Archives

Hero2004 Blog

EMPAT CEDERA BUMBUNG KACA TERMINAL BAS BARU RUNTUH - mStar

DARUL RUNTUH
ZAMAN KERUNTUHAN TELAH BERMULA EMPAT CEDERA BUMBUNG KACA TERMINAL BAS BARU RUNTUH - mStar

HULU TERENGGANU: Tiga buruh warga Bangladesh dan seorang buruh tempatan cedera apabila penghadang cahaya kaca di terminal bas baru Kuala Berang yang sedang dalam pembinaan runtuh hari ini. Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.05 petang itu, difahamkan terdapat 15 pekerja di kawasan berkenaan dengan dua daripadanya sedang memasang kaca sebagai bumbung penghadang cahaya.
Kejadian itu menyebabkan dua buruh yang berada di atas bumbung dan dua lagi yang berada di bawah cedera ringan di kaki serta tangan akibat terkena serpihan kaca itu. Penyelia tapak pembinaaan berkenaan, Zahir Hariri berkata kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Hulu Terengganu dan dirawat sebagai pesakit luar.
"Ketika kejadian saya berada di pejabat tapak pembinaan dan saya terdengar bunyi kuat dari arah terminal itu. Apabila keluar, saya lihat kaca yang dijadikan bumbung penghadang cahaya jatuh dan pecah," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
KAH KAH KAH… woit… TERENGGANGU TUKAR NAMA BARU …. kah kah kah… kah kah kah…DARUL RUNTUH…. kah kah kah… woit... ADA STADIUM... STADIUM RUNTUH... kah kah kah.. woit... ADA MASJID....MASJID RUNTUH... kah kah kah.. kah kah kah... MESTI ESOK ADA BERITA... JAWATAN KUASA DITUBUH UNTUK SIASAT... kah kah kah.. woit…KEMUDIAN JANJI NAK UMUM LAPORAN ….kah kah kah… kah kah kah…. AKHIR...SATU HABUK TAK ADA….. kah kah kah… woit… KENAPA TAK TANGKAP KONTREKTOR ?....kah kah kah… kah kah kah….MACAM KES MALL DI KOTA BARU?... kah kah kah..
nota:inilah bahaya rasuah.projek bangunan di berikan kepada kronikroni jual projek pada sub kronisub kroni jual projek pada sub sub kronisub sub sub kroni jual pada kontrektor chinaprojek 600 juta tinggal 600 ribu ringgitinilah perniagaan bumiputerainilah perniagaan ketuanan melayuitu pasal semua runtuh kah kah kah
Dicatat oleh Tukar Tiub pada 12:54:00 AM

Re: EMPAT CEDERA BUMBUNG KACA TERMINAL BAS BARU RUNTUH - mStar



By AMN
Idea By SBY
....................readmore

Hero2004 Blog

Sketsa 1

By AMN
....................readmore

Hero2004 Blog

Nostalgia 2

By AMN

....................readmore

Hero2004 Blog

Part Time Job - Oil and Gas

By AMN
....................readmore

Hero2004 Blog

Hadith : Bawang Putih Dan Bau Mulut

Kategori : IBADAH Fidyah Kifarah

Tajuk :
Bawang Putih Dan Bau Mulut

Hadith :
Abu Ayyub r.a meriwayatkan katanya: “Adalah Rasulullah SAW apabila baginda didatangkan makanan maka baginda memakan sebahagiannya dan yang lebihnya dikirim kepada ku. Pada suatu hari baginda mengirimkan kepada ku makanan yang lebih yang tidak pun dimakan sebahagiannya kerana padanya ada bawang putih. Saya bertanya kepada beliau: “Apakah ia haram? Baginda bersabda: “Tidak. Tetapi aku tidak menyukainya kerana baunya. Abu Ayyub berkata: “Sesungguhnya saya tidak menyukai apa yang anda tidak menyukainya.”

Muslim

Huraian
Bau-bauan pada umumnya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap manusia dan haiwan. Banyak orang mahupun haiwan terus mengingati bau tertentu sepanjang hidup mereka. Orang yang mempunyai nafas yang berbau pula sering mendapat banyak masalah dalam pergaulan seharian mereka. Selama perbualan berlangsung biasanya orang yang berkomunikasi bersamanya akan berusaha menjarakkan diri atau cuba seboleh mungkin menahan nafas mereka. Bagi yang sering mendapat masalah bau mulut tentunya mereka akan berasa malu. Umumnya bau mulut disebabkan oleh faktor makanan yang dimakan seperti bawang putih, petai, jering, meminum alkohol (arak) atau menghisap rokok, disebabkan mulut kering atau kerana jangkitan penyakit/infeksi tertentu. Maka bagi mengurangi bau mulut adalah penting kita menjaga kebersihan mulut setiap hari. Tidak timbul masalah jika kita mahu memakan makanan yang disebutkan tadi (selain arak) asalkan kita segera mencuci mulut selepasnya. Jika tidak, pernafasan kita akan mengganggu orang lain terutamanya apabila kita mendirikan solat di dalam saf atau berkomunikasi dengan orang lain. Kekhusyukan dan perhatian mereka tentu akan terganggu. Justeru Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal kebersihan ini bukan sahaja pada tubuh badan, pakaian dan tempat solat bahkan juga pada bau mulut orang yang bersolat itu sendiri.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
....................readmore

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.