Archives

Hero2004 Blog

TeGanung : Apa itu....ssekong...

ssekong...

ssadong...

Hari ini Perdana Menteri membuat satu keputusan yang agak kelakar berkaitan isu pembelian Mechedih yang sudah berlarutan hampir seminggu. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Kerajaan Terengganu perlu akur dengan arahan penggunaan kereta Perdana V6 Eksekutif untuk kegunaan Exco Kerajaan Negeri.

BHarian Online melaporkan, Perdana Menteri berkata, disebabkan kerajaan negeri terbabit sudah membeli 14 kereta Mechedih-Beng E200 Kongprese bernilai RM3.43 juta, ia akan digunakan untuk kegunaan tetamu kerajaan negeri itu.

Itulah satu keputusan oleh sebuah kerajaan yang amat kelakar. Dengan keputusan itu sekiranya dilaksanakan bermakna 14 buah Mechedih itu akan duduk 'ssekong' tidak bergerak geri sehinggalah ada tetamu datang ke negeri Terengganu, maka barulah ia akan bergerak untuk membawa tetamu tersebut.

Jadi negeri Terengganu adalah negeri yang hebat kerana menyediakan 14 butir Mechedih yang berharga suku juta ringgit untuk tetamu. Kalau tetamu datang seorang bermakna 13 buah Mechedih lagi akan diletakkan dibawh garaj!

Apa itu....ssekong. ..

Pakat komenglah siket-siket sorang weh....

Sedap Doh Brase....
....................readmore

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.