Hero2004 Blog

Wanita Quraisy

Kategori : AKIDAH Usuluddin

Tajuk :
Wanita Quraisy

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Wanita Quraisy itu amat baik, mereka dapat menunggang unta, amat pengasih pada anak-anak dan pandai menjaga harta suami.”

(Bukhari)

Huraian
Islam telah menekankan bahawa seorang wanita itu berkewajiban menguruskan rumahtangga, anak-anak dan suaminya sebaik mungkin. Ruang lingkup tugasnya adalah memelihara rumah dan harta yang ada di dalamnya. Selain daripada hadith di atas Rasulullah juga ada bersabda; "Wanita Quraisy yang solehah adalah wanita yang sangat menyayangi anaknya yang masih kecil dan sangat menjaga suaminya dalam soal miliknya." (HR. Bukhari). Pujian Rasulullah terhadap golongan wanita ini adalah sebagai menunjukkan tentang betapa wanita itu memiliki peranan dan fungsi yang amat penting dan terhormat dalam mendukung kecemerlangan sesebuah keluarga hingga menyamakan darjatnya dengan kewajiban pergi berperang bagi kaum lelaki yang menjanjikan syahid bagi mereka sebagaimana sebuah kisah yang diceritakan oleh Anas bin Malik: "Satu hari beberapa wanita mendatangi Rasulullah s.a.w dan bertanya: "Ya Rasulullah. Kaum lelaki kembali dengan membawa pahala perjuangan di jalan Allah; sedang kami tidak mempunyai cara untuk mendapatkan seperti mereka?" Mendengar ini baginda pun bersabda: "Jangan takut, tenanglah kalian! Mengurus rumah tangga kalian masing-masing dengan sungguh-sungguh dapat mengejar pahala syahid di jalan Alah seperti mereka."

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.