Hero2004 Blog

Hari Ini Dalam Sejarah : PERASMIAN KILANG KELAPA SAWIT PERTAMA MILIK FELDA

Pada hari ini dalam tahun 1967, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Abdul Razak Hussein telah merasmikan pembukaan kilang kelapa sawit pertama milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di Terengganu. Pembinaan kilang ini juga telah menempa sejarah dengan penggunaan kepakaran jurutera-jurutera dan juruteknik yang terlatih daripada kalangan anak tempatan. Dalam ucapan dalam perasmiannya Dato’ Abdul Razak telah menyifatkan pembukaan kilang kelapa sawit ini adalah simbol pendekatan yang progresif kerajaan dalam membangunkan kawasan luar bandar. Beliau juga menyatakan bahawa pembangunan yang dinamik di kawasan luar bandar haruslah diasaskan kepada sistem pengeluaran dan pasaran yang progresif. Lanjutan daripada kejayaan pertama ini lebih banyak kilang-kilang kelapa sawit didirikan di kawasan tanah rancangan FELDA. Sesungguhnya, dalam mengisi ruang-ruang pembangunan negara selepas kemerdekaan pada tahun 1957, penduduk dari kawasan luar bandar tidak pernah dipinggirkan dalam arus pembangunan negara.

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.