Hero2004 Blog

Dibukakan Hijab

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :
Dibukakan Hijab

Hadith :

Dari Jabir bin Abdullah r.a, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:’Ketika orang Quraisy mendustakan saya, berdirilah saya di Hijr (dekat Kaabah). Tuhan menggambarkan Baitul Maqdis kepada saya. Maka dapatlah saya menceritakan kepada mereka tanda-tandanya (keadaan Baitul Maqdis), sedangkan saya tetap memandangnya.”

(Bukhari)

Huraian
Pada 27 Rejab umat Islam memperingati israk dan mikraj. Ia merupakan peristiwa luar biasa yang benar-benar berlaku ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Peristiwa ini berlaku pada waktu-waktu akhir dakwah Nabi Muhammad s.a.w di Makkah iaitu pada tahun ke- 10 dan ke-11 kerasulan baginda. Sesungguhnya peristiwa yang berlaku ke atas Nabi s.a.w ini mencetuskan kontroversi di kalangan masyarakat Arab pada masa itu. Mereka tidak yakin dengan cerita Rasullah diisrak dan dimikrajkan dalam masa semalaman sahaja. Mereka menganggap itu hanyalah khayalan belaka. Bahkan tidak lebih daripada mainan mimpi. Malah bagi mereka yang sedia memusuhi baginda s.a.w terus melemparkan tohmahan mengatakan: Muhammad sudah gila! Hanya Saidina Abu Bakar As-Siddiq mempercayai kata-kata Rasulullah, dan beliau diberi gelaran "As-Siddiq" yang bermaksud "orang yang benar dan membenarkan". Peristiwa Israk dan Mikraj sebenarnya merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah S.W.T yang telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada baginda dan umat manusia seluruhnya.

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.