Hero2004 Blog

Putik kapas halang pendengaran 9 tahun

LONDON: Selama sembilan tahun, Jerome Bartens, 11, dianggap cacat apabila hilang pendengaran telinga kanan dan doktor sudah berputus asa untuk membantunya. Bagaimanapun, dia dapat mendengar semula hanya selepas hujung putik kapas tiba-tiba keluar dari telinganya ketika bermain bersama rakannya. Keluarga Bartens percaya dia menyumbat putik kapas itu ke dalam telinganya ketika berusia dua tahun dan tertinggal di dalamnya.
Berikutan itu, dia terpaksa berhempas pulas di sekolah, terpaksa menguatkan bunyi televisyen dan muzik, dan sudah biasa semua orang menjerit kepadanya. Kini, selepas mendapat semula pendengaran, bapanya, Carsten meminta pakar perubatan memberi penjelasan mengapa mereka gagal mengenal pasti masalah itu sekian lama. - Agensi

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.