Hero2004 Blog

Tepuk dada Tanya Iman

Kategori : IBADAH Akidah

Tajuk :
Tepuk dada Tanya Iman

Hadith :
Diriwayatkan daripada Mu`awiyah bin Abu Sufyan r.a berkata: ”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:"Ini adalah hari `Asyura dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka sesiapa yang hendak berpuasa maka berpuasalah dan sesiapa mahu (tidak berpuasa) maka berbukalah dia (boleh tidak berpuasa)."

(Bukhari)

Huraian
Setiap mukmin dituntut melaksanakan segala amal ibadat sebaik mungkin. Di samping mengerjakan ibadat wajib kita juga hendaklah sentiasa melakukan ibadat sunat. Tujuannya adalah untuk menampal segala kekurangan dan kelemahan dari segi pelaksanaan amalan yang wajib itu. Dengan lain perkataan, bagi mengimbangi segala amal ibadat yang dilaksanakan. Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal soleh dari lelaki atau perempuan, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberi pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” ( an-Nah: 97).

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.