
Cinta Dunia Cinta Akhirat
- Alangkah susahnya mendapatkan syurga dunia. Padahal ia jauh lebih hina daripada syurga akhirat.
- Untung atau rugi, bahaya atau aman, kaya atau miskin, pintar atau bodoh, menipu atau tertipu, zalim atau dizalimi, iman atau kufur - semua atas pilihan masing-masing.
- Demi mendapatkan dunia, manusia sanggup melakukan apa saja untuk membina empayar kekayaan dan kuasa, anak dan isteri yang menjadi cahaya mata, keluarga dan hamba yang sedia menolong menjaga nama baik mereka.
- Hidup sebagai orang kaya mempunyai risiko menjadi lalai. Hidup miskin mendekatkan manusia dengan kekufuran. Bagi mereka orang miskin jangan menyesal dilahirkan ke dunia, kerana di situlah medan pergelutan nasib baik dan buruk.
- Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya kekayaan yang sebenar itu ialah kaya hati."
BH-14April08