Archives

Hero2004 Blog

TeGanung : Apa itu....rrepok...

"Satu kehebatan Anwar Ibrahim(AI) ialah kemahiran menakutkan lawan nya dengan menggunakan taktik ' gempak'. Gempak ialah bahasa Kedah dan bahasa Terengganunya ialah " 'rrepok'.

Bahasa indonesianya ialah 'gertak sambal'. Gertak sambal ialah memukul lesung untuk menakutkan lawan. Walau pun orang yang di 'gempak' tidak takut namun orang yang mendengar 'gempak' akan merasa risau. Orang Melayu memang cepat risau.

Kalau susah sikit dah risau. Maka orang yang risau akan mengambil jalan ringkas untuk menhilangkan kerisauan iaitu berpadu dengan pihak yang di rasa kuat dan menguntungkan.

Bila musuh kena 'rrepok' maka musuh akan 'gabra'. Bila musuh 'gabra' maka musuh akan membuat perkara yang kelam kabut dan akhirnya dari kelam kabut inilah timbul keretakan . AI banyak menggunakan teknik ' power of perception' untuk menghitamkan image Najib dan juga Dollah. Atantuya di gunakan untuk menghancurkan Najib dan Tape Lingam di gunakan untuk menghancurkan Mahathir. Kapal karam di guna untuk melemahkan BN dan Kaki Tidur di guna kepada Pak Lah. AI adalah the master of perception dengan menggunakan taktik 'riding the giant 'atau menunggang raksasa

Dua raksasa yang di tunggang oleh PKR ialah PAS dan DAP. Pas menjadi kaki kanan dan DAP menjadi kaki kiri dan kepala nya ialah AI. Dari segi fizikal kepala adalah kecil namun walau kecil kepala dapat mengkoordinasi kaki kiri dan kaki kanan raksasa untuk meredah periuk api dan gunung ganang.

Apa itu....rrepok. ..

rrepok sama makna dengan ggepok cuma berbeza dari segi sebutan dan ejaan. Tetapi jerepok lain dari rrepok. Jerepok membawa kepada bertemu secara tidak sengaja dan membawa kesan yang tidak akan terduga.

répok(ripot/riput) juga berbeza dengan rrepok . Dimana répok(ripot/riput) adalah satu dari perkataan Engrish yang di TeGanungkan, berasal dari perkataan report iaitu membuat laporan.

Doh kis xcideng belanggor tu mung wat ripot/riput pulis dok agi....Dok dang nok buat lagi WangRohing weh...debor dak dak dok ilang agi ning....Bengong goh moto tu, ye mari seterik ke aku kalu aku kona bahang tiang lapu ah kete aku....

Satu ari tu amber krabat pohong jambu arang belakang umoh dia dikawasang skoloh tu jugok dia dudok.nok jadi kecerita jerepok ngan dia..nya kejor letang pukang lari.Nak jadi ke cerita agi esok kang kat sekolah nya kenal pulok tu. Ketor tadok aroh nok kecing rasa.Slesar doh.

Tambahan imbuhan ke keatas rrepok akan menjadikannya kerepok.

Kerepok adalah satu trademark untuk TeGanung. Kerepok boleh diumpamakan makanan kedua orang Teganung selepas nasi. Negeri yang memang terkenal dengan ikang dan hasil laut sebelum marinya minyok.

Ramuan utama kerepok adalah isi ikang tanpa tulang yang dikisor sapa lumat, diuli dan diperkayakan dengan sago kemudian nya direbus...

Sememangnya sungguh enak dimakan begitu saje ataupun dicicoh dengan ccuke.

Bila ccakap pasa kerepok tempat hok sohor adalah Kepok Losong, Kepok Seberang Takir dan Kepok Ngabang Telipot.

Jenis-jenis kerepok pulok : kerepok rebus, kerepok lèkor, kerepok göndè, kerepok ttoko, kerepok getel, kerepok keping dan lening timbul pulok kerepok segera, kerepok sire....dengan tema "Boleh Dimakan Selalu".

Saing kita dalam Hero2004 ning ade sorang hok nyaris-nyaris doh nok jadi tokey kepok, cendeng/jeng sket je...sayang. ..sayang. ..Wat smulalah Muj....

Mak dia dah takdok, Pok dia pong dah lama pergi ikut tok ki, tok nyang dia. Minah dudok ssorang koteng-koteng dalang rumoh dia. Kawang-kawang sekoloh dia dulu dah ada anok cucu belaka, cuma Minah je dok nniaga kerepok lekor ttepi pata.

Apa itu....rrepok. ..

Pakat komenglah siket-siket sorang weh....

Pöse...ari ke 9 doh...21 ari lagi nok Raye...

Sedap Doh Brase....

....................readmore

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.