Archives

Hero2004 Blog

[Hero2004] Berubah - dari MHSMB

Istimewa dari sahabat utk semua sahabat di GK..
Salam En. Azman..
Semoga dapat dikongsi..

Berubah

Kepada manusia yang mahu berfikir
Andainya hidayah Allah sampai
Maka jangan lah di abai,
Jalan Allah adalah yang lurus
Tidak ada kuasa yang mampu memesongkan.
Melainkan Syaitan dan janjinya
Selain Manusia-manusia yang lalai.

Usah ikut jalan pesong.
Takut hidayah tak akan kembali
Dihati itu ada syaitan yang akan terus menyesatkan.
Bagi manusia yang mahu berfikir
Jalan Allah adalah jalan yang lurus.
Andainya tersesat
carilah jalan Allah. jalan yang lurus
Untuk suci agar bersih kembali...

Namun bagi pemimpin yg sesat..
Ia cuba membetulkan jalan.
Untuk sekadar menutup malu
Tapi ia tetap tidak akan mampu..
hidayah dah jemu..
Petunjuk disangka hantu..
Arah haluan semakin buntu
Syaitan sebagai pembantu..
Antara ibadah dan drama..
Berkarya untuk menipu
Tanda kuasa itu perlu
Musuh beraja di hati
ia menutup cahaya pentunjuk
Maka gelap dan terus jahillah ia
Dalam kesesatan dan kealpaan
Mengheret yang lain agar sehaluan kekaburan
Agar dapat menambat..
Untuk terus berkuasa dan sesat di jalan nyata..

Bagi manusia yang mahu berfikir..
Carilah Pemimpin mu yang sejati..
Teguh keimanan..
Takutkan Allah..
Tidak melalaikan umat.
Adil pada rakyat,
Telus dalam pemerintahan
Amanah dalam urusan..

Ayuh berjihad..
Usah ikut jalan yang sesat.
Takut gelincir di titian hayat..

P/s : semoga kita di beri kesempatan untuk berdakwah pada mereka yg mahu berfikir...

Hisham Shah
....................readmore

Hero2004 Blog

[Hero2004] Cincin vs Cikgu

....................readmore

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.