Archives

Hero2004 Blog

Rahmat oleh Moderator

Hati lembut tanda mendapat rahmat

Sep 30th, 2007 by nurjeehan
Oleh Mohd Zawawi Yusoh

BULAN Ramadan adalah bulan rahmat.

Biasa sangat kita sebut perkataan rahmat ada orang yang faham dan ada juga yang tidak faham. Kesempatan bulan rahmat ini mari kita sama menyelami makna rahmat.

Dalam bahasa Arab makna rahmat antaranya lembut hati, lembutnya laksana tanah yang lembut mudah menyerap air dan kemudian membekalkannya kepada tumbuhan untuk hidup dan subur.

Begitulah bandingannya orang yang mendapat rahmat hati yang lembut menjadi subur menerima benih iman kemudian tumbuh daripadanya pokok takwa yang buahnya ialah ibadat dan amal soleh serta akhlak terpuji.

Rahmat juga bermaksud melakukan kebaikan lebih banyak daripada apa yang kita dapat. Orang yang mendapat rahmat ialah orang yang pandai bersyukur.

Orang yang mendapat rahmat mereka bukan sahaja berbuat baik kepada orang berbuat baik kepadanya malah berbuat baik juga kepada mereka yang berjahat.

Perkataan rahmat disebut sebanyak 113 kali dalam al-Quran dan tujuan kedatangan rasul “rahmatan lil alamin”.

Hati yang dapat rahmat ialah hati yang menyintai Allah.

Bila Allah sudah dicintai segala suruhan-Nya akan mudah dilakukan. Kan begitu orang kalau dah bercinta yang seronok memang seronok malah yang kurang seronok pun akan jadi seronok.

Solat jadi seronok, puasa walaupun laparnya luar biasa tetapi dilakukan dengan tabah. Itulah tanda dapat rahmat.

Ramadan adalah bulan turunnya al-Quran. Dalam al-Quran perkataan rahmat juga sering kali sangat digandingkan dengan al-Quran.

Jadi, untuk mendapat rahmat juga dengan mendampingi al-Quran dengan membaca, meneliti, memahami kemudian melaksanakannya.

Bagaimanalah hendak dapat rahmat kalau baca pun tidak suka, kalau baca pun banyak salah. Jika baca betul, belum tentu faham. Kalau faham, tafsirnya pula tidak tahu. Sudah faham ayat tetapi kadangkala tidak buat pula.

Tanda lain untuk dapat rahmat ialah mereka yang berbuat baik pada dua ibu bapa. Caranya ialah mentaati perintahnya, gembirakan mereka berdua, tunaikan segala hajatnya selagi mampu, penuhi keperluannya jangan sekali menyakitinya, malah sentiasa berdoa semasa hidupnya atau matinya.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya: “Redha Allah akan bersama dengan redha ibu bapa.”

Pendek kata rahmat ialah segala kebaikan dan daripada kebaikan itu lahirlah ketaatan. Di bulan yang mulia ini marilah beramal dengan sebaiknya agar bila berlalu sahaja Ramadan kita mendapat takwa yang merupakan mercu tanda ikhlas.
....................readmore

Hero2004 Blog

Lailat Al-Qadar : Etimologi oleh Moderator

Etimologi

Menurut Quraish Shihab, kata Qadar (Þﺩﺭ) sesuai dengan penggunaannya dalam ayat-ayat Al Qur'an mempunyai tiga maksud iaitu [1]:

PERTAMA: Penetapan dan pengaturan sehingga Lailat Al-Qadar difahami sebagai malam penetapan Allah bagi perjalanan hidup manusia. Penggunaan Qadar sebagai ketetapan dapat dijumpai pada surat Ad Dukhan ayat 3-5 : Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Quran) pada suatu malam, dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan semua urusan yang penuh hikmah, yaitu urusan yang besar di sisi Kami.

KEDUA: Kemuliaan. Malam tersebut adalah malam mulia tiada bandingnya. Ia mulia karena terpilih sebagai malam turunnya Al-Quran. Penggunaan Qadar yang merujuk pada kemuliaan dapat dijumpai pada surat Al-An'am (6): 91 yang berbicara tentang kaum musyrik: Mereka itu tidak memuliakan Allah dengan kemuliaan yang semestinya, tatkala mereka berkata bahwa Allah tidak menurunkan sesuatu pun kepada masyarakat

KETIGA: Sempit. Malam tersebut adalah malam yang sempit, karena banyaknya malaikat yang turun ke bumi, seperti yang ditegaskan dalam surat Al-Qadr. Penggunaan Qadar untuk melambangkan kesempitan dapat dijumpai pada surat Ar-Ra'd ayat 26: Allah melapangkan rezeki yang dikehendaki dan mempersempit (bagi yang dikehendaki- Nya)

Keistimewaan

Dalam Al Qur'an, tepatnya Surat Al Qadar malam ini dikatakan memiliki nilai lebih baik dari seribu, bulan .97:1 Pada malam ini juga dikisahkan Al Qur'an diturunkan, seperti dikisahkan pada surat Ad Dukhan ayat 3-6. 44:3
WaktuTerdapat pendapat yang mengatakan bahawa terjadinya malam Lailatul Qadar itu pada 10 malam terakhir bulan Ramadan, hal ini berdasarkan hadits dari Aisyah yang mengatakan : " Rasulullah ShallAllahu 'alaihi wa sallam beri'tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadan dan beliau bersabda, yang artinya: "Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadan" " (HR: Bukhari 4/225 dan Muslim 1169)
....................readmore

Hero2004 Blog

Malam Indah Seribu Bulan oleh Moderator

LAILATUL QADAR atau Lailat Al-Qadar(malam ketetapan/kemuliaan ) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadan, yang dalam Al Qur'an digambarkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkannya Al Qur'an. Deskripsi tentang keistimewaan malam ini dapat dijumpai pada Surat Al Qadar, surat ke-97 dalam Al Qur'an.

Terjemahan Surah Al Qadar
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. (QS. 97:1)
[97.2] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
[97.3] Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
[97.4] Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
[97.5] Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.








....................readmore

Hero2004 Blog

Kebesaran Lailatul Qadar Oleh Moderator

Kebesaran lailatul qadar adalah berdasarkan dua perkara.

Pertamanya, kerana pada malam tersebut diturunkan al-Quran dan

Keduanya pada malam tersebut akan turun para malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang-orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebut sebagai lailatul qadar kerana pada malam tersebut akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi.

Ia juga dikenali dengan nama lailatul syaraf bermaksud malam kemuliaan dan lailatul tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.
....................readmore

Hero2004 Blog

Alamat Mimpi

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :

Alamat Mimpi

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:”Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis:(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah, (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, (3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain.”

(Muslim)

Huraian
Setiap daripada kita pernah mengalami mimpi. Mimpi yang hadir ada yang menyenangkan dan ada juga mimpi yang buruk. Namun tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat di sebaliknya. Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang tidak meninggalkan kesan kepada kita dan tidak kurang juga mimpi yang kita alami itu benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran benar terhadap sesuatu yang akan berlaku. Contohnya, Rasulullah s.a.w tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain yang mengalami mimpi yang benar seperti kisah yang melatarbelakangkan sambuatan perayaan Idul Adha. Nabi Ibrahim a.s bermimpi, lalu baginda menceritakan hal mimpinya itu kepada anaknya, Ismail, "Wahai anakku, aku bermimpi menyembelihmu. Bagaimana pendapatmu?" (as-Shaffat: 102). Kerana yakin mimpi itu datang daripada Allah S.W.T, maka nabi Ismail a.s merelakan dirinya dikorbankan. Allah menghargai kesetiaan hamba-hamba-Nya yang soleh ini lalu menggantikan Ismail dengan seekor kibas. Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf a.s. Diceritakan bahawa pada suatu hari nabi Yusuf mengkhabarkan kepada bapanya nabi Ya'qub,"Wahai bapaku, aku melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan bersujud kepadaku." (Yusuf: 4). Ternyata mimpi ini membawa petanda baik bahawa nabi Yusuf akhirnya diangkat menjadi pemimpin yang berkuasa dan bijak. Namun mimpi bagi insan yang jauh dari keimanan kebanyakannya datang daripada syaitan. Jika mimpinya itu benar-benar menjadi kenyataan maka itu adalah sebagai peringatan daripada Allah SWT agar mereka yang jauh daripada kebenaran (hidayah) itu kembali dekat kepada-Nya.
....................readmore

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.