Archives

Hero2004 Blog

TeGanung : Apa itu....bluahh...

Perkataan yang selalu digunakan oleh mok(emak) kepada anok kecil....bukan anok wek...anok wek akan kita citer lain kali...

Bluahh menggambarkan keadaan dimana kekotoran melebihi dari biasa.Ianya pada kebiasaannya merujuk kepada anggota badan, kaki,tangan, mulut atau muka. Dalam kamus Dewan ianya dirujuk sebagai comot...

Bluahh sinonim kepada kotor belopong dan hudoh ssepang.

Seder tu mung gi maing mane gok semek yang abih bluahh kaki tu...

Begitu juga dengan poreng. Satu lagu perkataan yang melambangkan kekotoran, poreng pada kebiasaannya digunakan untuk bahagian muka dan tubuh. Bila kita sebut poreng, timbul pulok porong.

Porong kalu jamang lening gok orang panggil 'bohsia' ianya merujuk kepada orang puang hok dok berapa molek ataupun dok jurus perangai atau pe'a(fe'el). Kalu di TeGanung lebih sinonim dipanggil 'TineGarib'.

Pe'a tu rasaya berasal dari perkataan Arab.

Sketsa anok Pok Wahab...

musing hujang nok mari doh ning Pok weh, kalu budok budok tu gi main baruh igat ikang sekila pulok ko'or lah kita, baju gok kotor belopong lah, kaki tangan gok bluahh abihlah. Nok wat guane ning Pok weh...

Jangan bimbang...Jangan go'bor...kita gunalah sabung 'ATTACK' jawab OAK....

bluahh...kotor belopong...hudoh sepang...poreng. ..porong. ..

Apa itu....bluahh. ..

Pakat komenglah siket-siket sorang weh....

Sedap Doh Brase....

....................readmore

Hero2004 Blog

Ancaman Bagi Pemabuk

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :

Ancaman Bagi Pemabuk

Hadith :

Dari Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Setiap yang memabukkan adalah khamar (arak) dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum khamar di dunia lalu dia meninggal dunia sedangkan dia telah terbiasa dan belum bertaubat maka dia tidak dapat meminumnya di akhirat nanti.”

(Bukhari)

Huraian

Hukum arak adalah jelas di dalam al-Qur'an, hadith dan ijma' ulama, sehingga pengharamannya itu telah menjadi sesuatu yang telah diketahui umum. Pengharaman arak itu bukan sahaja kepada orang yang meminumnya, bahkan ia meliputi kepada apa jua bentuk pertolongan yang boleh membawa kepada peminuman arak, kerana dosa menolong kepada berlakunya peminuman arak, walaupun dia tidak meminumnya, samalah juga dosanya seperti orang yang meminum arak. Oleh itu umat Islam mestilah berhati-hati dan peka serta bersikap tegas dengan perkara-perkara yang berhubungkait dengan halal haram dalam agama, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan makanan dan minuman kerana ia akan menjadi darah daging dan mempengaruhi pembentukan jiwa seseorang individu muslim itu sendiri. Berkenaan arak di syurga pula, al-Quran ada menyebutkan tentang sifat-sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa seperti adanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, yang terdiri dari air susu, arak dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Di samping itu disediakan pula segala jenis buah-buahan di mana orang-orang yang tinggal kekal di dalamnya akan diberi makanan dan minuman yang sedap dan lazat yang belum pernah dirasa atau dimakan ketika hidup di dunia.

....................readmore

Hero2004 Blog

minggu 45/08 - satu anilisa politik teganu kita

Kisah mat said pulak….seminggu dua ni lepas pemilihan amno ni..
Dia nok pecat 3 exco yg bertanding merebut jawatan ketua bahagian.
Pok loh larang dia, jangan pecat….tetapi seperti yg semua kita tahu mat said ni
Kalu dia kata dia akan buat…dia dok akan berundur…itu mat said…kita tunggu
episod selanjutnya…

bak macam kes giant mesra mall dok leh buka…org kata mat said tahan..
berbagai ulasan org kampong buat..apapun mat said nok ulas esok lepas mesyuarat exco
org kemasik kata dok heran mat said tahan giant..sejid bujal molek molek ada dia tolak…

sebenornya mat said ni MB yg paling lemah aku tengok…lemah dari pok loh lagi…
kalu belah besut nu MB diaorang masih deris…kalu mat said gi resmi benda benda pun..hanya pegawai kerajaan yg hadir..
puak puak akorumbi (JKKK) dok layan setarang…dikemaman pun banyok juga jkkk dok layan dia…jadi sokongan akar umbi
tak ada..sebab tu kerajaan mat said lemah..pegawai besar kerajaan negeri pun ada yg dok ikut dia….tapi mat said ni jenis
bekeng, panas barang, keras keng..bukan keras cokeng…keras caging…hehehe
contohnya sidang dun untuk budget ditangguh sehingga 16dec….negeri lain semua dah bentang…
sebabnya tengah pening percanggahan antara pusat dgn kerajaan negeri mengenai royalti...…
pok loh janji nak bagi balik royati bulan 10…tapi x bagi ..katanya bulan feb tahun depan pulak…
mat said memerintah macam pas perintah ah…duit royati x dok…bak kerajaan pembangkang.

Dan akhir sekali analisis aku…
Mat said akan pecat exco tu….
Puak exco tu mungkin akan buat undi tidak percaya
mat said mempunyai beberapa pilihan..
bubar dewan
mat said and the geng masuk pas
mat said and the geng buat parti baru dan joint PR..
mat said perlu bawak 9 ahli dun shj sahaja dan pas dah ada 8 kerusi…
16DEC tukar kerajaan..kerajaan PR..kerajaan teganu dulu bertukar drp kerajaan pusat

Org kijal guana cerite? Senyap je?
....................readmore

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.