Archives

Hero2004 Blog

Matinya Tiap-tiap Yang Bernyawa Apakala Berakhir Umur Dunia Kemudian Semuanya Dihidupkan Semula

Kategori : AKIDAH Usuluddin

Tajuk :

Matinya Tiap-tiap Yang Bernyawa Apakala Berakhir Umur Dunia Kemudian Semuanya Dihidupkan Semula

Hadith :

Rasulullah s.a.w menyebut perihal Dajal serta menyatakan: "…..Sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah); ……Sebenarnya ia akan keluar di satu tempat di antara negeri Syam dengan negeri Iraq, serta ia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang ia sampai kepadanya (dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan - mewah makmur, dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya - susah meleset; dan dengan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang - mengeluarkan khazanah buminya dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur;juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya, sepotong dicampakkan jauh dari satu lagi, kemudian diserunya, lalu kedua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya; demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam Syurganya yang dirasai oleh orang itu sebagai Neraka, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai Syurga; dan lain-lain lagi)." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Wahai sekalian hamba Allah, setelah kamu mengetahui demikian maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!" Kami bertanya: "Ya Rasulullah! Berapa lama ia bermaharajalela di bumi?" Baginda s.a.w menjawab: "Empat puluh hari - hari yang pertama: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang kedua: Panjangnya seperti setahun, dan hari yang ketiga: Seperti seminggu, manakala hari-hari yang lain: Seperti hari-hari kamu yang biasa." Kami bertanya lagi: "Ya Rasulullah! Jika demikian, hari yang panjangnya seperti setahun iu misalnya cukupkah kami mengerjakan padanya sembahyang untuk sehari?" Baginda s.a.w menjawab: "Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan;"….Baginda s.a.w menerangkan lagi: "Semasa Dajal itu bermaharajalela, Allah hantar turun Nabi Isa anak Mariam lalu ia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik…..maka Nabi Isa pun mengejar Dajal sehingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama: "Lud", lalu membunuhnya. Setelah itu datanglah suatu kaum yang Allah selamatkan dari bencana Dajal itu menghadap Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa hapuskan kesan kedukaan dan kesedihan dari air muka mereka dengan menyatakan: Bahawa Dajal telah pun dibunuh, serta mengembirakan mereka denga darjat-darjat kedudukan mereka dalam Syurga;" Nabi s.a.w menerangkan lagi: "Bahawa semasa Nabi Isa sedang menerangkan perkara-perkara yang menggembirakan mereka, Allah wahyukan kepada Nabi Isa dengan firmannya: "Bahawa Aku telah mengeluarkan sekumpulan hamba-hambaKu (Ya'juj wa Ma'juj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka; oleh itu maka bawalah hamba-hambaKu yang bersama-samamu berlindung di bukit Tursina; setelah itu Allah keluarkan Ya'juj wa Ma'juj dan mereka pun meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi….; Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu sehingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka dari seutas dinar kepada seseorang kamu sekarang; lalu Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah s.w.t hantarkan ulat-ulat menyerang batang leher Ya'juj wa Ma'juj itu,mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa. Kemudian Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya turun dari bukit itu, lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Ya'juj wa Ma'juj itu; maka Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya merayu lagi kepada Allah lalu Allah Taala hantarkan kumpulan burung yang batang lehernya seperti batang leher unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut serta mencampakkan bangkai-bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah Taala turunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi sehingga menjadi bersih dan rata seperti cermin. Kemudian Tuhan berfirman kepada bumi: Tumbuhkanlah tanamanmu serta keluarkanlah buahmu, dan kembalikanlah segala nikmatmu"; maka pada masa itu sebilangan orang boleh kenyang dengan memakan sebiji buah delima, dan boleh berteduh dengan kulitnya; dan pada masa itu juga diberkatkan Tuhan pada susu sehingga susu seekor unta perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya, dan susu seekor lembu perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu qabilah; dan susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik….lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik - mukmin dan muslim, dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat." (Dan pada satu riwayat yang lain: "Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu." Nabi s.a.w bersabda lagi: "Maka tinggallah sahaja orang-orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kedurhakaan secepat burung terbang, dan yang menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk. Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka serta bertanya: "Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingkan diri kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakanku? Maka mereka pun bertanya: Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan? Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri mereka dengan Tuhan (konon), mereka menerima ajakan Syaitan itu lalu menyembah berhala, sedang rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah; kemudian ditiup sangkakala, yang pertama, yang mematikan segala yang bernyawa….")

al-Nawwas bin Sam'an r.a

....................readmore

Hero2004 Blog

West Ham United V Arsenal Highlights


0-2 Faubert (75 o.g.), Emmanuel Adebayor(90)
....................readmore

Hero2004 Blog

Chelsea V Liverpool Highlights


0-1 Xabi Alonso(10)
....................readmore

Hero2004 Blog

Everton Vs Manchester United Highlights


Fellaini(63) 1-1 Fletcher(21)
....................readmore

Hero2004 Blog

Cops grill Hindraf leaders

The police today interviewed Hindu Rights Action Force (Hindraf) leaders for more than an hour at the Dang Wangi police headquarters over them showing up at the prime minister open house on Oct 1.

K Shanthi, the wife of Hindraf chairperson P Waythamoorthy, Hindraf information chief S Jayathas and Selangor coordinator K Tamilselvam were interrogated today for illegal assembly under Section 27 (5) of the Police Act, as well as trespass under Section 447 of the Penal Code.

....................readmore

Hero2004 Blog

Mexico's stake in the US presidential election - 14 Oct 08

One group of people who are closely watching the election is the United States' neighbour to the south - Mexico. One of the key issues the two countries share is immigration and policing their common border.

For many in Mexico, what happens in their future could likely hang on the policies of the new American President.

Al Jazeera's Franc Contreras spoke with people on both sides of the international divide, and sent us this report from the US-Mexico border.

....................readmore

Hero2004 Blog

Berusaha Supaya Tidak Menjadi Miskin

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :

Berusaha Supaya Tidak Menjadi Miskin

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qadha’ dan qadar.”

Riwayat Abu Naim

Huraian

Pengajaran Hadis:

  • Manusia yang mempunyai sikap tercela (mazmumah) sering dibenci oleh orang ramai. Ia boleh merosakkan potensi diri hingga adakalanya turut menganggu masyarakat setempat. Sikap inilah yang menjauhkan hati daripada mengingati Allah S.W.T.
  • Hasad dengki adalah di antara sifat-sifat mazmumah tersebut. Oleh itu awasilah diri daripadanya kerana ia adalah dosa yang pertama sekali dilakukan oleh Iblis laknatullah yang telah menolak perintah Allah agar sujud kepada Nabi Adam a.s. Begitu juga Qabil yang telah membunuh Habil, juga disebabkan oleh perasaan dengki.
  • Sifat dengki itu ialah ‘apabila melihat orang lain lebih daripadanya maka dia akan cuba menjatuhkannya’. Inilah dengki yang dilarang oleh Islam. Seharusnya apabila seorang mukmin melihat orang lain berjaya maka dia harus berusaha kuat untuk menjadi sepertinya. Inilah dengki yang dibenarkan oleh Islam.
  • Dengki (yang dilarang Islam) harus dicegah dengan memupuk sifat qana'ah ( puas hati dengan apa yang ada setelah berusaha), redha serta bersyukur dengan pemberian Allah bukan melakukan perkara-perkara yang membawa kekufuran terhadap-Nya.
  • Takdir yang ditentukan Allah terhadap hamba-Nya tidak sama, sesetengahnya di luar kehendak hamba itu sendiri. Ada yang dapat memiliki rumah besar, berpangkat tinggi serta dapat menikmati makanan yang enak-enak dan ada juga yang hanya duduk di pondok buruk, dan makan sekadar untuk mengalas perut. Namun Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Jika seseorang itu dapat menghadapi setiap ujian dan takdir Allah itu dengan redha, berharap dan takut pada kemurkaan-Nya tentulah setiap takdir itu akan menguntungkannya. Jika dikurniakan kekayaan, maka dengan kekayaan itu dia dapat membantu orang yang susah, anak-anak yatim, fakir miskin serta melakukan lain-lain kebajikan sehingga ia menjadi lebih hampir kepada Allah dan mendapat rahmat serta kasih sayang-Nya. Sebaliknya jika ditakdirkan menerima nasib yang kurang baik seperti miskin dan sebagainya, tetapi dia sanggup bersabar di samping berusaha, maka Allah akan membalasnya dengan seribu rahmat.
....................readmore

Hero2004 Blog

Salam Lebaran 2008@1429H...dari TNI SeKeLuarGa...

SeRingkali keSilaPan itu Tidak diSengaJakan...
Namun tetap MengguriSkan Hati...
Sempena Ketibaan Bulan SyawaL yang MuLia
Kami SeKeluarga dengan SeRendaH-renDah & SeIkHlas hAti
MenYusun jARi meMohon seRiBu KemaaFan
Dari Teman-teman SeKelian...
MoGa DOSA kami DiAmpuni...
Oleh Semua Yang MeNgenaLi...
Selamat HaRi RAya...
....................readmore

Hero2004 Blog

Aidilfitri dari Safia Dan Keluarga....

Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan.
hari raya semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.

Sebelum cahaya syurga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup,
Kami mohon maaf zahir dan bathin....

Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada....

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin
....................readmore

Hero2004 Blog

Selamat Hari Raya by Arman & Family

....................readmore

Hero2004 Blog

Jujur Dalam Berjual Beli

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :

Jujur Dalam Berjual Beli

Hadith :

Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menjual sesuatu barang yang cacat dengan tidak menerangkan kecacatan itu kepada pembelinya, ia sentiasa dalam kemurkaan Allah, dan Malaikat pula sentiasa melaknatnya."

Wa'ilah bin al-Asqa' r.a

Huraian

Pengajaran hadith:

  • Berniaga adalah antara punca rezeki yang dihalalkan oleh Allah.
  • Sebarang jual beli yang dilakukan mestilah dibuat dengan jujur daripada kedua belah pihak di mana sesiapa yang menjual barang yang cacat dan dia pula sengaja menyembunyikannya daripada pembeli maka sepanjang masa ia akan berada di dalam kemurkaan Allah dan juga malaikat-Nya.
  • Balasan ini adalah wajar kerana ia telah melanggar prinsip keadilan yang menghalang pembeli daripada mendapat faedah bersama.
....................readmore

Hero2004 Blog

Carling Cup : Manchester United vs Middlesbrough Highlights

....................readmore

Hero2004 Blog

Carling Cup : Liverpool vs Crewe Alexandra Highlights

....................readmore

Hero2004 Blog

Carling Cup : Arsenal vs Sheffield United Highlights

....................readmore

Hero2004 Blog

Senarai penuh cabinet baru 2008..latest update on 23hb Sept 2008

Assalamualaikum.

Lama tidak menulis....banyak keje...kerana aku ada sikit blur..utk lepas tension aku menulislah setelah diminta hj mbong..

Pertama tentang fekah solat jemaah..(terlupa pebuatan sunat)

1. jika imam telah bangun melepasi tahap rukuk masa rakaat kedua (terlupa baca tasyahud awal) ia akan terus berdiri walaupun makmum kata subhanallah.

Pada masa ini makmum wajib bangun meninggalkan tasyahud awal. Jika makmum

Baca juga tasyahud awal maka BATAL lah solatnya. Imam boleh sujud sawi atau tidak..jika imam sujud sawi maka wajib makmum sujud sawi.

2. Imam terlebih buat rukun.

Umpamanya masa rakaat akhir imam terus bangun lupa tasyahud akhir, wajib bagi makmum duduk tasyahud akhir tunggu imam duduk balik...kalau makmum ikut

Jugak bangun maka BATAL solatnya. Jika imam terus baca fatihah dan meneruskan rakaat ke5 maka wajib baginya mufarokoh dan terus baca tasyahud dan beri salam. Begitu juga jika berlaku utk solat 2 rakaat.

Masuk bab politik menubuh kerajaan baru...bagi aku insyallah tapi kebarangkalian aku letak 60-40..nak sangat BN tumbang tapi Islam memandu.

Kelmarin DSAI adakan penjumpaan tertutup 6 mata dgn TGNA dan TGHH

Ini kerana PAS berterusan memberi peringatan "Jika Islam tidak memandu

Dlm kerajaan ini, pas tidak akan menyertai kerajaan ini" bermakna

Pilot dan co pilot adalah orang islam dan Pas mesti diberi peluang memandu atau pembantu pemandu. Kita tak mahu meruntuhkan jahiliah dan membila kerajaan jahiliah juga. Peringatan ini telah diberi kepada DSAI sejak bulan april lalu selepas dewan ulama pas membuat analisa keputusan PRU12 dengan

Mengambil kira hipotesis sejarah sejarah yang telah berlaku di negara2

Umat islam yang lain terutama di palestin dan lubnan.

Contoh yg jelas adalah PROTES baru ini...Nasib baik pemuda pas/unit amal boikot majlis itu...TAPI dosa dan pahala siapa nak tanggung???. ..PROTES yg tidak mahu mendengar pandangan pas...itu baru program kecil..

DSAI memang tersepit kerana pas nak memandu dan dap pun mesti ada agenda dia? Mungkin tuntut kontrak social yang melampau dan bukan-bukan (ini adalah andaian aku sebab didalam ini ada org kata kalau nak buat islam langkah mayat dia dulu.)

Didalam pas pun kini unsur unsur ANWARISME telah berkembang dengan pesatnya.

Tetapi aku tetap ingat pesan presiden "semua ahli pas diingatkan agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan usaha membentuk kerajaan baru sehingga sanggup mengenepikan ideologi parti untuk menubuhkan sebuah negara islam"

Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa menyampaikan Ceramah Nuzul Quran Dan Penjelasan Isu 16 September di Kompleks PAS Kedah, di sini semalam.

"Sekarang kita dalam usaha membuat perubahan walaupun disebut 16 September, sudah lepas 16 September hari ini. Walaupun sudah lepas, tetapi kita berusaha hendak buat perubahan, perubahan untuk menukar kerajaan.

"PAS akan menyertai perubahan kerajaan ini dengan syarat. Syaratnya ialah kerajaan ini mestilah dipandu oleh Islam. Dipandu oleh orang-orang Islam. Ini syarat yang dikenakan oleh PAS," tegas beliau yang disambut dengan laungan takbir.

Menurut beliau, jika syarat ini tidak dipenuhi, PAS tidak akan menyertai perubahan tersebut. Pun begitu, katanya, sehingga hari ini PAS melihat tanda-tanda awal bahawa syarat itu hendak diterima.

"Tetapi kalau syarat itu tidak diterima, kita teguh dengan prinsip. Kita minta pengikut-pengikut PAS setia dengan perjuangan. Ikut arahan, jangan lari dari jamaah biar apa sekalipun berlaku. Ini tanggungjawab dan kewajipan," tegasnya.

Kita redha orang tak pilih kita kerana kita buat islam...

Kita berjuang bukan untuk memang atau buat kerajaan dengan bersekongkol dengan anasir anasir maksiat tapi kita berjuang mencari kerehaan Allah...

Insyallah tidak dizaman kita ..mungkin zaman anak cucu kita islam akan

Memerintah.. .itu janji Allah...

Akhir kata selamat merayakan eid fitri dan jangan lupa teruskan 6hari puasa syawal..seolah- olah puasa sepanjang tahun. "maaf zahir dan batin"

Tahun ni x cuti...lepas solat eidul fitri baru balik kg dan mari pulak sabtu...ahad keje...keje tengah menimbun. Takbir 3x

Semoga bernafaat.

REn
....................readmore

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.