
MalaysiaKini : Harga minimum rokok RM6.40 Jumaat ini
Dis 27, 09 1:49pm
Mulai Jumaat ini harga minimum rokok ditetapkan RM6.40 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau(Pindaan)(No.2) 2009 yang
diwartakan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dengan penguatkuasaan peraturan itu kesemua rokok yang dijual dalam negara hendaklah dijual dengan harga yang tidak kurang daripada harga minimum yang ditetapkan, dikira pada harga RM0.32 sen bagi setiap batang rokok.
"Ini menjadikan harga minimum bagi paket yang mengandungi 20 batang rokok ialah RM6.40, 21 batang rokok (RM6.70), 22 batang rokok (RM7.05), 23 batang rokok (RM7.35), 24 batang rokok (RM7.70) dan RM8 bagi paket yang mengandungi 25 batang rokok," katanya dalam satu kenyataan di ibunegara hari ini.
Beliau berkata mereka yang sabit kesalahan melanggar mana-mana peruntukan di bawah peraturan itu boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Liow berkata dengan berkuatkuasanya peraturan itu juga semua syarikat rokok dikehendaki mengisytiharkan senarai harga jualan runcit produk keluaran mereka kepada kementerian sebelum 15 Januari ini.
Katanya semua rokok di pasaran tempatan hendaklah dijual pada harga tidak kurang daripada harga minimum rokok dan notis harga minimum itu hendaklah dipamerkan secara jelas di kaunter jualan tanpa logo, jenama, tanda niaga atau deskripsi berkaitan rokok yang dijual.
Liow juga berkata penjualan rokok pada harga yang lebih rendah adalah dilarang bagaimanapun syarikat rokok dibenarkan membuat pelarasan harga hanya sebanyak tiga kali setahun dan perbezaan harga tidak boleh melebihi 5 peratus.
Menurutnya peraturan itu juga melarang penjualan rokok yang mempunyai label "diskaun, harga istimewa, tawaran istimewa, promosi, promo, edisi terhad dan tawaran" atau apa-apa perkataan lain yang membawa erti diskaun atau jualan murah berbanding harga jualan runcit pada bungkusan atau label rokok atau tempat jualan rokok tersebut.
Liow berkata tujuan peraturan itu dikuatkuasakan adalah untuk mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok terutamanya oleh kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah selain membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.
"Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja dari terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan risiko menyalahgunaan dadah dan penularan penyakit-penyakit kronik, kerajaan komited untuk mengambil pendekatan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok oleh golongan ini," katanya.
Liow berkata banyak kajian sama ada dari dalam mahupun luar negara membuktikan bahawa peningkatan cukai dan harga rokok mampu mengurangkan kadar merokok dalam masyarakat terutamanya di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.
"Hasil kajian yang dibuat pada 2004 di Malaysia menunjukkan bahawa dengan peningkatan harga rokok sebanyak 10 peratus, ia akan dapat mengurangkan penggunaan terhadap rokok 3.8 peratus," katanya. - Bernama
Aka : Harga Minimum Rokok RM6.40 Bagi Pek 20 Batang Mulai Jumaat Ini by Hero2004
“Harga rokok masih lagi rendah jika dibanding dengan negara2 serantau lain”
"kita akan pantau dari semasa ke semasa agar peniaga mengikutinya"
Singapore rege rokok 20 btg RM26.50 skotok…beli jgk.
TG Nik Aziz juga suruh/melarang ahli2 PAS jgn hisap rokok…betul dok REN..???
Takbir…
p/s : dok ikut starang gok…hahahaha
Dok ehh…nik ajiz suruh ahli ahli isap rokok!!!! Nik ajis kata isap lah rokok untuk mempercepatkan kena
Sakit dada Dan bazirkan lah duit anda…demi kebaikan didunia…demi ekonomi tokey tembakau..
Dan senang sikit nok jawap masa akhirat nanti….malaikat tanya “duit mu pas mane?
….wat beli rokok..wat beli rokok….wat beli rokok..wat beli rokok….wat beli rokok..wat beli rokok
Huhuhuhu
P/s semalam balik semayang isa, singgah ke one shop,
jerempok dgn sorang awek rempit..ganas abih..pakai singlet..rupe leklek awwa..
“rindu pulak ke awwa” guana gamok awwa lening?
Awwa bereti lamer doh technip....lepah lepah Aji Roy bereti technip dulu lah....
dengor2 citer joing MMC KL....atu mung check AjiLan....
bkpe dok kata awwa bereti sbb roy pun bereti technip..sedap ket dengor.
p/s : ainul guane doh lening tau.lame dok dengor kabor...
|^_^|
:))
:)]
;))
;;)
:D
;)
:p
:((
:)
:(
:X
=((
:-o
:-/
:-*
:|
8-}
~x(
:-t
b-(
x(
=))
Post a Comment