Hero2004 Corner
Since kita semua kena 'CHOW' dari ofis thn 2004 & semua kat KERTEH tu kelas2/bapak2 belaka...dan semua jantan2 belaka...
TERENGGANU KITE.....
- All
- Hadith
- Sukan
-
- Browse more categories
- Album Hero2004
- Berita
- Berita Hero2004
- Doa
- Gambar
- Hadith
- Hari Ini Dalam Sejarah
- Hebahan
- Hiburan
- Hidayah
- Ibadah
- Isu Semasa
- Kartun DiHero2004
- Khutbah
- Kisah Al-Quran
- Klip
- Komentar Hero2004
- Lagu
- Lawak Hero
- Luahan
- Macam-Macam
- Memori
- Moral
- Muat Turun
- Mutiara Kata
- Pantun Oleh Geng Hero2004
- Pena Roslan
- Pengajaran
- Perhatian
- Perisian
- Petikan
- Rilek Minda
- Sejarah
- Sembang EPL
- Sukan
- TeGanung
- Teknologi
- Ucapan Hero2004
Archives

Adab Meludah Ketika Bersolat
Kategori : IBADAH Solat
Tajuk :
Adab Meludah Ketika Bersolat
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a, katanya:”Rasulullah s.a.w melihat kahak di kiblat masjid. Lalu baginda menghadap kepada orang ramai lalu bersabda:”Bagaimana pendapat kamu semua jika seseorang sedang solat menghadap Tuhannya, lalu dia meludah ke hadapan? Senangkah kamu jika kamu sedang dihadapi seseorang, tiba-tiba orang itu meludahi mukamu? Kerana itu jika kamu meludah ketika solat, maka ludahlah ke kiri atau ke bawah kakimu. Jika itu tidak mungkin, ludahlah ke sapu tanganmu.”
(Muslim)
....................readmore

Pemimpin ikhlas berani mengakui kesilapan
Oleh Ibrahim Abdullah
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: “Keduanya berkata, Ya Tuhan kami, kami telah menganiayai diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang yang merugi.” (Surah al-A'raf, ayat 23) Berani mengakui kesalahan diri sendiri adalah salah satu kredibiliti bagi seorang pemimpin, seperti tunjukkan Nabi Adam dalam ayat itu. Pengakuan itu dilihat daripada ungkapannya kepada Allah SWT, ‘kami telah menganiayai diri kami sendiri’ ketika terjadi pelanggaran terhadap ketentuan dilakukan oleh Allah SWT untuk tidak menghampiri pohon terlarang (khuldi).
Untuk ukuran zaman sekarang, pengakuan seperti itu relevan kepada pemimpin tetapi berapa ramai di kalangan pemimpin yang berani mengakui kesalahan diri sendiri malah, menutupi kesalahan dilakukan mereka. Cara pengakuan Nabi Adam AS didasarkan nilai keikhlasan. Adalah sangat menarik daripada kepimpinan Nabi Adam, di mana keadaan yang dihadapi tidak jauh berbeza dengan perkembangan politik hari ini. Nabi Adam walaupun sudah direncanakan Allah SWT untuk menjadi khalifah di muka bumi, beliau tidak diserahkan jawatan itu begitu saja. Sebelum dilantik, Nabi Adam menjalani ujian tapisan menentukan sama ada beliau layak untuk jawatan itu atau tidak.
Sebelum menghadapi ujian, Nabi Adam terlebih dulu dibekalkan dengan ilmu pengetahuan sehingga hampir tidak ada yang tidak diketahuinya. Natijah dan hasil rakaman Nabi Adam terhadap ilmu itu ditandingkan semula dengan malaikat dan ternyata Baginda lulus ujian yang dimaksudkan. Hal menakjubkan daripada peristiwa itu, Nabi Adam dapat mengalahkan reputasi malaikat sehingga mereka angkat tangan kepada Nabi Adam. Kejayaan Nabi Adam ini diangkat Allah SWT ke permukaan dengan menyuruh malaikat sujud kepadanya. Demikian cara Allah SWT mengangkat Nabi Adam supaya jawatan yang akan diserahkan itu tidak mengundang protes daripada malaikat. Sebagaimana diceritakan, malaikat pernah melakukan protes mengenai kelayakan Nabi Adam untuk diangkat memangku jawatan khalifah itu. Malaikat sujud kepada Nabi Adam kecuali iblis dengan alasan dirinya jauh lebih baik dan terhormat dibandingkan dengan Nabi Adam kerana Nabi Adam diciptakan daripada tanah sementara dirinya diciptakan daripada api.
Alasan iblis ditolak Allah SWT kerana faktor asal kejadian tidak relevan dengan jawatan atau jabatan khalifah. Dengan kata lain, faktor kejayaan dalam memimpin tidak ada kaitannya dengan asal kejadian kerana faktor ini hanya bersifat kebetulan dan pengaruhnya kosong. Justeru, kepimpinan yang baik adalah kepimpinan yang dilandaskan oleh pengetahuan bukan kerana faktor asal kejadian. Sekali pun Nabi Adam lulus secara total dalam menghadapi ujian, namun jawatan khalifah tidak terus diberikan kepadanya. Ujian berikutnya, Nabi Adam ditempatkan dalam syurga dengan arahan supaya tidak menghampiri pohon khuldi, bagaimanapun Nabi Adam melanggar perintah akibat termakan pujuk rayu iblis.
Akibatnya, Nabi Adam dituduh Allah SWT sebagai makhluk yang derhaka dan sesat. Menyedari kekeliruan itu, Nabi Adam menyatakan bahawa dia dan isterinya sudah menganiayai (menzalimi) diri mereka sendiri. Pengakuan menunjukkan Nabi Adam seorang yang berani mengakui kesalahan dilakukannya. Pengakuan berani Nabi Adam menunjukkan Baginda bersedia menerima risiko atas perbuatannya dan keberanian mengakui kesalahan seperti dilakukan Nabi Adam adalah tindakan paling tepat bagi pemimpin, Nabi Adam seorang yang sangat merendah diri. Pada hal kelemahan yang dimilikinya hanya sekelumit jika dibandingkan dengan kelebihannya. Akan tetapi, sebagai pemimpin bertanggungjawab, Baginda tidak pernah menunjukkan kelebihan sebaliknya mengakui akan kelemahan dirinya. Ketokohan pemimpin juga dapat dilihat dari segi kemampuan memegang amanah dan menyampaikan nasihat kerana kedua sifat ini berkaitan dengan keadaan kehidupan masyarakat yang dipimpinnya.
Kemampuan memegang amanah ini dapat pula didasarkan melalui kejayaannya mengangkat taraf kehidupan rakyat. Kedua sifat ini hanya dapat dilaksanakan dengan baik apabila pemimpin mampu berkomunikasi dengan rakyat. Melaksanakan amanah adalah cermin daripada kebersihan dan kesungguhan hati yang membentuk rasa tanggungjawab pemimpin kepada rakyat dan Allah SWT, manakala memberi nasihat lahir daripada fikiran yang cerdas memberi petunjuk untuk kebaikan semua. Sifat amanah dan suka memberi nasihat menonjol pada kepemimpinan Nabi Saleh yang dijadikan acuan bagi pemimpin berikutnya. Kesungguhannya mendapat pujian dan sanjungan Allah SWT yang menyelamatkan Baginda serta pengikutnya daripada kehinaan serta kemurkaan. Pujian dan sanjungan seperti diperoleh Nabi Saleh ini, tidak mustahil akan diterima pemimpin sekarang, selama amanah yang dilakukannya benar-benar memihak kepada kepentingan rakyat. Sifat amanah dan menyampaikan nasihat mesti dilakukan sekali gus kerana keduanya saling berinteraksi. Pemimpin yang amanah tidak suka membazirkan wang rakyat dan negara sebaliknya memastikan rakyat mendapat manfaat sepenuhnya.
Perilaku kepimpinan Nabi Saleh menunjukkan bahawa seorang pemimpin pasti berhasil melakukan pembaharuan dalam masyarakat jika sifat amanah dipegang dengan teguh dan telus. Berdasarkan ciri kepimpinan Nabi Saleh, dapat disimpulkan bahawa sifat amanah dimiliki pemimpin memudahkan mereka menyampaikan pesan nasihat kepada rakyat dan rakyat bersedia menerima nasihat diberi. Sama halnya jika pemimpin beriya-iya untuk mencegah rasuah, tetapi dirinya terbabit dengan rasuah. Maka dapat dipastikan pesan yang disampaikannya tidak akan membawa perubahan serta menghilangkan kepercayaan rakyat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Pemberi rasuah dan penerima rasuah, kedua-duanya di dalam neraka." (Hadis Muttafaq 'Alaih) Oleh itu, pemimpin hendaklah benar-benar menjaga dan melaksanakan amanah dengan baik serta sempurna untuk jangka masa yang panjang di dunia dan akhirat. Di samping itu, mereka perlu memberi nasihat untuk membawakan rakyatnya ke arah kebaikan, kesejahteraan dan keselamatan.
Mengenai amanah, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya. (Pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikul amanah itu. (Ingatlah) sesungguhnya (kebanyakan) manusia adalah suka melakukan kezaliman dan amat bodoh." (Surah al-Ahzab, ayat 72) Ulama menegaskan, selepas langit, bumi dan gunung-ganang enggan menerima tawaran amanah daripada Allah SWT, lalu diterima oleh Nabi Adam untuk memikulnya. Ketika Adam mengangkat amanah sehingga sampai ke atas punggungnya dan terus dipikulnya di atas pundaknya kemudian hendak meletakkannya kembali. Tiba-tiba terdengar panggilan dari sisi Allah SWT: "Wahai Adam, biarkan di atas pundakmu, jangan diletakkan kembali. Biarkan amanah ini tetap di atas pundakmu, dan pundak anak-anak cucumu hingga hari kiamat, dan kamu akan mendapat pahala memikulnya dan akan mendapat seksa apabila mensia-siakannya."

Berzikir Dengan Suara Nyaring
Kategori : IBADAH Solat
Tajuk :
Berzikir Dengan Suara Nyaring
Hadith :
Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Sesungguhnya zikir dengan suara nyaring setelah selesai solat wajib adalah biasa pada masa Rasulullah s.a.w. Berkata Ibnu Abbas:”Aku segera tahu bahawa mereka telah selesai solat jika suara mereka membaca zikir telah kedengaran.”

Cara Solat Rasulullah s.a.w
Kategori : IBADAH Solat
Tajuk :
Cara Solat Rasulullah s.a.w
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Apabila rasulullah s.a.w berdiri untuk rakaat kedua baginda terus membaca Fatihah tanpa diam terlebih dahulu sebentar.”

Bola: Malaysia 36 pasukan tercorot
KUALA LUMPUR - Ranking terbaru bola sepak dunia yang dikeluarkan oleh FIFA menyaksikan pasukan negara terus merudum satu lagi anak tangga ke kedudukan 165 berbanding kedudukan 164 yang dikeluarkan bulan lepas.
Menerusi senarai yang diperolehi dari laman web FIFA semalam, kedudukan Malaysia sebelum ini diambil alih oleh Pakistan.
Kini pasukan negara setanding dengan negara termasuk Seychelles (163), Netherlands Antilles (161), Tahiti (159), Pulau Turks and Caicos (158), Myanmar (157) dan negara-negara lain yang diketahui mempunyai kekurangan infrastruktur asas seperti padang, stadium dan peralatan sukan.
Palestin (162), Liberia (145), Chad (143), Lebanon (141) dan juara Piala Asia tahun lepas, Iraq turut mempamerkan kedudukan lebih baik berbanding Malaysia.
Ranking tertinggi yang diperolehi Malaysia ialah di tangga ke-79 pada 1993 sementara kedudukan ke-165 merupakan pencapaian terburuk pasukan negara sejak 15 tahun lepas.
Lebih menyedihkan, negara berada dalam kelompok 36 pasukan tercorot dalam senarai FIFA dari 201 negara.
Pada peringkat Asia, kedudukan Malaysia juga jatuh ke kedudukan 32 dari 46 negara, berbanding tempat ke-27 sebelum ini.
Pencapaian negara jiran pada peringkat Asia terus meningkat dengan mendadak yang didahului Thailand (10), Vietnam (16), Indonesia (20), Singapura (21) dan Myanmar (29).
Sementara itu, Argentina terus menduduki ranking pertama dunia, Brazil di tempat kedua dan Juara Piala Dunia 2006, Itali di tempat ketiga.
- Bernama

Menjadikan Bumi Tempat Sujud
Kategori : IBADAH Solat
Tajuk :
Menjadikan Bumi Tempat Sujud
Hadith :
Dari Anas bin Malik r.a katanya:”Kami solat bersama-sama Rasulullah s.a.w ketika hari tersangat panas. Seorang yang tidak sanggup meletakkan dahinya di bumi membentangkan kain lalu dia sujud di atas kain itu.”

Seperti Makan Tak Pernah Kenyang
Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Seperti Makan Tak Pernah Kenyang
Hadith :
Dari Muawiyah r.a katanya:”Hindarilah hadith-hadith palsu kecuali hadith-hadith pada masa Umar bin al-Khattab. Sesungguhnya Umar sangat ditakuti orang mengenai hukum-hukum Allah apalagi mengenai hadith-hadith palsu (kerana tindakannya tegas). Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang dikehendaki Allah menjadi (orang) baik, maka diberinya orang itu pengetahuan yang dalam tentang agama.” Dan aku mendengar pula Rasulullah s.a.w bersabda:”Aku ini adalah seorang bendahara. Maka siapa yang kuberi (sedekah) dan diterimanya dengan hati bersih , maka dia akan beroleh berkat dari harta itu. Tetapi siapa yang kuberi kerana meminta-minta dan rakus, maka dia seperti orang makan yang tak pernah kenyang.”

Tertinggal Tapi Berganti
Kategori : IBADAH Solat
Tajuk :
Tertinggal Tapi Berganti
Hadith :
Dari ‘Aisyah r.a katanya:”Apabila Rasulullah s.a.w luput solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.”

Ufuk Minda: Akhlak penentu darjat kemuliaan manusia
Bersama Prof Dr Sidek Baba
AKHLAK adalah mutiara yang sangat bernilai dan penting bagi manusia. Ia mempunyai harga dan cahaya yang menambahkan kecantikan. Tanpa akhlak, manusia hilang harga diri dan tidak dihormati. Dalam tradisi Islam, akhlak tidak sama dengan moral. Moral, bahasa latinnya 'mores' membawa makna nilai amalan yang normatif atau lazim berlaku dan menjadi amalan semasa. Akhlak mempunyai makna lebih luas iaitu zahir batin yang merujuk kepada 'Khuluq al-Quran' atau 'akhlak al-Quran'. Ia menjadi rujukan akhlak Nabi Muhammad SAW seperti disebutkan isterinya Saidatina Aishah.
Moral biasanya amalan serta penampilan baik dilakukan dan sifatnya berubah-ubah. Amalan gay dan lesbian yang berlaku di Barat suatu ketika dulu dianggap salah, tetapi hari ini ia sudah diterima sebagai sesuatu yang lazim. Akhlak berasaskan al-Quran membawa nilai yang tetap dan fitrah kerana Islam menjaga kemaslahatan manusia di mana asas kesejahteraan menjadi kuncinya. Meminum arak, berjudi, bertenun nasib, berzina umpamanya adalah amalan tidak berakhlak. Pedoman al-Quran itu tidak akan berubah disebabkan faktor masa dan zaman kerana ia berkaitan pekerti buruk yang boleh merosakkan kesejahteraan hidup manusia walaupun majoriti manusia memilih jalan itu.
Akhlak dalam tradisi Islam tidak difahamkan dengan maksud yang terbatas melalui penampilan tingkah laku, budi bahasa dan tutur kata saja. Ia sebenarnya berkait dengan komitmen amal seseorang. Apabila akhlak Rasulullah SAW digambarkan sebagai akhlak al-Quran, ia bermakna ajaran al-Quran itu hidup pada diri, cerminan pada peribadi dan amalannya. Akhlak al-Quran tidak saja mengajar umat beriman mengenai tauhid dan takwa, tetapi menampilkan watak amali mendukung makna tauhid dan takwa dalam amalan serta perbuatan.
Tauhid mendidik manusia yakin bahawa Allah itu Maha Berkuasa dan Perkasa, Dialah Pencipta dan Pentadbir Alam ini. Jika ada manusia mempunyai pendirian bahawa dirinya maha berkuasa, penentu akan segala, maka terlihat pada dirinya ialah sifat zalim, angkuh dan sombong yang bercanggah dengan akhlak Islam. Takwa memberi makna mengenai insaf-ketuhanan yang tinggi dan ukuran kepada kecemerlangan amal. Al-Quran dalam surah al Hujurat, ayat 13, memberikan asas bahawa, "kemuliaan manusia itu berlandaskan takwa."
Insaf-ketuhanan adalah kunci perlakuan seseorang.
Apabila manusia bertakwa ingin melakukan sesuatu dan meyakini bahawa orang lain tidak melihatnya, tetapi Allah melihatnya, pada dirinya sudah wujud daya kawalan dan pedoman menyebabkan ia berada dalam sikap serta pendirian terpandu. Natijah perbuatan dan amalannya akan menjadi baik dan memberi kesejahteraan kepada yang lain. Akhlak Rasulullah SAW terlihat pada kesabaran dan jihad ilmunya yang tinggi. Seorang perempuan Yahudi yang berasa tidak senang dengan Rasulullah SAW yang membawa risalah tauhid membalingnya dengan sampah setiap kali Rasulullah SAW lalu depan rumahnya. Ia membayangkan kebencian amat sangat terhadap diri Rasulullah SAW yang membawa risalah kebenaran. Rasulullah SAW sabar menghadapi kerenah itu kerana hakikatnya ia tidak tahu maksud risalah yang dibawa. Suatu hari perempuan itu sakit dan tidak lagi membaling sampah apabila Rasulullah SAW lalu di hadapan rumahnya. Rasulullah SAW berhenti di rumah jiran perempuan itu dan bertanya khabar mengenai dirinya.
Lalu dikatakan beliau sedang sakit. Rasulullah SAW meminta izin menziarahinya. Amat terkejut perempuan Yahudi itu terhadap pekerti mulia seorang manusia yang amat dibencinya menziarahi ketika dirinya sakit. Akhlak Rasulullah SAW memikat perempuan Yahudi itu lalu memeluk agama Islam. Akhlak Rasulullah SAW juga terlihat dalam binaan jemaah di Madinah dan mengendali halaqah untuk menyebarkan kefahaman serta amalan mengenai ilmu al-Quran. Walaupun Rasulullah SAW seorang yang buta huruf, komitmen terhadap ilmu begitu besar sekali. Islam perlu didukung dengan kekuatan ilmu. Al-Quran adalah sumber ilmu daripada Allah untuk memberi petunjuk kepada manusia khususnya orang yang bertakwa.
Amal Islami tanpa dukungan ilmu menjadikan Islam longgar dan kosong. Diturunkan wahyu kepada manusia menjadikan manusia terpedoman dan memiliki petunjuk memahami hakikat sesuatu yang nyata dan mengetahui mengenai yang ghaib. Oleh itu, kepentingan akhlak bagi manusia ibarat mutiara yang sangat berharga. Hari ini mutiara itu semakin hilang. Tingkah laku manusia sudah menjadi kaca dan pasir yang tidak memberi cahaya lagi. Faham diri dan individualistik menjadi nyata dan fahaman kebendaan, nafsu-nafsi menjadi ikutan. Manusia akhirnya bakal kehilangan cahaya dan perlakuan manusia tidak lebih lanjutan sifat haiwani yang hidup kerana perut dan nafsu.
Yang lahir daripada perut itu adalah gambaran yang diburu dan dicari tanpa pertimbangan akhlak yang membawa kemuliaan manusia di sisi Penciptanya dan kemuliaan manusia sesama manusia. Akhlak adalah cerminan diri kerana daripadanya manusia memiliki contoh dan teladan. Ibarat cermin yang bersih dan berkilau, manusia mampu melihat diri dengan jelas. Pantulan wajahnya mampu memperlihatkan dirinya secara telus. Cermin yang berdebu dan hilang kilauannya menyebabkan kekaburan pada wajah dan diri. Akhlak yang baik adalah sesuatu yang boleh diteladani kerana memang fitrah manusia ingin meneladani contoh yang baik daripada orang lain.

Disolatkan Oleh Seratus Orang
Kategori : IBADAH Solat
Tajuk :
Disolatkan Oleh Seratus Orang
Hadith :
Dari ‘Aisyah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Tidak suatu pun mayat yang disolatkan oleh seratus orang kaum muslimin dan semuanya memohon syafaat bagi mayat tersebut melainkan Allah mengabulkan permohonan mereka itu.”

Jangan Menghitung-hitung Sedekah Yang Diberikan
Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Jangan Menghitung-hitung Sedekah Yang Diberikan
Hadith :
Dari ‘Asma binti Abu Bakar as-Siddiq r.a katanya, dia datang kepada Rasulullah s.a.w, lalu dia bertanya:”Ya nabi Allah! Aku tidak mempunyai apa-apa untuk disedekahkan selain yang diberikan Zuber (suamiku) kepadaku (untuk belanja rumahtangga). Berdosakah aku apabila wang belanja itu kusedekahkan ala kadarnya ?”Jawab nabi s.a.w :”Sedekahkanlah ala kadarnya sesuai dengan kemampuanmu dan jangan menghitung-hitung kerana Allah akan menghitung-hitung pula pemberian-Nya kepadamu dan akan kedekut kepadamu.”

Sempat Dalam Waktunya
Kategori : IBADAH Solat
Tajuk :
Sempat Dalam Waktunya
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang mendapatkan Subuh satu rakaat sebelum terbit matahari, bererti dia telah mendapatkan Subuh seutuhnya. Dan sesiapa yang mendapatkan Asar satu rakaat sebelum matahari terbenam, bererti dia telah mendapatkan Asar seutuhnya.”