Hero2004 Blog

Rumah Jauh Dari Masjid

Kategori : IBADAH Solat

Tajuk :

Rumah Jauh Dari Masjid

Hadith :

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”Rumah kami jauh dari masjid. Kerana itu kami ingin membeli rumah yang dekat dengan masjid. Tetapi Rasulullah s.a.w melarang kami, sabdanya:”Untuk setiap langkah yang kamu langkahkan ke masjid, kamu mendapat imbalan satu darjat.”

(Muslim)

Huraian

Setiap anggota badan harus digunakan atau dimanfaatkan untuk melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T. Contohnya berjalan kaki untuk melaksanakan solat berjamaah lima waktu di masjid, menunaikan haji ke Baitullah, manakala bagi yang mampu, berjihad fi sabilillah dan lain-lainnya. Sesungguhnya setiap kali dalam mengerjakan ibadah kerana Allah, semakin bertambah kesulitan maka semakin bertambahlah pahalanya.

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.