
Membersihkan Najis Mukhaffafah
Kategori : TOHARAH Najis
Tajuk :
Membersihkan Najis Mukhaffafah
Hadith :
Dari Ummu Qais binti Mihsan katanya:”Dia datang kepada Rasulullah s.a.w dengan anak lelakinya yang belum makan sesuatu selai dari susu ibunya; ketika anak itu dalam pangkuan Nabi s.a.w, ia terkencing. Berkata yang meriwayatkan hadith ini dari Ummu Qais, bahawa Rasulullah s.a.w tidak lebih dari memercikkan air ke tempat yang terkena kencing itu.”
(Muslim)
Huraian
Islam menggalakkan kebersihan. Bersih meliputi semua perkara termasuk tubuh badan, pakaian, tempat, makan minum dan hati. Bersih bukan sahaja daripada najis bahkan juga kotoran dan segala pemandangan yang tidak menyenangkan, apatah lagi yang menyakiti. Tiap-tiap yang kotor (tidak bersih) itu tidak semestinya najis tetapi sebaliknya tiap-tiap yang najis itu adalah kotor (tidak bersih). Umpamanya pakaian yang terkena Iumpur, kopi atau kicap adalah kotor (tidak bersih). lanya tidak najis tetapi pakaian yang kotor. Najis Mukhaffafah ialah najis ringan seperti air kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun dan belum makan makanan secara mengenyangkan melainkan susu ibunya sahaja. Jika kanak-kanak itu makan atau minum selain susu ibu seperti susu tepung, maka air kencing kanak-kanak itu tidak lagi dianggap sebagai najis mukhaffafah bahkan ia adalah najis mutawassitah. Mana-mana pakaian yang terkena najis mukhaffafah memadai dengan merenjis air ke atas pakaian-pakaian yang terkena najis itu.
|^_^|
:))
:)]
;))
;;)
:D
;)
:p
:((
:)
:(
:X
=((
:-o
:-/
:-*
:|
8-}
~x(
:-t
b-(
x(
=))
Post a Comment