Archives

Hero2004 Blog

Jangan Benci Wanita Mukminah

Kategori : MUNAKAHAT Tanggungjawab

Tajuk :
Jangan Benci Wanita Mukminah

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Jangan memarahi wanita mukminah. Jika kamu benci akan perangainya, nescaya ada pula yang menyenangkan daripadanya.”

(Muslim)
....................readmore

Hero2004 Blog

SeRam-Budak Pempuan Yang Tak Wujud

....................readmore

Hero2004 Blog

Menolak Secara Baik

Kategori : IBADAH Akidah

Tajuk :
Menolak Secara Baik

Hadith :

Dari Zuhairi r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Apabila kamu diundang orang makan, padahal kamu puasa, jawablah:”Aku berpuasa!”

(Muslim)

Huraian
Puasa merupakan ibadat yang mulia di sisi Islam dan mempunyai ganjaran yang besar di sisi Allah S.W.T. Maka apabila seseorang itu berpuasa hendaklah ia menjaga puasanya itu daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa terutamanya makan dan minum dengan sengaja. Namun sebagaimana diketahui umum, puasa adalah merupakan ibadat rahsia di antara hamba dengan tuhannya (bukan untuk menunjuk-nunjuk) maka apabila seseorang itu diundang makan sedangkan ia berpuasa hendaklah ia menolak undangan tersebut dengan cara yang baik dan mengemukakan sebabnya iaitu bahawa ia sedang berpuasa. Jawapan tersebut sudah cukup memberi faham kepada orang lain agar menghormati orang berpuasa dan tidak membuat sebarang tuduhan yang tidak baik seperti tidak sudi dan sebagainya.
....................readmore

Hero2004 Blog

Jhad Terbaik Wanita 3 - Akhir Hai Rawa

....................readmore

Hero2004 Blog

Bimbinglah Wanita Dengan Bijak

Kategori : MUNAKAHAT Tanggungjawab

Tajuk :
Bimbinglah Wanita Dengan Bijak

Hadith :

Dari abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka apabila ia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah dia menanggapinya dengan baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah. Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik.”

(Muslim)
....................readmore

Hero2004 Blog

Ketentuan Talak

Kategori : MUNAKAHAT Talak Cerai

Tajuk :
Ketentuan Talak

Hadith :

Dari Aisyah r.a katanya:”Kami para isteri Rasulullah s.a.w pernah diberi pilihan oleh baginda, bercerai atau tetap bersama baginda. Kami semua memilih tetap bersama baginda. Maka hal itu tidak dihitung talak.”

(Muslim)
....................readmore

Hero2004 Blog

Peperangan Antara Dua Kuasa Besar

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :
Peperangan Antara Dua Kuasa Besar

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:”Belum akan terjadi kiamat sebelum dua golongan besar saling memerangai antara satu sama lain, sedangkan korban di kedua belah pihak sangat besar pula. Dan alasan kedua-duanya hanyalah satu.
....................readmore

Hero2004 Blog

sfsfdfdf
....................readmore

Hero2004 Blog

Bersengketa Membolot Harta

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :
Bersengketa Membolot Harta

Hadith :

Dari Muhammad bin Ibrahim r.a katanya Abu Salamah bercerita kepadanya, bahawa Abu Salamah bersengketa dengan kaumnya perihal tanah. Lalu dia pergi kepada Aisyah r.a mengadukan hal itu kepadanya. Kata Aisyah:”Hai Abu Salamah! Jauhilah perkara (sengketa mengenai) tanah. Kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda:”Siapa merampas sejengkal tanah, dikalungkan Allah kepadanya kelak di hari kiamat tujuh lapis bumi.”

(Muslim)
....................readmore

Hero2004 Blog

Rahmat Terhalang Kerana Permusuhan

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :
Rahmat Terhalang Kerana Permusuhan

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Seluruh amal manusia dihadapkan kepada Allah S.W.T dalam sejumaat (seminggu) dua kali. Iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Maka diampuni Allah dosa setiap hamba-Nya yang mukmin kecuali orang yang bermusuhan. Maka dikatakan:”Tinggalkanlah kedua orang ini dahulu sampai mereka berdamai.”

(Muslim)
....................readmore

Hero2004 Blog

Riwayat Nabi

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis , maka baginda pun berkata , "Wahai orang muda , kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu , "Ya Rasulullah S.A.W , ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu , maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W , "Ya Rasulullah S.A.W , kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan , maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu , "Wahai orang muda , apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"

Berkata orang muda itu , "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda , "Wahai para sahabatku , lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya , tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu , mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu , maka berkata ular tersebut ,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah , mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya , "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular , "Dia telah melakukan tiga kesalahan , di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan , dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".
....................readmore

Hero2004 Blog

Jihad Terbaik Wanita 2 - Akhir Hai Rawa

....................readmore

Hero2004 Blog

Wasiat Rasulullah

Kategori : AKIDAH Usuluddin

Tajuk :
Wasiat Rasulullah

Hadith :

Dari Thalhah bin Musharrif r.a katanya:”Aku bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufa:”Adakah Rasulullah s.a.w berwasiat? Jawabnya :”Tidak!” Aku bertanya:”Mengapa kaum muslimin diwajibkan berwasiat? Jawabnya:”Baginda berwasiat dengan kitabullah azzawajalla (al-Quran).”

(Muslim)
....................readmore

Hero2004 Blog

Kuda Kepang..............AMN

Dagang Pak Malau,dagang bertempat.
Dagang hamba mengkuang layu.
Apa lagi tuanku,sanggahlah cepat.
Tidaklah rakyat tertunggu-tunggu.

Naik kuda tanpa pelana,
Batu pelir terkerlok kedalam.
Dah tahu siapa yang punya angkara
Kenapa tuanku masih diam.?

Rindu sungguh pada nasi dagang
Nasi berlauk juga diingatan
Isu-isu "panas" sentiasa mendatang
Jangan dibiarkan rakyat menanggung beban
....................readmore

Hero2004 Blog

Membayar Nazar Arwah

Kategori : IBADAH Fidyah Kifarah

Tajuk :
Membayar Nazar Arwah

Hadith :
Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Sa’ad bin ‘Ubadah pernah meminta fatwa kepada Rasulullah s.a.w tentang nazar ibunya yang telah meninggal, tetapi belum sempat ditunaikannya. Maka bersabda Rasulullah s.a.w, “Bayarlah olehmu atas namanya.”

(Muslim)
....................readmore

Hero2004 Blog

Para Nabi Tidak Diwarisi

Kategori : AKIDAH Usuluddin

Tajuk :
Para Nabi Tidak Diwarisi

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Kami para nabi tidak diwarisi; harta yang kami tinggalkan adalah sedekah.”

(Muslim)
....................readmore

Hero2004 Blog

Minah terRempit

....................readmore

Hero2004 Blog

[Hero2004] KerisSilau : Maya Karin Masih Senyum kat Aku

Hero2004 <kertec10@yahoo.com> wrote:

Maya Karin Masih Senyum kat Aku

Apabila aku melintasi jalan yang berliku
Maya masih setia untuk senyum kat aku
Walaupun hujan dan panas dia tetap di situ
Tidak berganjak dan masih senyum kat aku
Aku yang selalu pandu kereta laju-laju
Tiba-tiba perlahan sebab Maya melihat aku
Dengan baju merahnya menarik perhatian aku
Di Kelantan Maya Karin nampak lebih ayu
Sebab ikut nasihat dari kerajaan Tok Guru
Mana tak terpikat Piem punya menantu
Walaupun Maya berlakun jadi hantu
Dia jemput tengok jazz dengan Al Jaeruu
Lalu isteri dia sudah menjeling cemburu
Nasib baik tak jadi perang besar malam tu

Namun jangan kita percaya berita palsu
Maya masih single dan setia kepada aku
Setiap hari Maya Karin senyum tanpa merasa jemu
Memberi senyuman dari billboard Jalan Tengku
Lalu berkata Dengan Celcom Anda Berkuasa memilik ku.....

Keris Silau
31 October 2007
.

__,_._,___

....................readmore

Hero2004 Blog

[Hero2004] KerisSilau : Menteri Melatah lalu Sultan Bertitah

Hero2004 <kertec10@yahoo.com> wrote:

Menteri Melatah lalu Sultan Bertitah

Apabila menteri cakap melatah
Maka Sultan pun terus bertitah
Beri sedar sikit orang yang memerintah
Badan kehakiman yang semakin parah
Klip video percaturan hakim didedah
Keyakinan rakyat terhadap kehakiman punah
Lalu lawyer berjalan dan memorandum diserah
Jalan jauh dengan kot sehingga peluh basah
Menteri kata itu cuma sebahagian kecil jumlah
Apa punya jawapan macam orang tak pi sekolah
Manakala bos dia ambik sikap tak endah
"Tidak ada krisis" jawab Lah-Lah
Itu persepsi minoriti kata pihak pemerintah
Lalu Sultan pun segera menyanggah
Dalam persidangan yang patut dihadiri Lah-Lah
Persepsi awam jangan diambil mudah
Saranan Sultan disambut dengan meriah
Reaksi positif dari TsuKun hingga KC Vohrah
Sudah lama imej badan kehakiman parah

Krisis dan krisis tak sudah-sudah
Polis Diraja Malaysia juga bermasalah
Sesama sendiri pun bertelagah
Semua nak menegak benang basah
Musa dah jadi musang Lah-Lah
Macam-macam kisah dan karenah
Dari jenayah terancang hinggalah buang daerah
Keyakinan rakyat sekali lagi musnah
Dari peringkat atas sehingga bawah
Semua sudah dijangkiti penyakit rasuah
Daripada pembelian screwdriver hingga pagar sekolah
Daripada bina jambatan hingga rumah kos rendah
Termasuklah pemberian bintang anugerah
Berlumba bagi Datok macam yang berlaku di Sabah

Bala dan bala tak sudah-sudah
Lihatlah indeks negara punya jenayah
Rakyat tidak rasa selamat hatta di rumah
Bas ekspress terbalik penumpang terima padah
Negeri Johor yang dilanda air bah
Dan Nuri yang terhempas di Genting Sempah
Dan isu yang tak selesai iaitu masalah dadah
Dan isu sosial yang ketara seperti anak luar nikah
Dan anak yang diculik diperkosa dibunuh penjenayah
Dan budak sekolah yang dibuli dan dibelasah
Kesemua ini petunjuk kekacauan fikrah
Mungkin juga turunnya bala dari Allah

Kita menyeru kerajaan Lah-Lah
Supaya bertaubat dan kembali pada Allah
Pilih pemimpin yang ada kapabiliti dan amanah
Hendaklah berlaku adil kepada ummah
Hendaklah tawaduk dan menjaga maruah
Kalau masih sombong rakyat tak akan pangkah
Kalau masih berleluasa penyelewengan dan pecah amanah
Rakyat akan tergerak hati untuk mengubah
Kalau masih merampok harta dan khazanah
Rakyat akan segera memohon dan menadah
Supaya datang segera pertolongan dari Allah
Menyelamatkan bumi Malaysia dari musnah!

Keris Silau
31 Oktober 2007
.

__,_._,___

....................readmore

Hero2004 Blog

Berjanjilah Sesuai Dengan Kemampuan

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :
Berjanjilah Sesuai Dengan Kemampuan

Hadith :

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya:”Kami melakukan bai’at dengan Rasulullah s.a.w untuk patuh dan setia. Lalu nabi s.a.w bersabda:”Ucapkanlah!” Lalu aku berbai’at sesuai dengan kesanggupanku.”

(Muslim)
....................readmore

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.