatulrahim di kalangan umat Islam.
6 . Sentiasa mengukuh ekonomi diri dan keluarga melalui kaedah perbelanjaan berhemah, tidak membazir dengan merancang perbelanjaan.

بسم الله الرحمن الرحيم،

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْن وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.
....................readmore

Hero2004 Blog

Sikap, tingkah laku lambang kewibawaan pemimpin

Sikap, tingkah laku lambang kewibawaan pemimpin
Oleh: SAODAH ABD.AHMAN

MANUSIA sering melihat pemimpin sebagai orang yang bertanggungjawab dan mempunyai keperibadian mulia. Jika pemimpin tidak prihatin dalam soal tingkah lakunya maka kewibawaan diri dan kehebatannya akan terjejas. Rakyat mempunyai hak untuk mempersoalkan sikap dan tingkah laku buruk para pemimpin mereka.

Kedudukan dan kekuasaan seorang pemimpin bergantung kepada suara dan sokongan rakyat. Pemimpin yang tidak peka terhadap tingkah laku dan keperibadian diri tidak layak untuk memimpin negara kerana mereka tidak boleh menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.

Pemimpin dianggap sebagai ketua yang terlalu sibuk menguruskan soal keperluan asas rakyat. Rumah dan pejabat mereka merupakan tempat untuk rakyat mengadu dan meminta pertolongan.

Jika seorang pemimpin masih lagi leka dengan kegiatan yang berunsurkan tuntutan hawa nafsu sama ada dalam bentuk mengumpul harta sebanyak mungkin ketika diberi kuasa, atau berpoya-poya dengan wanita cantik dan menarik, maka kehebatan dan kewibawaannya terjejas akibat terlalu ghairah melayani kehendak hawa nafsunya.

Pemimpin ialah orang yang mempunyai jiwa yang kental, perwatakan yang boleh meyakinkan masyarakat bahwa beliau adalah seorang yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai, serta cintakan masyarakat.

Pemimpin yang tidak mempunyai ciri-ciri begini tidak layak dilantik menjadi pemimpin kerana kelemahan menahan hawa nafsu boleh menyebabkan mereka terpesong daripada melaksanakan tugas secara serius dan berhemah.

Pucuk pimpinan negara perlu menunjukkan sikap yang tegas apabila berhadapan dengan pemimpin yang terlalu ghairah dengan kegiatan yang berunsurkan kegilaan pangkat dan hawa nafsu.

Sikap terlalu gemar menutup keburukan perangai dan tingkah laku para pemimpin kerana hendak menjaga imej parti politik boleh menyebabkan pemimpin-pemimpin tersebut berterusan melakukan perbuatan yang bersalahan dengan etika kepimpinan.
Malah ia juga boleh membangkitkan kemarahan dan kebosanan rakyat terhadap pucuk kepimpinan beliau.

Kebanyakan masyarakat Malaysia masa kini adalah terdiri daripada orang yang berpelajaran dan mampu berfikir dan memahami tingkah laku dan sikap para pemimpin mereka.
Mereka berani menyuarakan pandangan dan kritikan terhadap pemimpin yang mempunyai tingkahlaku yang buruk dan tidak bertanggungjawab. Setiap pemimpin perlu memahami bahwa kedudukan dan kekuasaan mereka adalah ditentukan oleh rakyat kerana negara ini mengamalkan dasar demokrasi.

Rakyat mempunyai hak untuk menyebarkan perangai dan tingkah laku buruk para pemimpin. Hak begini amat penting bagi rakyat kerana mereka merupakan individu yang menentukan pemimpin negara.

Jika rakyat tersilap memilih pemimpin maka mereka akan menghadapi kepincangan dan kehancuran akibat kurang prihatin terhadap sikap dan perangai wakil rakyat dan pemimpin mereka.

Negara yang mengamalkan dasar demokrasi yang sihat akan berkembang dan maju secara pantas kerana setiap pemimpin sibuk menumpukan perhatian kepada perkhidmatan masyarakat dan negara. Masa dan tenaga mereka dikorbankan untuk membangun kawasan yang mundur dan menyediakan kemudahan asas kepada rakyat.

Apabila masa digunakan sepenuhnya untuk perkhidmatan masyarakat dan negara maka para pemimpin tidak mempunyai masa untuk berpoya-poya dan mengaut keuntungan diri sebanyak mungkin ketika diberi kuasa.

Kecuaian terhadap penelitian calon wakil rakyat dan pemimpin dalam aspek akhlak dan tingkah laku adalah di antara faktor yang menyebabkan dasar kerajaan tidak dapat dilaksanakan secara sempurna walaupun kerajaan telah menyediakan peruntukan yang banyak untuk masyarakat.
Apabila rakyat menyuarakan sikap dan tingkah laku buruk dan kecuaian wakil rakyat dan pemimpin ketika diberi kuasa maka pucuk pimpinan negara perlu tegas mengambil tindakan terhadap individu tersebut.

Dalam konteks kepimpinan negara, ketegasan dan kewibawaan pucuk pimpinan negara merupakan penentu kepada kejayaan atau kegagalan sesebuah negara.
Jika pucuk pimpinan merupakan orang yang tegas dan serius mengendalikan urusan disiplin dan etika para pemimpin di bawah bidang kuasanya, maka setiap wakil rakyat dan pemimpin tidak berani melakukan sesuatu yang berlawanan dengan etika kepimpinan kerana ia boleh menyebabkan mereka tersungkur dan bankrap.

Rakyat Malaysia hari tidak akan memilih pemimpin berdasarkan parti politik. Mereka lebih prihatin kepada individu yang dilantik menjadi wakil rakyat.
Jika seorang wakil rakyat menunjukkan sikap yang buruk dan sombong ketika diberi kepercayaan memimpin masyarakat maka kedudukannya sebagai wakil rakyat mungkin tidak berkekalan walaupun keseluruhan jentera parti digunakan untuk memperkukuhkan kedudukannya.

Pemimpin diibaratkan sebagai ibu dan bapa kepada rakyat. Jika wakil rakyat atau pemimpin terlalu gemar berpoya-poya dan melayani hawa nafsunya ketika berkuasa maka di manakah ciri-ciri kepimpinan yang boleh dihormati oleh masyarakat? Corak pemikiran dan sikap mereka adalah sama dengan remaja liar yang berkeliaran pada waktu malam.
Oleh itu tidak mungkin pemimpin tersebut boleh membimbing masyarakat menjadi satu masyarakat yang berjaya dan berakhlak mulia kerana pemimpin juga bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul.

- DR. SAODAH ABD. RAHMAN ialah pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan
Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
....................readmore

Hero2004 Blog

Senyum Kambing 4 Januari 2008

....................readmore

Hero2004 Blog

Keutamaan Umrah Bulan Zulkaedah

Kategori : IBADAH Haji Umrah

Tajuk :

Keutamaan Umrah Bulan Zulkaedah

Hadith :
Dari Anas r.a katanya:”Rasulullah s.a.w mengerjakan umrah empat kali. Semuanya itu dikerjakan baginda di bulan Zulkaedah selain yang dikerjakannya bersama-sama dengan haji. Iaitu umrah yang dilakukan baginda di Hudaibiyah ketika berlakunya perdamaian Hudaibiyah dalam bulan Zulkaedah, dan umrah tahun sesudah itu juga dalam bulan Zulkaedah dan umrah yang dilakukan baginda dari Ji’ranah ketika membahagi-bahagikan harta rampasan perang Hunain, juga di bulan Zulkaedah, dan sesudah itu umrah yang dilakukan baginda bersama-sama dengan haji.”

(Muslim)
....................readmore

Hero2004 Blog

Haram Memakan Daging Keldai

Kategori : IBADAH Akidah

Tajuk :

Haram Memakan Daging Keldai

Hadith :
Dari Anas r.a katanya:"Tatkala Rasulullah s.a.w menakluk Khaibar, kami menangkap keldai di luar kota lalu kami memasaknya. Tiba-tiba datang pesuruh Rasulullah s.a.w berseru:" Perhatian! Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya melarang kamu semua memasak daging keldai kerana daging keldai itu najis (dan memasaknya) termasuk perbuatan syaitan." Maka dibalikkan orang periuk sehingga isinya tumpah semuanya."

(Muslim)
....................readmore

Hero2004 Blog

UM : Senyum Kambing


....................readmore

Hero2004 Blog

Setakat Yang Terdaya

Kategori : IBADAH Akidah

Tajuk :

Setakat Yang Terdaya

Hadith :
Dari Jarir r.a katanya:"Aku berjanji kepada Rasulullah s.a.w akan setia dan patuh dan memberi nasihat kepada setiap orang muslim. Lalu beliau bersabda kepadaku:"Lakukanlah sekuasamu."

(Muslim)
....................readmore

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.