Hero2004 Blog

TeGanung : Asa Usul TeGanung...

Asa usul dinamakan Terengganu ?

Ade beberapa cerita atau teori yang terdapat dalam internet tentang asa usul dinamakan Terengganu.. ..Kesahihahnya tidak dapat dipastikan.. ..

Terdapat 4 versi atau teori tentang asa usul nama Terengganu.

1. Taring Anu (Taring Harimau)

2. Terang Ganu (Ganu adalah pelangi dalam bahasa dulu2.)

3. Terenggan Nu (merujuk kepada Sungai Terenggan di Taman Negara)

4. Terung Anu (Sejenis buah..Terung)

DiEja.....Trengggan u dan bertukor ke.....Terengganu Darul Iman

Sempena dengan tajuk ASA USUL ning diharap sapa sapa warga Hero2004 hok tau asa usul tempat masing tu dapatlah bercerita dan berkongsi disini....

Asa Usul :

kerteh - AjiMbong/LPD/ ZZ/Roy... akang citer

kijal - AjiYaYa

cendering - AjiYaYa

tanjong - Lan/Din...citer gok sket start dari Ladang sapa ke Padang Melaya....(Kampong Dalam Bata)tempat ambe beranok tu....

kuala bekoh/kuala bedoh - Ucop

teluk pasu - ameer

manir - ameer

telemong - along

gaung - pia

kolebherang - pia

bukit tumboh - muj

cabang - zemi

labohan - amn

Pakat komenglah siket-siket sorang weh....

Sedap Doh Brase....

gravatar

Teluk Pasu - Walaupun bukan kapong aku..tp aku tahu gok sket2 pasal jiran kapong aku ni..diriwayatkan Teluk Pasu dulu tempat org buat pasu, payang, dll hok sakut paok dgn tanoh liat..tempat dia ditepi/sepanjang sungai TelukPasu/BuluhGadi ng/Manir. .itu cerita dulu..lening org dok buat doh..tu yg jadik nama Teluk Pasu..

Manir – dok tahu pulok aku..pasor Manir aku tahulah dok kat maner..

gravatar

Buloh Gading....skali Ameer

p/s : Ucop Kuala Bedoh skali.....

gravatar

Ni Ajimbong /LPD bule betulkan……Kat orang2 lame.. nama Kerteh tu berasal dari seekor kera dan tuannya bernama Teh. Dok tau pulok atas dasar pende…tapi ade sangkut paut dgn Teh dan keranye la…..mungkin Ajimbong/LPD bule cerita lebih details……..

gravatar

Kuala bedoh aku dok berapa tahu...mungkin tempat tu dulu2 ramai pakar pakar bedah dari malaysia berasal dr kampung tu.

Kuala Bekah berasal namanya dari rekahan tanah (bekah) akibat hakisan di pertembungan sungai terengganu dengan sungai paloh. Sering berlaku terutama pada monsoon...time bohh la tu. Akibat nya kawasan bekahan tersebut yg kini dengan nama mashurnya ceggor semakin luas. Selepas bohh surut kawasan tersebut diliputi pasir..bayangkan lebaran seluas padang bola. Tapi kini...kenangan tinggal kenangan, selepas pembinaan Dam kenyir, pasir yang indah diliputi selut berbau talapia dan baung dari sangkar pulau musang...harga yang perlu dibayar untuk sebuah pembangunan.

gravatar

Iklim-Blues Ganu Kite

Kalu tuang gi pata timor

Jangan lupa maghi sokmo

Negeri terengganu memang sohor

Tempat molek, tanah subor

Tempak Molek, tanah suhor

Na na na na na Terengganu kita ( 2X )

Hoi guane gamok tu

Yak kelih wak tangi

Pulau kapas, Pulau Redang

Kita lalu ikut Marang

Jangan lupa kuala berang

Sekayu comel, zaman berzaman

Sekayu comel, zaman berzaman

Na na na na na Terengganu kita ( 2X )

Hoy hoy hoy

bangun ke laut eeh...

takat ikang di Kuala Kemamang

Petang-petang wat kerpok gete

Ramai orang, atah gere

Main dam dua tiga papang

Dok sedor sampai ke malang

Kedai payang jual budu belacang

Batek tembaga dan macang-macang

Kalu nok tra nasi dagang

Kita pakat gi kampong ladang

Buat bekal gi merang

Di setiu pata peranginan

Singgah sebetor ke rantau abang

Kita tengok penyu telor

Kita tengok penyu telor

Selamt datang wei...

Tempat kami ramai-ramai

Selamat datang

Negeri kami

Kita singgoh kat primula

Batu burok tepi pata

Laut biru di tanjong jara

Tempat rilek orang dok kacar

Tempat rilek anok-anok dara

comel-comel belaka...

Na na na na na Terengganu kita ( 2X )

gravatar

Manir. Asal dari perkataan dene..(lecoh berek). Dahulu Pasar dene (pasar lama) antara tempat org berniaga untuk org2 sebelah sungai termasuk tok yang, nenek dan mak aku...Pasar lama tu tadok bumbung macam le ni. Org beniaga atas tanoh. Tapak asal nya belakang masjid manir. Dulu org gi jual pakai perahu. Tempat masuk kepasar dr sungai terengganu ialah sebelah balai polis manir. Perhatikan.. .disebelah balai polis manir ada satu anak sungai ke pasar tersebut. Dahulu disitu antara tempat berniaga yg sibuk hingga terbinanya balai polis . Tapi sekarang balai polis tu antara balai polis yg paling tersorok dan satu2 nya yg ada jeti di terengganu.

gravatar

Bunga dungun logo MPD

Oleh Baharom Bakar

Mengingatkan generasi muda asal usul daerah

DUNGUN: Bunga dungun atau nama saintifiknya Heritiera Littoralis dipilih menghiasi logo Majlis Perbandaran Dungun (MPD) yang pemasyhurannya akan disempurnakan Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Panglima Raja, Tengku Baderulzaman di Dataran Dewan Merdeka, di sini, malam ini.

Pemilihan bunga berukuran sebesar mata pena itu tentunya menjadi tanda tanya kepada generasi belia, tetapi Ketua Amno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan, yang mencetuskan idea agar bunga itu dipilih menghiasi logo MPD mahu mengingatkan golongan itu mengenai sejarah dan asal usul daerah Dungun.



Katanya, pokok dungun suatu ketika dulu menjadi tanaman pilihan utama masyarakat sebagai pokok teduhan bagi menghiasi rumah terutama mereka yang tinggal berhampiran pantai tetapi kini ia semakin pupus.

"Untuk tujuan itu kita bercadang menanam 500 pokok dungun di sekitar bandar Dungun terutama di pantai," katanya.



Rosli yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Amno negeri berkata, jika bercakap mengenai asal usul daerah Dungun, banyak sumber sejarah boleh dirujuk, tetapi pokok dungun mempunyai kaitan dengan sejarah penjenamaan daerah ketiga di negeri ini yang dinaik taraf sebagai majlis perbandaran.

Apa pun, katanya, Mukim Bukit Besi yang terletak di daerah ini memperkenalkan nama Dungun dengan kegiatan perlombongan bermula pada 1929 yang diasaskan Kuhara Mining Company dan kemudian bertukar nama kepada Nippon Mining Company (NMC).

Syarikat itu kemudian bertukar pengurusan kepada Eastern Mining & Metal Company (EMMCO) pada 1948 yang menghasilkan 800,000 tan dan mampu mencecah sehingga sejuta tan dengan kemuncak sebanyak 2.5 juta tan dalam tempoh tiga tahun bermula 1961.

"Pada 1 Oktober 1970, operasi perlombongan itu terpaksa ditamatkan disebabkan kekurangan bijih besi apabila kos pengeluaran melebihi hasil diperoleh," katanya.

Melalui naik taraf kepada MPD, Rosli berkata, banyak projek pembangunan serta kemudahan asas dapat dilaksanakan di daerah Dungun yang akan memberi manfaat terutama peluang pekerjaan.

gravatar

Bukit Tumboh....gane gamok....atu citer gok sket....

gravatar

Adapun nama asal Dungun berasal dari sejenis bunga..

ia ditemui oleh pedagang laut yg berlabuh seketika di salah satu pantai kawasan dungun

lalu membeli 2-3 bungkus nasi dagang yg dijual di tepi pantai tersebut..

Dialog tidak formal telah berlaku antara pedagang Islam itu dgn anak dara makcik Wok(Sura namanya kalo dok silap) yang juga penjual

nasi dagang tersebut..maka dari situ mereka mendapat info bekenaan Bunga Dungun..lalu lekatlah dibibir mereka nama tempat persinggahan itu

sebagai Dungun...adanya.

info tambahan :

disebabkan regular customer makcik tu ramai dr kalangan pedagang, jadi nasi tu pun dipanggil nasi dagang.

gravatar

Maknenye sakning, bahgian criter….mung Pahang dok pia?

Bak pe dok tamboh saloh sorg hok beli nasi dagang tu pedagang jepun,pitih pokok pisang dok laku

PAS tu ye tukor nge slipar hok ye paka, sapa lening lekat nama slipar jepun….huhuhu.

gravatar

Aji perasan dok slipar jepun tu Awe-Awe peta jepun..??

Tu yg jadik slipar jepun..

gravatar

Jupe dari Internet(wikipedia) paste untuk Hero2004....

Lebih kurang doh citer dia tu ZZ...

p/s : orang ttanjung ade ke dok tu...????citer ttanjung dok kuor lagi ning....

gravatar

Kerteh

Dahulu kawasan Kerteh dipenuhi dengan air. Sememangnya kawasan ini adalah kawasan paya. Selepas itu, kawasan paya ini kering dan bertukar menjadi daratan dan disebut 'kering kerotey' mengikut dialek Terengganu. Akhirnya disebut Kerotey, Kretay, dan sekarang disebut Kerteh.

Kisah seorang lelaki yang mempunyai isteri bernama Cik Teh. Ketika mereka membuat huma, Cik Teh terpandang seekor kera lalu bertanya kepada suaminya. Lalu dijawab ' Kera Teh'. Dialog itu berubah menjadi 'Kerteh'.

gravatar

Penulis sejarah di bawah dikenali oleh org kuala Terengganu dengan gelaran Hj Leh sekateh.

Tanjung dok tahu asal usul nama…mungkin tepi pantai kot…tetapi dia punya banyak kg tanjung da…

1. Tanjung Hj Mat Kerinci – tak tau asal usul

2. Tanjung Teluk aka tanjung taman selera. Tapak Astaka lening adalah bekas tapak taman selera lama atau tapak asal "kedai payang"

Sebab di sini banyak payang belabuh. Pasar Kedai payang yg ada sekarang bukan tapak sebenar kedai payang. Jalan dato Isaac sekarang sebenarnya jalan kedai hilir atau jalan petani.

3. Tanjung longgel, telah ditelan air sebab tempat setinggan org bujang dok bujjang (org bujang aka janda, bujjang aka berju*or)

4. Tanjung Surau Besar, dia ada surau yg lebih besar drp kg lain

5. Tanjung Surau Pasir sebab duduk tepi pantai

6. Tanjung Hj kasim – dok tau asal usul…ada surau. Org terkenal kg nip ok arun nasi minyak aka tukang masak istana.

7. Tanjung Che Mat Taukey – ada bengkel welding kipas/sauh buat moto laut lening org panggil YARD

8. Tanjung Kapur aka tanjung jamban hijau aka tanjung surau hj mat litor – perusahaan buat kapur makan dgn sireh

9. Tanjung Hj Mat Janggut – ada bengkel welding wat kipas moto laut lening org panggil YARD

10. Tanjung batu satu – ada tanda batu 1

11. Tanjung Ngabang – ada ngabang sebelah nun ladang ngabang (primula lening dulu pantai motel)

12. Tanjung paya dok belah darat lepas jalan dan disebelah kg tu ada paya dan tali air yg mengalir ke laut (ngabang)

Lie,

mu dang ingat dok kedai satay hj muda atau satay pantai timur. Letak dia bucu taman bunga lening depan jabat pos.

bulan ramdhan kembali lagi…nostalgia lama kembali…lepas sembahyang jumaat di sejid putih…panjat bukit teri..

tengok genta..meriam beranok..dan buat setor banyok atas tu…asar turun sejid…

dan selamat bersedia utk menyambut ramadhan al Mubarak…

gravatar

Lan..kat kg aku ader ser kapong nama start dgn tanjung

Kg Tanjung Sabtu..tletak di hulu Sungai Nerus..

gravatar

Ayah Teh,

Tolong beli raket badminton se…jangan hok komang sangat dan jangan hok molek sangat..

Hok sedang sedang je….lening orng pagi pagi dok cakap pasal badminton je…

Se lagi….kalu ada reket tennis tolong beli sekali…hok lama tu rasa berat sangat …le ning ringan ringan je..

Nok gi main court PRW…tu pun kalu ada sek sek PRW ajak….dok pon ajak AO main..tompang skali…

Pia…

Kalu aji yaya rekomen aku beli ah…nok letak di EX5. bayor 10 bulan ah…

gravatar

Nanti ah citer..

gravatar

Lie,

mu dang ingat dok kedai satay hj muda atau satay pantai timur. Letak dia bucu taman bunga lening depan jabat pos.

...setetang ngan Padang Malaya....sambung dengan keda kupi Cina(stall). ...antara kuoh satay hok sedap...no 1 in the world ah...tokey dia Che Muda...dari Surau Besor(Belakang Kelab Pata)

gravatar

KoleBherang. ...gane gamok...tak dok citer ke....????

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.