
MENJELANG PIALA MALAYSIA 2011 : Irfan tak tergugat
Oleh Malik Muhamad
PERANG psikologi yang mendakwa kononnya Piala Malaysia bakal menjadi milik Negeri Sembilan selepas Terengganu muncul juara Piala FA musim ini tidak sedikitpun merencat strategi jurulatih skuad Penyu, Irfan Bakti Abu Salim, sebaliknya jurulatih berpengalaman itu sudah mengadun resipi terbaik untuk menumbangkan lawan pada pentas final di Stadium Shah Alam, malam esok.
“Sekalipun pelbagai persepsi sengaja ditimbulkan sesetengah pihak menjelang perlawanan akhir, ia sedikitpun tidak menjejaskan perancangan saya.
“Malah semangat saya semakin berkobar-kobar untuk menyaksikan persembahan anak buah yang seakan mendapat nafas baru apabila mempamerkan kesungguhan setiap kali sesi latihan.
“Selain itu, saya juga sudah mengadun ramuan terbaik daripada segi fizikal dan mental untuk menyekat hajat lawan yang memburu kejuaraan selepas hasrat mereka untuk muncul juara musim lalu dihalang Kelantan.
“Saya juga percaya azam pemain yang tinggi untuk menambah koleksi kejuaraan kedua selepas muncul juara Piala FA, menambahkan lagi komitmen mereka untuk beraksi bersungguh-sungguh,” katanya. Terengganu menewaskan Kelantan 2-1 di final Piala FA, Jun lalu.
Selain itu, Irfan yang pernah melatih Negeri Sembilan pada 1999 berkata, beliau mempunyai dua misi yang perlu dilaksanakan pada aksi final, malam esok.
Misi pertama membantu Terengganu muncul juara kali kedua piala berprestij ini selepas mendakapnya pada 2001 dan kedua, menjulang piala itu buat kali pertama sebagai jurulatih.
“Sepanjang 20 tahun bergelar jurulatih, saya belum pernah mengecap nikmat menjulang trofi Piala Malaysia biarpun kerap bertukar pasukan seperti Negeri Sembilan, Perlis, Telekom Melaka dan kini Terengganu.
“Secara jujur, saya akui dengan peluang kali ini, di saat saya berusia 60 tahun, saya harap dapat menjulangnya.
“Saya yakin berbekal kemahiran individu tinggi dan semangat berpasukan pada setiap pemain Terengganu, kami mampu menang di Shah Alam,” katanya.
|^_^|
:))
:)]
;))
;;)
:D
;)
:p
:((
:)
:(
:X
=((
:-o
:-/
:-*
:|
8-}
~x(
:-t
b-(
x(
=))
Post a Comment