Archives

Hero2004 Blog

FW : Testimoni Anak Seorang Tahanan ISA

Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.

Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......

Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....

Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....

7 tahun telah berlalu
Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...Bagaikan binatang di zooSejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya. ..hati ini memang pedih yang teramat sangat.Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan....

namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...

*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.

-- Mohd Fuad YusofSubang Bestari
....................readmore

Hero2004 Blog

[Hero2004] Erti Sebenar Sebuah Kebahagian

Merujuk laman web Karyanet.com. my, perkataan bahagia bermaksud, “suasana senang dan aman, aman damai serta gembira.” Melalui definasi ini, boleh disimpulkan bahawa kebahagiaan bererti satu keadaan yang mendatangkan ketenangan di jiwa, kerehatan di minda dan kegembiraan di hati.

Namun, keadaan yang mendatangkan kebahagiaan kepada seseorang tidak semestinya mendatangkan kebahagiaan kepada individu yang lain. Ia amat subjektif.

Seorang yang miskin akan merasa bahagia apabila beliau dikurniakan dengan kesenangan. Mungkin beliau mempunyai rancangan untuk membina rumah besar, berkereta besar, melancong ke sana ke mari. Namun semua ini merupakan kebahagiaan kepada seseorang yang dilahirkan di dalam keluarga yang berharta.

Seorang pencipta lagu akan merasa bahagia apabila lagunya memenangi kejuaraan dan menjadi nyanyian orang ramai. Namun semua ini tidak beerti kepada seseorang yang tidak mengenal nod-nod muzik.

Seseorang yang belum berumahtangga atau sedang bercinta, sudah tentu melihat kebahagiaan itu terletak di alam perkahwinan. Namun sejarah menukilkan individu seperti Asma Binti Bahdal, isteri kepada Muawiyah bin Abu Sufyan lebih merasa bahagia apabila kembali ke pondok buruknya yang pernah didiaminya suatu ketika dahulu.[1] Untuk kebanyakan orang, cita-cita, impian dan keinginan dikaitkan dengan kebahagiaan. Secara tidak langsung kebahagiaan menjadi matlamat hidup. Namun persoalannya, apa yang akan berlaku setelah bahagia itu tercapai?

Si miskin tadi telah membina 10 buah rumah besar, telah membeli 100 buah kereta mewah, telah melancong ke serata pelosok dunia. Lalu apa yang akan dilakukannya setelah itu? Adakah kebahagiaan yang kita impikan selama ini adalah kebahagiaan yang benar-benar kita perlu? Atau ada sesuatu di sebalik kebahagiaan itu yang masih tersembunyi? Sebuah kebahagiaan yang lebih hakiki.

What do you think it is?

Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”
Itulah kebahagiaan yang sebenar.
Wallahu’alam.

"Hero2004"
....................readmore

Hero2004 Blog

INSATIABLE - DARREN HAYES

Darren Hayes - Insatiable

When moonlight crawls along the street
Chasing away the summer heat
Footsteps outside somewhere below
The world revolves I let it go
We build our church above this street
We practice love between these sheets
The candy sweetness scent of you
It bathes my skin I'm stained by you
And all I have to do is hold you
There's a racing in my heart
I am barely touching you

[Chorus]

Turn the lights down low
Take it off
Let me show
My love for you
Insatiable
Turn me on
Never stop
Wanna taste every drop
My love for you
Insatiable

The moonlight plays upon your skin
A kiss that lingers takes me in
I fall asleep inside of you
There are no words
There's only truth
Breathe in Breathe out
There is no sound
We move together up and down
We levitate our bodies soar
Our feet don't even touch the floor
And nobody knows you like I do
The world doesn't understand
But I grow stronger in your hands

[Chorus]

Turn the lights down low
Take it off
Let me show
My love for you
Insatiable
Turn me on
Never stop
Wanna taste every drop
My love for you
Insatiable

Turn the lights down low
Take it off
Let me show
My love for you
Insatiable
Turn me on
Never stop
Wanna taste every drop
My love for you
Insatiable

We never sleep we're always holdin' hands
Kissin' for hours talkin' makin' plans
I feel like a better man
Just being in the same room
We never sleep there's just so much to do
Too much to say
Can't close my eyes when I'm with you
Insatiable the way I'm loving you

[Chorus]

Turn the lights down low
Take it off
Let me show
My love for you
Insatiable
Turn me on
Never stop
Wanna taste every drop
My love for you
Insatiable

Turn the lights down low
Take it off
Let me show
My love for you
Insatiable
Turn me on
Never stop
Wanna taste every drop
My love for you
Insatiable

....................readmore

Hero2004 Blog

[Hero2004] Dinner Raya








....................readmore

Hero2004 Blog

FW: Feature on 26/11....This is chilling, see it b4 the video is taken off... Click on the link

This is indeed chilling and scary! must see... A total account of what happened in Mumbai.

Watch fast before the video is taken off

http://europenews.dk/en/node/24746
....................readmore

Hero2004 Blog

PENYAKIT KENCING MANIS

Penyakit ini telah lama diketahui manusia. Beribu-ribu penduduk di negara kita mengidap penyakit ini. Penyakit kencing manis tidak seharusnya menjadi satu penghalang kepada kehidupan yang biasa. Dengan bertambahnya pengetahuan berkenaan penyakit kencing manis dan penghasilan ubat-ubat untuk penyakit ini, tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh hidup seperti manusia biasa

Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.

Siapakah pengidap penyakit kencing manis ?

Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini.Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis

Apakah rawatan untuk penyakit kencing manis ?

Sebelum tahun 1921, tiada ubat-ubat tertentu untuk merawat penyakit ini. Pada masa ini terdapat ubat-ubat untuk mengawal penyakit kencing manis dan ini memberi peluang kepada pengidap-pengidap penyakit ini untuk meneruskan kehidupan yang biasa. Rawatan untuk penyakit kencing manis adalah melalui kawalan pemakanan.

Makanan yang anda makan memainkan peranan yang penting dalam kawalan penyakit kencing manis. Adakalanya, kes-kes yang tidak teruk, dapat diakwal melalui jagaan makanan sahaja.

Ubat

Selain daripada kawalan pemakanan, kebanyakan pesakit memerlukan ubat untuk mengawal penyakit mereka. Ubat-ubat ini terdiri daripada suntikan insulin.Insulin boleh diberi melalui suntikan sahaja kerana ia akan dimusnahkan di dalam perut jika dimakan

Pil

Ubat-ubat ini membantu badan menggunakan gula dengan sempurna dan dengan itu dapat mengawal penyakit ini.

Ada pula pesakit-pesakit yang memerlukan suntukan insulin sementara pesakit-pesakit lain pula boleh mengawal penyakit mereka dengan memakan pil. Doktor anda, setelah menjalankan pemeriksaan terhadapa anda, akan menentukan samaada anda memerlukan suntikan insulin atau pil dalam rawatan anda. Kes penyakit kencing manis anda mungkin tidak sempurna dengan kes orang lain dan oleh itu rawatan yang ditentukan oleh doktor anda mungkin tidak serupa dengan rawatan untukpesakit lain. Doktor akan menentukan rawatan mengikkut keadaan penyakit seseorang.

Rawatan awal adalah penting.

Menyembuhkan tanda-tanda dan gejala kencing manis

Menggelakkan atau mengurangkan akibat-akibat buruk yang berlaku jikalau penyakit ini melarat

Membolehkan pesakit hidup dalam kehidupan biasa dan bahagia

Ubat

Patuhilah nasihat doktor anda mengenai ubat-ubat yang anda perlu ambil

Jangan berhenti mengambil ubat kerana anda merasa sihat dan berfikir bahawa ubat itu tidak perlu lagi. Berhenti mengambil ubat tanpa nasihat daripada doktor anda adalah sangat merbahaya kerana ini boleh mengakibatkan penyakit anda melarat disebabkan tidak dikawal dengan sempurna

Jangan lupa untuk pergi ke hospital atau klinik pada masa yang ditetapkan untuk pemeriksaan doktor. Pemeriksaan dari masa ke semasa termasuk ujian air kencing dan darah adalah sangat penting dalam rawatan dan kawalan kencing manis

Makanan

Seperti yang disebutkan tadi, kawalan makanan sangat penting dalam rawatan penyakit kencing manis. Patuhilah nasihat doktor anda mengenai makanan

Makanan harian yang anda patut makan bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan oleh anda dan keadaan penyakit anda. Adalah mustahak bahawa makanan harian mestilah seimbang iaitu, mengandungi semua bahan-bahan yang diperlukan oleh badan anda untuk kesihatan dan juga memberi tenaga untuk menjalankan tugas harian

Panduan makanan Makanan yang patut dielakkan

* Gula
* Gula melaka
* Coklat
* Jem
* Madu
* Sirap
* Aiskrim
* Biskut-biskut yang manis
* Susu pekat
* Minuman ringan
* Gula-gula jeli

Makanan yang patut dikurangkan

* Nasi
* Roti
* Ubi kentang
* Ubi keledek
* Ubi kayu
* Jus
* Kelapa
* Daging kambing
* Buah-buahan jeruk
* Bahan-bahan tenusu

Makanan yang boleh dimakan dengan bebas

* Serbuk lada
* Rempah-rempah
* Serbuk kari
* Air teh, kopi,jus tomato dan limau, sup cair
* Sayur-sayuran seperti kacang panjang, kobis, bawang, timun, lobak merah, kangkong, sawi,cendawan, bayam,tomato, bunga kobis, kacang bendi,terung, ketola.

Penjagaan berat badan

* Penyakit kencing manis berlaku dengan lebih kerap di kalangan orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Didapati bahawa tindakan insulin berkesan dalam orang yang gemuk
* Amatlah penting bagi pengidap kencing manis untuk sentiasa ,menjaga berat badan. Kalau berat badan turun, badan dapat menggunakan gula dalam darah dengan lebih sempurna dan dengan itu, kadar gula dalam darah akan turun

Kalau anda gemuk

* Kurangkan makanan !
* Terutama makanan yang terlalu banyak karbohidrat dan lemak
* Bersenamlah selalu

Senaman

* Cuba melakukan senaman setiap hari seperti berjalan dan berkebun
* Senaman yang dilakukan secara teratur adalah sangat baik untuk penyakit kencing manis kerana ini dapat menambahkan lagi pembakaran gula dalam otot-otot dan dengan itu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Pengaliran darah juga bertambah baik
* Perkara untuk diawasi : kalau anda kurang aktif dan sudah lama tidak bersenam, dapatkan nasihat doktor anda sebelum memulakan apa-apa senaman

Mengelakkan jangkitan

* Pesakit kencing manis lebih mudah mendapat jangkitan daripada orang biasa. Oleh itu, anda perlu menjaga diri sendiri melalui langkah-langkah tersebut : Selalu menjaga kebersihan diri
* Tiap-tiap hari, cucikan kaki dan jari-jari kaki dengan menggunakan sabun dan air, keringkan kaki dan sapukan bedak. Mandilah selalu
* Sapukan bedak di bahagian-bahagian kulit yang berpeluh berlebihan
* Jaga kebersihan gigi
* Menjauhkan diri dari kecederaan
* Jangan berjalan tanpa kasut atau selipar
* Berhati-hatilah semasa memotong kuku jari dan jari kaki
* Bersih dan balutkan mana-mana luka yang ada
* Berhati-hati semasa bercukur

Penjagaan kaki

* Kalau peredaran darah di bahagian kaki anda tidak dapat mengalir dengan sempurna atau diganggu, ini boleh membawa akibat yang buruk dan mungkin boleh menghilangkan kaki anda disebabkan oleh jangkitan yang melarat. Oleh itu, sentiasa perlu menjaga kaki anda
* Jangan menyilangkan kaki anda semasa duduk pada suatu masa yang lama
* Jangan pakai kasut yang ketat
* Sentiasa urutkan kaki anda
* Tiap-tiap hari, berbaringlah dengan meletakkan kaki di paras yang lebih tinggi dari badan anda untuk beberapa minit

Apakah bahaya kalau penyakit kencing manis tidak dirawat atau dikawal dengan baik.

Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti :-

* Buta
* Kerosakan buah pinggang
* Sakit jantung dan penyakit lumpuh
* Darah tinggi
* Penyakit saraf
* Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Ia tidak dapat merasai sakit, panas dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari
* Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki
* Tidak sedarkan diri
* Kalau tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut
* Anda boleh mengelakkan akibat-akibat buruk ini kalau anda menjaga diri anda dengan baik
* Mengidap penyakit kencing manis tidak bermakna anda hidup seperti dipenjarakan
* Kalau anda ikut langkah-langkah dalam rawatan dan kawalan penyakit ini, anda boleh menikmati kehidupan yang penuh dan bahagia
* Kawal penyakti kencing manis untuk menikmati kehidupan yang bahagia dan sihat.
....................readmore

Hero2004 Blog

Air uUreng...

....................readmore

Hero2004 Blog

TeGanung : Cakak Luor...Cakak KL

Kalu orang TeGanung tu dok soh tebeng cakak luor lah. Soheh ade se dua hok ssaloh tubik...ke gane AjiPia....nok nok kalu orang Kole Beghang...kalu nok cakak jugok tu, panda-panda lah jage jangang sapa ssaloh tubik ayat-ayat klasik TeGanung doh lah...

Cakak Luor juga dipanggil Cakak KL bagi orang TeGanung.

Pada kebiasaannya ade 2 jenis kesalahan yang lazim dibuat oleh orang TeGanung hok galok gatal nok cakak KL :

1. pada sebutan/ejaan

cth : rokak sepatutnya rokok ; nyamak sepatutnya nyamuk ; pin pon sepatutnya ping-pong etc

2. pada perkataan

cth : lembek sepatutnya tilam ; tempek/tepek sepatutnya tampal etc

3. kedua-dua : pada sebutan/ejaan dan pada perkataan

cth : rujuk PENGALAMAN 5 : perkataaan SORAK...sepatutnya SOROK atau LACI

p/s : ajiPia....mung biase2 ssaloh hok mane...no1 ke no2 ke no3...

Kesilapan itu hanya akan disedari selepas kita menyebutnya atau pun selepas mendapat respon dari audien spt terpinga-pinga( pengong) atau ketawa(suke gelekek).Yang pasti kalu orang TeGanung dengor orang TeGanung cakak Luor bunyi dia memang 'nyekik' nok tunjuk 'ek' konong....

Sapa-sapa pung dalam Hero2004 ning memang pernoh cakak KL dan pernoh mase cakak KL tu ssaloh sselit sepatoh dua perkataang TeGanung...kegane. ..jadi ari ning kalu buleh kite share lah sikit sebanyok pengalamang manis mase ssaloh cakak tu...

Dibowoh ada 5 cerita atau pengalaman bercakap LUAR tapi masih terselit loghat TeGanung. Warga Hero2004.... Sila tambah lagi....

p/s : AjiMbong,AjiRoy, AjiAmeer, AMN...WAJIB tamboh...... hok lain-lain SUNAT je....

PENGALAMAN MELUCUKAN BERCAKAK LUOR.....

1. Mari kita pergi Encik, hujan sudah SERIK ni...

sepatutnya : MARI KITA PERGI ENCIK HUJAN SUDAH BERHENTI

2. Dalam air ni ada UGAK-UGAK la

sepatutnya : DALAM AIR NI ADA JENTIK-JENTIK LA

3. Macamana nak tidur ni LEMBEK tak ada

sepatutnya MACAMANA HENDAK TIDUR NI TILAM TAK ADA

4. Adik mintak SUPIK satu.....

sepatutnya ADIK MINTAK PLASTIK BEG SATU....

5. kunci motor ada dalam SORAK meja aku tu....

sepatutnya KUNCI MOTOR ADA DALAM LACI MEJA AKU TU...

6.

7.

8.

9.

10.

Pakat komenglah siket-siket sorang weh....

Sedap Doh Brase....

....................readmore

Hero2004 Blog

[CL] Chelsea vs Barcelona Highlights

[CL] Chelsea vs Barcelona Highlights


Aggregate: 1 - 1 Barcelona win on away goal(s)

Essien 9
Iniesta 90+3
....................readmore

Hero2004 Blog

[CL] Arsenal vs Manchester United Highlights

ARSENAL 1 - 3 MANCHESTER UNITED - full time {agg. 1-4}


8' [0 - 1] J. Park - GOAL!


11' [0 - 2] C. Ronaldo - GOAL!


61' [0 - 3] C. Ronaldo - GOAL!
69' S. Nasri - Yellow card
75' D. Fletcher - RED CARD
76' [1 - 3] R.v. Persie (penalty)
82' E.S. Adebayor - Yellow card
86' E. Eboue - Yellow card
....................readmore

Hero2004 Blog

TeGanung : Apa itu....goli...

Kedudukan akhir 0-0. Tamat sudoh selagi perlawanang persahabatang antara Liverpool dengan pasukan Pilihan Cabang dalang siri perlawanang persahabatang jelajoh TeGanung.

Komeng AzmiBeniteh penguruh pasukang Liverpool... ..

Hoh! Dok seke setabuk. Hebak sunggoh. Rase dok ccaye pasukang kami ning dokleh réngbak ke dalang gol, goli kapong ning panda sunggoh jjereba, panda takak bola. Bek pung buleh tahang jugok. Hok puteh-puteh tu, hok orang duk pangil Mbong...Mbong tu sedak jugok mainang dia. Tengok ah kalu tu kite akang wat balik dia ke EndFil.

Petang esok kita akang lawang Kapong Kuale Bedoh pulok. Kita akan rreper ah mane-mane hok dok brape jadi ari ning dan cuba bahang gol. Jage mmolek ah goli Kuale Bedoh petang esok....

Perkataang minggu ning 'goli'. 'goli' adalah penjaga gol atau penjaga gawang, dalam english dipangil goalkeeper. Orang TeGanung memang jarang menggunakan penjaga gol dalam pertuturan harian mereka biasanya akan disebut 'goli' atau 'jjage gol'. 'goli milo' adalah gelaran untuk penjaga gol yang hebat atau pun penjaga gol yang suka jereba atau nnayang masa tangkap bola.

Komang sungguh lah goli Arsenal bola selow pung dok leh nok igat.

'goli' juga digunakan dalam pertuturan harian orang Nogori(Negeri Sembilan).Hok ning kita seroh ke AjiSani lah bahagian ulas. Bereh dok AjiSani, lame doh dok tubik dalang Hero2004 ning...????

tak dapek den carikan...dongar pun den goli...goli goloman den

AjiMbong...dekat- dekat doh ngan goji tu....cendeng huruf 'j' je....

Apa itu....goli. ..

Pakat komenglah siket-siket sorang weh....

Sedap Doh Brase....

....................readmore

Hero2004 Blog

Do You Think This Lady Can? Morale?

Britain's Got Talent Forum: http://britainsgottalentforum.com



47 Year old Susan Boyle wows the judges with her performance in the auditions for Britains Got Talent, singing I dreamed a dream from Les Miserables.

A Wonderful Song Sung by Susan Boyle... The Audience was laughing before starting the song... after the song the audience were silent, with smiles on their faces and judges gave her 3 Yes's!

P/S : Don Look "Outside"…See Inside laaa.... :-)

P/S : What Is The Morale?

....................readmore

Hero2004 Blog

[CL SF01] Manchester United vs Arsenal Highlights


[CL SF01] Manchester United vs Arsenal Highlights

Manchester United 1-0 Arsenal Highlights

  • O'Shea 17
....................readmore

Hero2004 Blog

"Reality Insan" by Santeeke

“"Reality Insan" by Santeeke


“"Reality Insan" by Santeeke ->DOWNLOAD

Request by Halimatun


....................readmore

Hero2004 Blog

TeGanung : Budu

Budu...makanang tradisi orang TeGanung. Kebiasaangnye dimakan bersama nasik sebagai perencah atau perisa untuk menambahkan lagi selera makan. Hok luarbiasa tu dok tau lah...mungkin ade hok togok macang togok air geh kot...dok pong ade hok wat cicoh ngan kepok atau pisang goreng...dok auu uuu...

Ramuang dan cara menghasilkan budu adalah :

Ikan bilis yang siap diproses digaul dengan garam, sebelum dimasukkan ke dalam bekas khas secara berperingkat dan diperam antara tiga bulan hingga setahun. Selepas proses itu, ikan bilis akan dikeluarkan daripada bekas khas untuk dikisar menggunakan mesin khas dan dimasak menggunakan kawah besar untuk dijadikan budu. Biasanya budu akan dimasukkan perasa dan pewarna dibenarkan. Sebelum dibotolkan budu akan ditapis terlebih dahulu bagi memastikan ia berkualiti tinggi.

Cerita dibowoh dikopi dari internet/blog untuk bacaang warga Hero2004.

Makanlah budu sblm terlambat!!!

Thursday, 11 October 2007 at 10:25

sue_2906

Misteri yang baru terungkap.

Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Pantai Timur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Trg dan Klate ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika , Australia , New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggapmakan "kuno". Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah,pencegah penyakit jantung dan hipertensi . Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh, mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang

memakannya,kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang emah.Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu,vitamin larut air(vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2(riboflavin) -, asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin) -. Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneum! oniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikrodalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9,39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan didalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon! (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di University North Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh

darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin

disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.

Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia -), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak.Pemakanan budu yang mempunyai sifathipokolesterol emik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E,

karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat(dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan

bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.

Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan. so minumlah budu mcm minum air mineral ........he he...

Pakat komenglah siket-siket sorang weh....

Sedap Doh Brase....

....................readmore

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.