
TerCapaikah Takwa.... oleh Moderator
Takwa pada bahasa diertikan dengan takut kepada Allah ada juga dengan maksud melaksanakan sesuatu yang diperintahkan dan meninggalkan sesuatu yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya. Begitu juga diertikan dengan pemuliharaan dari terjatuh ke lembah maksiat.
Seterusnya dinyatakan pandangan ulama berkenaan dengan takwa antaranya:
* Saidina Ali berkata: Takwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Reda dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.
* An-Nasr Abazi berkata: Takwa ialah seorang hamba bertakwa atau memelihara selain daripada Allah.
* Abu Bakar Muhammad ar-Rauzabari berkata: Takwa ialah menjauhi apa yang menjauhimu daripada Tuhan.
* Talq bin Habib berkata: Takwa ialah amalan dengan ketaatan Allah atas cahaya Allah.
* Abu Hafs berkata: Takwa hanya pada halal semata-mata dan bukan yang lain.
* Dikatakan juga takwa mempunyai peringkat: Bagi orang awam dengan selamat daripada syirik. Bagi orang khusus dengan selamat daripada maksiat.
Bagi wali-wali dengan selamat bertawassul dengan perbuatan dan bagi Nabi takwa dengan selamat nisbah perbuatan apabila takwa mereka daripada-Nya kepada-Nya.
lIbn Ataillah Rahimahullah berkata: Bagi takwa zahir dan batin. Zahirnya dengan menjaga had dan batasan serta batinnya dengan niat dan ikhlas.
* Abu al-Husein al-Zanjani Rahimahullah berkata: Siapa yang modalkan hartanya takwa, nescaya beratlah segala lidah daripada mensifatkan baunya.
* Al-Wasiti Rahimahullah berkata: Takwa ialah seseorang memelihara dari takwanya yakni dari melihat ketakwaannya.
* Abdullah bin Mas’ud r.a. mengatakan: Takwa adalah kamu sentiasa mengingati Allah dan tidak melupakannya, dipatuhi dan tidak diderhakai, disyukuri dan tidak diingkari.
* Umar Ibn al-Khatab bertanya kepada Ubai bin Ka’ab sebutkan ciri-ciri takwa kepadaku? Jawab Ubai: Apakah tuan pernah melintasi kawasan dengan penuh duri? Umar menjawab: Ya. Katanya bagaimana tuan lakukan?
Umar menjawab: Saya amat berhati-hari bagi menghindarinya daripada terkena duri. Kata Ka’ab: begitulah ketakwaan.
Allah juga menyebut bahawa hanya orang yang bertakwa mendapat hidayah. Ini kerana orang-orang yang bertakwa adalah orang yang paling agung dalam mengambil dari petunjuk al-Quran mereka juga membandingkan dan mengukur kelayakan al-Quran itu pada diri mereka.
|^_^|
:))
:)]
;))
;;)
:D
;)
:p
:((
:)
:(
:X
=((
:-o
:-/
:-*
:|
8-}
~x(
:-t
b-(
x(
=))
Post a Comment