
3 golongan layak meminta bantuan
DARIPADA Qabishah bin Mukhariq al-Hilali katanya: "Aku pernah menanggung hutang (untuk mendamaikan dua kabilah yang saling bersengketa).
Lalu aku datang kepada Rasulullah SAW meminta bantuan kepada Baginda untuk membayarnya. Jawab Baginda: "Tunggulah hingga orang datang menghantarkan zakat, nanti kusuruh serahkan kepadamu." Kemudian Baginda melanjutkan sabdanya, "Hai Qabishah! Sesungguhnya meminta-minta itu tidak boleh (tidak halal) kecuali untuk tiga golongan iaitu:
- Orang yang menanggung hutang (gharim, untuk mendamaikan dua orang yang bersengketa atau seumpamanya). Maka orang itu boleh meminta, sehingga hutangnya langsai. Apabila hutangnya selesai, maka tidak boleh lagi dia meminta-minta.
- Orang yang ditimpa bencana, sehingga harta bendanya musnah. Orang itu boleh meminta sehingga dia memperoleh sumber kehidupan yang layak bagi dirinya.
- Orang yang ditimpa kemiskinan, (disaksikan atau diketahui oleh tiga orang yang dipercayai bahawa dia memang miskin). Orang itu boleh meminta-minta hingga dia memperoleh sumber kehidupan yang layak. Selain tiga golongan itu, haram baginya meminta-minta dan haram pula baginya memakan hasil perbuatan meminta-minta itu." (Hadis riwayat Muslim)
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
|^_^|
:))
:)]
;))
;;)
:D
;)
:p
:((
:)
:(
:X
=((
:-o
:-/
:-*
:|
8-}
~x(
:-t
b-(
x(
=))
Post a Comment