
Haji Untuk Orang Lain
Kategori : IBADAH Haji Umrah
Tajuk :
Haji Untuk Orang Lain
Hadith :
Daripada Ibnu Abbas r.a. menceritakan bahawa ada seorang wanita bertanya, “Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas semua hambanya mengerjakan haji, adakah boleh aku kerjakan haji untuk ayahku, apakah pahala haji tersebut dapat dimiliki olehnya?” Baginda menjawab:”Ya boleh”
(al-Bukhari dan Muslim)
Huraian
1. Islam mewajibkan haji ke atas umatnya yang telah cukup syarat-syaratnya seperti:
i) Islam.
ii) Berakal
iii) Baligh.
iv) Merdeka
v) Mampu (istitha'ah)
vi) Muhrim (bagi wanita).
2. Islam juga mengharuskan bagi ahli waris mengerjakan haji untuk ibu dan bapa mereka yang tidak dapat atau tidak sempat mengerjakan haji disebabkan sakit, meninggal dan sebagainya di mana pahala haji yang dikerjakan oleh ahli keluarga itu (yang diniatkan kepadanya) akan sampai kepada mereka.