Hero2004 Blog

Enjin F-5E yang hilang dikesan di Argentina

KUALA LUMPUR: Dua enjin jet pejuang buatan Amerika Syarikat F-5E bernilai
AS$29 juta yang hilang dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),
dikesan berada di Argentina.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata pegawainya sedang menyemak
dengan rakan setugas di Buenos Aires untuk memastikan enjin yang hilang itu
masih berada di negara berkenaan.
“Enjin yang dicuri itu dibawa ke Aregntina. Kami perlu periksa sama ada
enjin itu masih berada di negara berkenaan," katanya kepada AFP hari ini.

Laporan berita minggu ini menyatakan enjin berkenaan dijual di pasaran
gelap oleh pegawai tentera kepada syarikat berpangkalan di Afrika Selatan
selepas diambil dari pangkalan TUDM tahun lalu.
Selain enjin, bahagian lain pesawat pejuang itu juga dilaporkan dicuri. -
AFP

gravatar

kalu macam ni lah, mat rempit curi moto lagi hebat, berbulan2 polis dok
jupe cari. Berita engine jet 50 juta ilang kelmarin, hari ni jumpa kat
argentina... kena tipu pulok, tukor tiub kata.

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.