
Hero2004 Corner
- All
- Hadith
- Sukan
-
- Browse more categories
- Album Hero2004
- Berita
- Berita Hero2004
- Doa
- Gambar
- Hadith
- Hari Ini Dalam Sejarah
- Hebahan
- Hiburan
- Hidayah
- Ibadah
- Isu Semasa
- Kartun DiHero2004
- Khutbah
- Kisah Al-Quran
- Klip
- Komentar Hero2004
- Lagu
- Lawak Hero
- Luahan
- Macam-Macam
- Memori
- Moral
- Muat Turun
- Mutiara Kata
- Pantun Oleh Geng Hero2004
- Pena Roslan
- Pengajaran
- Perhatian
- Perisian
- Petikan
- Rilek Minda
- Sejarah
- Sembang EPL
- Sukan
- TeGanung
- Teknologi
- Ucapan Hero2004
Archives


Iqra: Kebaikan amalan ayat seribu dinar
Antara fadilatnya ialah mendapat rezeki yang tidak disangka bahkan memperoleh rezeki menurut jalan yang tidak pernah terfikir, melenyapkan segala bentuk kesusahan serta dijauhkan daripada keraguan dan kesusahan maut.
Menurut banyak riwayat, sebab ayat seribu dinar diturunkan Allah adalah kerana peristiwa berkaitan seorang sahabat bernama Auf bin Malik al-Asyja'i yang mempunyai anak lelaki ditawan kaum Musyrikin.
Beliau mengadu perkara itu kepada Rasulullah SAW dan Baginda meminta Auf supaya bersabar sambil bersabda kepadanya yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar kepadamu."
Ternyata tidak lama selepas itu anaknya dilepaskan daripada tawanan pihak musuh dan dalam perjalanan ia terserempak seekor kambing kepunyaan musuh lalu dibawanya kambing itu kepada ayahnya.
Kemudian turunlah ayat yang bermaksud: "Siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya." (Hadis riwayat Ibnu Jarir)
Menyingkap khasiat dan kegunaan pelbagai surah dalam al-Quran, buku Amalan Mustajab dan Murah Rezeki hasil tulisan Nurhafiz Abdullah memberi tumpuan kepada hikayat yang dikaitkan dengan ayat seribu dinar.
Ini termasuk riwayat hartawan yang bermimpi didatangi lelaki meminta beliau bersedekah 1,000 dinar kepada fakir miskin dan kisah Malik bin Dinar yang dapat dibaca pada bahagian awal buku berkaitan ayat seribu dinar.
Pada masa sama, buku setebal 162 halaman ini turut mendedahkan fadilat dan khasiat ayat surah al-Fatihah, al-Kursi, al-Qadr, al-Ikhlas dan beberapa surah lain supaya dapat diamalkan pembaca bagi menyelesaikan masalah dihadapi dalam kehidupan.
Begitu juga doa untuk kejayaan, keberkatan hidup serta murah rezeki yang dilampirkan dalam usaha mengajak manusia tabah menghadapi ujian yang didatangkan dan berusaha mencari jalan penyelesaian dengan bermohon kepada Allah.
Ada 30 doa memohon pertolongan Allah disediakan dalam buku Amalan Mustajab dan Murah Rezeki yang boleh dijadikan panduan serta amalan harian termasuk doa memohon dibuka pintu rezeki, diberi kecerdasan akal dan hati serta memohon sentiasa dicintai Allah.
Kandungan buku ini menekankan hal berkaitan fadilat dan khasiat beramal dengan ayat wahyu Allah dalam al-Quran serta hadis Rasulullah SAW sebagai jalan keluar bagi mereka yang berhadapan kesusahan selain ingin mencapai hajat untuk diri, keluarga serta orang lain.
Buku Amalan Mustajab dan Murah Rezeki adalah rujukan sumber ilmu yang bukan saja menjadi penawar malah, malah mendorong pembaca memperbanyakkan ibadat sunat dengan membaca ayat al-Quran seterusnya menjadikannya sebahagian amalan harian.
Ilmu yang berkat adalah ilmu yang dimanfaatkan, semoga usaha penulis menyampaikan maklumat kepada pembaca yang akan memanfaatkannya membawa kedua-duanya beroleh keredaan Allah serta rahmat dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

The Skinny On: The Phoenix Mars Lander
Discovery News Space Producer Dave Mosher takes a tour of the Phoenix lander to find out how it operates on Martian soil.

Secrets of Revelation
In mega-churches the message of Revelation is being taught in all new ways.

Palestinian farmer defies Israeli settlement policy - 3Jun08
Since Annapolis, Israel has issued over 17,000 new tenders for housing units in Israeli settlements in the West Bank, including East Jerusalem.

THE STORY OF KARBALA - PART 5/02
Wahab was still in his teens. He had just got married and he was returning to his family with his middle-aged mother and the bride of a few days who was only twelve years old.
When his little caravan crossed with that of Husayn's, he met Husayn and listened to many of his speeches which he had been giving to his people at every stop. Wahab was very impressed by Husayn's personality, his honesty, piety and knowledge. Wahab kept discussing all this with his mother and continued with Husayn's caravan until they arrived in Karbala.
The situation in Karbala was quite different. Everybody knew that staying with Husayn meant definite death. Wahab discussed the situation with his mother the last time on the night of Ashoora.
He asked her:
'Mother! What should I do in this situation?' The mother asked Wahab: 'How do you feel yourself, my son ?'
Wahab said: 'In my opinion Husayn is on the just path and it would be cowardly and against all traditions of Arab chivalry and gallantry to leave the side of a man so isolated and surrounded by blood-thirsty enemies.' The mother said: 'But that means definite death.'
Wahab replied: 'Yes I know, but my heart tells me that this is the right thing to do, in the circumstances.'
The mother then said: 'If that is how you feel then we will stay with Husayn.'

Ciri-ciri kesempurnaan iman
Tajuk :
Ciri-ciri kesempurnaan iman
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:” Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu: menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil terhadap diri dan memberi salam kepada orang lain.”
Riwayat Ahmad
Huraian
- Harta benda atau wang ringgit adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Harta benda yang dimiliki adalah suatu himpunan amanah dan tanggungjawab yang perlu diurus dan dibelanjakan sewajarnya. Oleh itu manusia yang suka menyimpan harta kerana takut akan kehabisan dan tidak sanggup mengeluarkan sebahagiannya ke jalan yang hak seperti berzakat dan membelanjakan ke jalan yang bermanfaat pasti tidak akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah walaupun dianugerahi nikmat yang melimpah ruah.
- Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa jua yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkan (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya." - (Al-Israk: 30).
- Adil dengan diri sendiri bermaksud seseorang itu menyeimbangkan antara keperluan spiritual (rohani) dan dan fizikal (material, intelektual dll) di mana semua komponen ini saling berkait rapat dan sangat penting bagi menjadikan kehidupan seseorang seimbang, tenang dan damai.
- Memberi salam pula adalah simbol kekuatan ukhuwwah yang dituntut oleh Islam untuk diamalkan selalu oleh setiap muslim dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. Ini bagi memastikan masyarakat yang dihuni itu berkeadaan saling hormat menghormati di samping mewujudkan perpaduan dan kasih sayang tanpa berlakunya cara hidup yang bersifat indidualistik, menyombong diri, mementingkan diri dan sebagainya tanpa menghiraukan orang lain.