Archives

Hero2004 Blog

Hadith : Mendahulukan Yang Kanan

Kategori : IBADAH Akidah

Tajuk :
Mendahulukan Yang Kanan

Hadith :

Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW lebih suka mandahulukan yang kanan dalam segala keadaan (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwudhuk dan mandi.”

(Muslim)

Huraian

Kanan adalah bahagian atau pihak yang berlawanan dengan kiri. Kanan menunjukkan makna yang baik. Oleh itu anggota kanan diutamakan dalam segala perkara yang dilakukan melainkan untuk mencuci kotoran atau najis di mana tangan kiri yang akan mengambil alih. Langkah kanan menunjukkan nasib yang baik atau keberuntung dalam sesuatu dan orang kanan menunjukkan orang yang penting atau orang yang tinggi keududukannya dari segi pangkat dan lain-lain. Memandangkan mulianya yang kanan daripada yang kiri maka Islam menyarankan kita agar mendahulukan anggota kanan termasuk ketika makan, minum dan mengambil serta memberi. Bahkan di akhirat kelak orang yang menerima buku amalnya melalui tangan kanan menunjukkan ia bakal menjadi penghuni syurga dan begitulah sebaliknya.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
....................readmore

Hero2004 Blog

Hadith : Bernazar Dengan Maksiat

Kategori : IBADAH Akidah

Tajuk :
Bernazar Dengan Maksiat

Hadith :
Dari Imran bin Hushain r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:”Tidak boleh melaksanakan nazar yang berupa maksiat dan tidak boleh orang melaksanakannya.”

(al-Bukhari)

Huraian

1. Nazar disyariatkan oleh Islam dan diharuskan untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT.
2. Perkara yang dinazar hendaklah merupakan perkara yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT di mana Islam tidak membenarkan umatnya bernazar dengan perkara yang telah diharuskan oleh syarak kerana perkara itu tidak membawa kepada pahala atau dosa bagi sesiapa yang melakukannya. Contohnya seseorang itu bernazar untuk makan, minum, tidur dan sebagainya.
3. Perkara yang dinazarkan juga janganlah terdiri daripada kewajipan yang memang telah diwajibkan seperti bernazar untuk mengerjakan puasa di bulan Ramadhan dan sebagainya.
4. Islam juga melarang kita bernazar dalam perkara yang makruh atau diharamkan seperti membunuh, berzina dan sebagainya. Ini adalah kerana bernazar untuk melakukan perkara makruh dan haram bukan lagi termasuk dalam perkara yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah malah perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah.
5. Selain itu adalah tidak sah hukumnya orang yang bernazar secara dipaksa.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
....................readmore

Hero2004 Blog

Riba

Kategori : IBADAH Akidah

Tajuk :
Riba

Hadith :
Dari Usamah bin Zaid r.a, katanya Nabi s.a.w bersabda:”Sesungguhnya riba itu boleh berlaku pada jual beli secara hutang (kredit).”

(Muslim)

Huraian
Firman Allah yang bermaksud:”Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa” (al-Baqarah:276)

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
....................readmore

Hero2004 Blog

[Hero2004] RM100

....................readmore

Hero2004 Blog

[Hero2004] Berat

....................readmore

Hero2004 Blog

Kebaikan Membanyakkan Selawat

Kategori : AKIDAH Tauhid Iman

Tajuk :
Kebaikan Membanyakkan Selawat

Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang disebelah kanan: "Tunggu dahulu;" lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja."

Abu Umamah r.a

Huraian
Pengajaran hadith:

i) Setiap manusia diberikan dua malaikat. Setiap satu berada di kanan dan di kiri bagi menulis segala amal yang dilakukan.
ii) Malaikat yang berada di sebelah kanan bertugas mencatat amal kebaikan serta menjadi ketua kepada yang di sebelah kiri di mana yang berada di sebelah kiri bertugas mencatat amal yang jahat.
iii) Disebabkan luasnya rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T terhadap hamba-Nya maka setiap satu kebaikan ditulis oleh malaikat dengan sepuluh kebajikan. Sebaliknya bagi setiap amal yang jahat ditulis dengan satu kejahatan sahaja.
iv) Setiap kejahatan tidak terus dicatat dosanya melainkan setelah diberi tempoh enam atau tujuh jam (dengan arahan malaikat yang di sebelah kanan). Sekiranya manusia itu beristighfar dan sempat bertaubat dalam tempoh waktu tersebut maka kejahatan itu tidak akan ditulis dalam daftar amalnya.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
....................readmore

Hero2004 Blog

Hadith : Sifat perikemanusiaan

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Hadith :
Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Rasulullah s.a.w melarang perbuatan melagakan binatang.”

(Tirmidzi dan Abu Daud)
Huraian
1. Haiwan juga adalah makhluk Allah yang juga mempunyai perasaan. Berbuat baik terhadap haiwan walaupun seekor anjing yang dipandang jijik adalah satu kebajikan dan mendapat pahala.
2. Kita dikehendaki mengasihani binatang. Jangan menyiksa binatang dengan apa cara sekalipun. Pernah disebutkan bahawa seorang perempuan yang kuat beribadah dimasukkan ke dalam neraka hanya disebabkan seekor kucing yang dikurungnya hingga mati tanpa diberi makan dan minum. Ini menunjukkan bahawa perbuatan menzalimi binatang adalah suatu dosa dan mendatangkan laknat daripada Allah SWT.
3. Begitu juga keadaannya apabila hendak menyembelih, Islam menghendaki kita menyembelih binatang dengan cara yang paling baik iaitu menajamkan mata pisau agar dapat mengurangkan kesakitan. Manakala dalam hal membunuh binatang iaitu binatang yang menyakiti manusia atau yang menimbulkan bahaya kepada manusia kita hendaklah membunuhnya dengan cara tidak menyiksanya.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
....................readmore

Hero2004 Blog

Hadith : Beramal Dengan surah Al-kahfi

Kategori : IBADAH Akidah

Hadith :
Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” (al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)
al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi
Huraian
Dalam surat al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi, (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya'juj dan Ma'juj. Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah). Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai Hari Akhirat, seperti mana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa a.s yang banyak belajar daripada Khidr dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar. Semua ini perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam kerana apabila surat ini dibaca secara keseluruhannya akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan realiti semasa yang melalui yang tahap-tahap yang berbeza iaitu permulaan, perkembangan, dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan nabi Isa a.s sebelum kemunculan Hari kiamat.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
....................readmore

Hero2004 Blog

Hadith : Alangkah Ruginya!

Kategori : IBADAH Akidah

Hadith :
Kaab bin Ujrah menceritakan suatu kisah menarik daripada Rasulullah S.A.W di mana baginda bersabda:” Hampiri mimbar! Lalu kami semua menurutinya, ketika baginda melangkah ke tangga yang pertama baginda mengatakan:”Amin”. Apabila baginda melangkah tangga yang kedua baginda mengatakan:”Amin”, begitulah apabila baginda melangkah tangga yang ketiga. Lalu kami bertanyakan tentang maksud perbuatannya itu, baginda menjawab:”Aku didatangi Jibrail a.s mengatakan kepadaku:”Jauhlah (rugilah orang yang sempat dengan Ramadhan tetapi tidak mendapat pengampunan.” Aku pun menyahut dengan berkata:”Amin”. Di tangga yang kedua Jibrail mengatakan:”Jauhlah orang yang apabila disebut namamu (Muhammad) dia tidak mengucapkan selawat ke atasmu,” aku pun menyahut:”Amin.” Di tangga yang ketiga Jibrail mengatakan:”Jauhlah orang yang sempat dengan kedua-dua orang tuanya yang sudah uzur atau salah seorang mereka, tetapi mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga.” Aku pun mengatakan:”Amin.”

Huraian
Berapa ramaikah manusia hari ini yang bersyukur kerana diberi kesempatan atau peluang mendapat sesuatu nikmat atau rahmat. Lantas apabila peluang itu berlalu pergi mereka merasa menyesal dan ternanti-nanti peluang seterusnya. Dan berapa ramai pula orang yang langsung tidak menyedari peluang-peluang yang datang dan pergi pada mereka bahkan biarpun mereka menyedarinya, namun sedikitpun mereka tidak merasa kerugian atau terkilan kerana mensia-siakannya. Inilah sifat orang-orang yang disebutkan dalam hadith di atas. Sesungguhnya peluang untuk mendapat kebaikan itu sangat banyak bahkan ia wujud di mana-mana dan dalam setiap perkara. Cuma tabiat manusia yang tidak suka untuk melakukannya disebabkan hati dan fikiran mereka sudah dijajah oleh nafsu yang membuatkan hati mereka menjadi keras. Seharusnya kita hendaklah bersyukur apabila diberikan sesuatu peluang kerana tidak semua manusia diberikan kesempatan yang sama sebaliknya kita hendaklah merasa malu kepada Allah kerana gagal menggunakan peluang dan tawaran-Nya yang begitu berharga dengan sebaiknya.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
....................readmore

Hero2004 Blog

NationalGeographic : The First Bionic Eye

WARNING: This video contains graphic footage of eye surgery. Viewer discretion is advised. In 1949, Jo Ann Lewis began losing her sight to retinis pigmentosa, a degenerative disease that destroys light-detecting cells in the eye. Today, microelectronic implants have allowed her to recapture a vestige of vision.

....................readmore

Hero2004 Blog

HADTH : Menjauhi Tujuh Dosa Besar

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :
Menjauhi Tujuh Dosa Besar

Hadith :

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”

Riwayat Muslim

Huraian
1. Terdapat tujuh dosa besar yang dilaknat oleh Allah SWT terhadap sesiapa yang melakukannya iaitu:

i. Syirik kepada Allah- iaitu mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain seperti mempercayai perkara-perkara khurafat, memuja hantu syaitan dan sebagainya.
ii. Sihir
iii. Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar seperti untuk mempertahankan diri atau menegakkan hukum Allah (menjalankan hukuman keadilan)
iv. Memakan harta anak yatim
v. Memakan riba
vi. Lari dari medan pertempuran
vii. Menuduh perempuan yang suci melakukan zina.

2. Setiap mukmin hendaklah berusaha agar bebas dan selamat daripada melanggar hak saudaranya apalagi hak anak-anak yatim yang diamanahkan untuk dijaga dengan baik. Seseorang yang telah menghkianati amanah tersebut hendaklah ia mengembalikannya atau meminta untuk dihalalkan.
3. Orang yang telah melakukan dosa hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha dan meminta ampun kepada Allah kerana pintu taubat sentiasa terbuka sampai terbitnya matahari dari barat.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
....................readmore

Hero2004 Blog

Greeting 2010

Dear friends

HAPPY NEW YEAR "2010" - May the new year be more prosperous, happier, better, healthier, tougher, kinder, nicer, brighter, serene, solemn, good and everything better then previous years ... Take care and be good !!!

BE GOOD - DO GOOD - THINK GOOD - FEEL GOOD - LIVE GOOD : for 2010 !!!

AjiMbong
....................readmore

Hero2004 Blog

X-Fail: Persoalan yang belum terjawab

Dec 29, 09 10:01pm

Rakyat Malaysia menunggu ketibaan 2010 mengharapkan jawapan kepada isu-isu yang belum selesai tahun ini. Berikut adalah 10 kes sepanjang 2009 yang belum selesai. Namun mungkin masih ada lagi yang tidak tersenarai di sini.

Nasib Anwar bergantung pada bicara liwat 11

Awal bulan ini, parti komponen Pakatan Rakyat memperkukuhkan lagi kerjasama antara mereka dengan mempersetujui satu rangka dasar bersama.Dengan mengetepikan ideologi politik, pakatan PKR-DAP-PAS telah berjaya duduk semeja untuk mengenal pasti bidang-bidang kerjasama dalam usaha untuk menawan Putrajaya dengan teraju Datuk Seri Anwar Ibrahim.Bagaimanapun, masa depan Pakatan masih dilindungi awan gelap kerana Anwar sendiri berdepan dengan perbicaraan kes liwat - bagi kedua kalinya.Ia sepatutnya perbicaraan terbesar 2009, tetapi ia tidak berlaku selepas ketua pembangkang itu memfailkan cabaran demi cabaran di mahkamah terhadap tuduhan tersebut.Ketua umum PKR itu memfailkan banyak permohonan - daripada memohon mendapatkan tambahan maklumat, kepada permohonan untuk membatalkan tuduhan tersebut. Namun, penghakimannya tidak memihak kepada beliau.Perbicaraan liwat tersebut dijadual bermula pada 25 Januari ini dan ditetapkan berjalan selama sebulan. Apakah Anwar akan merengkok di penjara untuk kedua kalinya? Dan apakah yang akan terjadi kepada Pakatan jika itu menjadi kenyataan?

GST dan sumber minyak yang semakin kehabisan

Kerajaan dalam keadaan terdesak untuk memperolehi sumber kewangan tambahan selain daripada hasil sumber minyak dan cukai pendapatan. Petronas menyumbangkan 40 peratus daripda bajet negara sejak sekian lamanya tetapi keadaan ini mungkin terjejas kerana negara semakin kehabisan sumber itu diterokai.Daripada 12 juta rakyat yang berkerja, hanya 1.8 peratus - atau 15 peratus sahaja - yang membayar cukai pendapatan. Yang lainnya berpendapatan rendah dan tidak perlu membayar cukai. Ekoran keputusan kerajaan mengurangkan cukai korporat daripada 40 peratus pada 1988 kepada 28 peratus sekarang, maka pengenaan cukai baru teramat diperlukan.Maka munculkan cukai barangan dan perkidmatan (GST), yang dikatakan pada kadar 4 peratus dan bakal menghasilkan pendapatan tambahan RM1 bilion kepada kerajaan. Tapi kerajaan memerlukan tambahan kewangan lebih daripada RM1 bilion untuk menampung kekurangan kutipan cukai, maka GST dijangka meningkatkan pada masa akan datang. Penentang GST berhujah bahawa ia menguntungkan golongan kaya kerana ia akan memindahkan beban membayar cukai kepada rakyat biasa. Daripada memperkenalkan cukai baru itu, mereka menyarankan supaya kerajaan menangani pembaziaran dengan mempertingkatkan usaha membanteras rasuah dan memperkenalkan tender terbuka untuk projek kerajaan.Sementara itu, kerajaan pula mensasarkan 5 peratus pertumbuhan GDP tahun depan selepas ia mengecut 3 peratus pada 2009. Bagi setengah pihak, kadar kita dianggap sebagai terlampau tinggi.Di tengah-tengah kejatuhan jumlah pelaburan asing dan juga daya saingan negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan satu model ekonomi baru Februari depan.Bagaimanapun, masalah paling ketara yang dihadapi Najib ialah berhubung pelaksanaan GST, yang akan dibahaskan dalam sidang parlimen Mac depan. Bagi rakyat Malaysia, persoalannya ialah berapa banyak yang perlu mereka bayar nanti.

Kes pita Lingam ditutup, atau bagaimana?

Wujud pengharapan bahawa bidang kehakiman akan dipulihkan dengan pelantikan ketua hakim negara yang baru, Tun Zaki Azmi, dan kelulusan rang undang-undang pelantikan kehakiman.Tetapi ianya meleset selepas ujian pertamanya - krisis perlembagaan negeri Perak. Ini diikuti dengan kes saman Tan Boon Wah terhadap SPRM serta permohonan-permohon on yang difail Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan kes liwatnya. Manakala Mahkamah Tinggi sering membuat penghakiman yang memihak kepada Pakatan, tetapi mahkamah lebih tinggi lemudiannya menolaknya.Lebih buruk lagi ialah nampaknya tiada sebarang tindakan diambil ekoran pendengaran suruhanjaya diraja mengenai kes pita Lingam.Suruhanjaya tersebut telah mengesyorkan tindakan diambil terhadap enam individu - mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas ketua hakim negara Tun Ahmad fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin, peguam kanan Datuk VK Ligam, setiausaha agung Amno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor dan ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan.Setahun kemudiannya, pihak berkuasa masih belum dapat memutusakan sama ada akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit. Malah gesaan peguam terkemuka Karpal Singh kepada peguam negara supaya memberinya 'perintah' untuk mendakwa Lingam, juga tidak mendapat sebarang respons.Ketika kita melangkah ke tahun 2010, janganlah diharapkan sangat akan usaha-usaha untuk memulihkan kebebasan kehakiman.

Tidak ketentuan PAS dan Nik Aziz

Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah berjaya menyatukan pelbagai puak dalam PAS. Menteri besar Kelantan ini - yang sering membuat kenyataan-kenyataan yang kontroversi - menjadi asas kekuatan PAS. Tapi kini ianya tidak lagi.Kemenangan besar dalam pilihanraya umum 2008 telah memecahkan parti itu kepada dua kumpulan - dengan Nik Aziz menyokong kuat Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan satu lagi kumpulan yang pro-amno.Kumpulan pro-Amno yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama penyokong setianya, Datuk Dr Hasan Ali, telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan parti anggota Pakatan ekoran idea mereka untuk menubuhkan 'kerajaan perpaduan' dengan Amno.Dan keadaan menjadi semakin sukar apbaila Nik Aziz berdepan dengan isu-isu peribadi. Beliau telah dituduh mengamalkan kronisme dengan melantik menantunya, Abdul Ariffahmi Ab Rahman mengenai sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri.Dan pada masa ini pun, kumpulan penyokong Nik Aziz sendiri - yang digelar sebagai kumpulan 'Erdogan' - turut menjauhkan diri daripadanya. Malah, anak buah Nik Aziz yang paling menonjol, Datuk Husam Musa, juga dikatakan tidak lagi sekuat dulu menyokong Tok Guru.Ketika semua mata tertumpu ke Selangor - yang dikatakan menjadi sasaran kedua BN selepas berjaya merampas Perak - tetapi pergolakan pula berlaku di Kelantan.Bagaimanapun pergeseran itu akan diselesaikan, turut menentukan bukan sahaja masa depan politik PAS, tetapi juga Amno.

Bolehkah BN pulih?

Ekoran prestasi buruknya dalam pilihanraya umum 2008, Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan perubahan dan pembaharuan untuk memulihkan sokongan rakyat terhadap BN.Isu rasuah terus menjadi duri dalam daging bagi Najib dengan ramai pemimpin Amno yang dicemari isu rasuah masih terlepas daripada tindakan. Walaupun Najib berikrar untuk membersihkan Amno dengan menggugurkan sistem kuota pencalonan untuk menangani gejala politik wang, tetapi usaha yang lebih besar lagi diperlukan untuk membanteras rasuah.Sementara itu, parti komponen BN - MCA dan MIC - pula dilihat tidak mengendahkan gesaan Najib supaya melakukan pembaharuan. Kegagalan BN itu telah disimpulkan oleh ketua Pemuda Amno, Khairy Jamaluddin bahawa parti-parti komponen BN tidak lagi berkongsi mimpi yang sama.Sementara itu, usaha Najib untuk memupuk sebuah kerajaan yang telus juga berdepan dengan masalah penyelewengan dan penyalahgunaan dana rakyat yang masih gagal ditangani. Begitu juga dengan tindakan susulan terhadap laporan ketua audit negara dan jawatankuasa kira-kira awam.Pengumuman mengenai Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tidak akan dapat menarik rakyat rakyat sekiranya inisiatif tersebut tidak mampu mengangkat perkhidmat awam yang dipenuhi dengan 'Napoleon kecil'.Keazaman politik adalah penting bagi Najib untuk membuktikan bahawa ikrar yang dibuatnya bukan semata-mata retorik tetapi keazaman yang bersungguh-sungguh untuk memulihkan parti yang sudah lemah, ke balik kepada kegemilangannya. Tetapi apakah beliau miliki apa yang diperlukan untuk mencapainya?

Apakah sebenarnya '1Malaysia'?

Setiap kali perdana menteri baru dilantik, masing-masing menjanjikan pembaharuan, urustadbir dan negara Malaysia yang lebih baik.Najib memulakan pentadbirannya dengan berulangkali menyeru kepada sebuah negara Malaysia yang bersatu padu, kali ini melalui platform yang digelar '1Malaysia'. Selepas lapan bulan berlalu, namun masih tidak jelas apakah yang Najib maksudkan dengan '1Malaysia'.Sejak ucapan sulungnya sebagai perdana menteri, Najib memperagakan banyak slogan, agaknya ciptaan firma antarabangsa Apco Worldwide yang diupah untuk menggilap imejnya.Tetapi musuh utama 1Malaysia ialah akhbar harian milik Amno Utusan Malaysia - yang terus menerus menyiarkan artikel-artikel yang berunsur rasis, sesetengahnya telah melabelkan rakyat India Malaysia sebagai 'keling' - satu istilah yang dianggap berunsur menghina.Yang terbaru ialah isu Biro Tatanegara (BTN) yang turut mencetuskan kontroversi apabila ahli parlimen kerajaan dan pembangkang, menggesa supaya ianya dimansuhkan. Bagaimanakah '1Malaysia' ini dapat disesuaikan dengan slogan 'Ketuanan Melayu' dan hak keistimewaan orang Melayu, masih belum dapat dilihat. Atau ianya satu lagi percubaan sinis untuk menyesuaikan mesej yang berbeza kepada penonton yang juga berbeza?

PAS berpecah kerana 'kerajaan perpaduan'

Idea mengnai 'kerajaan perpaduan' dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Mac lalu tetapi ia menerima tentangan hebat daripada pemimpin parti tersebut, terutama mursyidul amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.Menteri besar Kelantan itu menyalahkan 'pemimpin bermasalah' seperti timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali dan pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali kerana berterusan mengadakan perbincangandengan amno berhubung idea penubuhan kerajaan perpaduan itu.Beliau menuntut supaya PAS mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi menyingkirkan pemimpin yang bermasalah itu dan menggantikan Abdul Hadi sebagai presiden parti. Hadi menjawab dengan mengatakan bahawa parti itu telah menutup pintu kepada idea kerajaan perpaduan.Nik Aziz juga menghentam Nasharuddin dan menggesanya keluar parti dan menyertai Amno kerana menyokong perbincangan dengan parti lawan itu. Nasharuddin sebelum itu mengekalkan jawatan timbalan presiden selepas berdepan cabaran dari naib presiden Datuk Husam Muda dan Mohamad Sabu.Pemilihan tersebut menyaksikan pertembungan antara kumpulan liberal dan fundamentalis untuk menguasai parti tersebut.Pertembungan antara kumpulan Erdogan dan konservatif dijangka akan berterusan. Dan pastinya Amno sedang menunggu peluang untuk mengambil kesempatan daripada perpecahan dalam PAS itu.

Hilang: RPK dan PI Bala

Tidak lama selepas menduduki kerusi perdana menteri, Najib sekali lagi berdepan dengan dakwaan oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang kemudiannya hilang selepas membuat dua akuan sumpah kontroversi tahun lalu.Bala muncul semula tahun ini dengan satu lagi dakwaan bahawa dia ditawarkan RM5 juta oleh adik lelaki Najib - Datuk Nazim - supaya menarik balik akuan bersumpahnya yang mengaitkan perdana menteri dengan Altantuya Shaariibuu.Umum menanti rekasi daripada Najib dan adiknya itu tetapi perdana menteri hanya menolak dakwaan itu sebagai "semberono' manakala bagi Nazim pula 'tiada apa yang hendak dikatakan'.Namun, umum masih berminat untuk mengetahui apakah yang sebenarkan berlaku dan sama ada Bala bercakap bdenar atau semuanya hanyalah satu imaginasi sahaja.Penulis blog kontroversi Raja Petra Kamarudin juga menghilangkan diri awal tahun ini ekoran beberapa kes mahkamah terhadapnya kerana mengaitkan beberapa orang ternama, termasuk isteri perdana menteri - Rosmah - dengan kes Altantuya.RPK dipercayai berada di London tetapi terus aktif menulis dalam blognya - Malaysia Today. Keduanya - RPK dan Bala - terus menjadi duri dalam daging bagi Najib.

Disebat atau tidak?

Isu agama dan isunpertukaran agama sekali menjadi tajuk berita tahun ini. Mahkamah Syariah Pulau Pinang membuat keputusan yang mengejut banyak pihak, apabila membenarkan seorang wanita keluar Islam pada bulan Mac. Manakala ada juga pihak yang menganggap bahawa hak kebebasan beragama akhir dihormati.Bagaimanapun, tidak sampai dua bulan kemudiannya, Indira Gandhi memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk membatalkan pertukaran agama suaminya K Pamananthan dan tiga anak mereka, kepada Islam. Isu itu sampai ke peringkat parlimen bahawa mereka akan mengkaji kes-kes pertukaran agama anak-anak, tetapi tiada langkah konkrit diambil berhubung Akta (Pembaharuan) Perkahwinan.Kemudian berlaku pula kes Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengambil mayat pengarah filem Mohan Singh untuk dikebumikan secara Islam kerana dia didakwa telah memeluk Islam. Mahkamah Shah Alam memutuskan dia seorang Islam.Dan kes membabitkan seorang model Kartika Seri Dewi Shukarnor, 32, turut menggemparkan negara apabila dia dihukum enam kali sebat dan didenda RM5,000 kerana minum arak di khalayak ramai. Dan keadaan menjadi bertambah gempar apabila dia sendiri bersetuju untuk dihukum sebat dan menolak sebarang bantuan daripada NGO dan aktivis hak wanita.
Pada bulan November, seorang surirumah S Banggarma mendakwa bahawa pihak agama negeri telah menukar agamanya kepada Islam sewaktu dia masih kanak-kanak ketika ditempatkan di sebuah rumah kebajikan di Kepala Batas.Juga cadangan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali supaya diharamkan alkohol turut menimbul rasa tidak senang di kalangan bukan Islam.Akhir sekali, masyarakat digemparkan dengan berita penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin kerana didakwa berceramah di Selangor tanpa tauliah.Perkara seumpama ini tidak akah berakhir. Mungkin ada lagi yang akan berlaku tahun depan.

Masih tiada keadilan untuk kaum Penan

Lapan bulan selepas berakhirnya masa mengumpulkan maklumat, laporan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dikeluarkan September lalu, akhirnya mengesahkan laporan berita bahawa berlaku eksploitasi seks oleh pekerja balak ke atas masyarakat Penan.Tetapi sejak itu, tiada seorang pun yang diseret ke muka pengadilan, manakala mereka yang menjadi mangsa diugut supaya tutup mulut.Bagi memburukkan lagi keadaan, kerajaan negeri Sarawak berulangkali menafikan perkara itu berlaku dan menyifatkan laporan tersebut sebagai satu "pembohongan" oleh NGO.Pasukan polis yang masuk untuk mengumpulkan bukti-bukti lanjut mengenai dakwaaan wanita Penan dirogol itu, tetapi balik dengan tangan kosong.Malah, sehingga inipun tiada apa yang dilakukan untuk menjamin keselamatan masyarakat Penan, apatah lagi kanak-kanak, yang terus terdedah kepada eksploitasi seks kerana lori balak merupakan satu-satunya cara untuk mereka ke sekolah.
....................readmore

Hero2004 Blog

2010

2009 sudah sampai ke penghujungnya dan akan melabuhkan tirainya
dengan deretan peristiwa dan kenangan.
2010 pasti akan menjelma dengan seribu harapan dan kemungkinan.

Sekalung bunga sebagai tanda terimakasih kepada semua warga Hero2004
dan Bersyukur kehadrat Ilahi,
Walaupun kita semua sibuk dengan tugasan harian dan keluarga,
Masih ada sedetik masa untuk kita semua disini.

Hero2004 dilahirkan pada Disember 2004.
Hari ini sudah hampir 5 tahun kita disini senyum ketawa, bergembira, bersedih, bergurau senda,
Meluah pendapat, bercanggah pendapat dan sebagainya.
Semoga kemesraan ini berkekalan dan kemanisannya senantiasa disanubari kita semua.

Cadangan Perjumpaan Hero2004 untuk 2010 :
1. Al-Rawsha KL usul AjiMbong
2. Kerteh usul AjiMbong
3. Trip to Kenyir usul AjiYaya
4. Hari Raya Gathering
5.
6.
7.

Dibuka untuk cadangan dan berbincangan. ...

Nota :
1. 2010 = 40 tahun = TNI, AMN, MRAK...
2. Kepada yang menanti kedatangan orang baru (AMN dan AjiYaya) semoga semua selamat...
3. Lampiran gambar Al-Rawsha dan Peta Kenyir.

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA....







....................readmore

Hero2004 Blog

Hadith : Sabar

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :
Sabar

Hadith :

Daripada Abu Malik al-Harith bin A`sim al-Asya`ri r.a , katanya, telah bersabda rasul s.a.w , “kesucian zahir dan batin sebahagian daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi, sembahyang sebagai cahaya, sedekah pula bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu atau atasmu dan setiap manusia dipagi lagi ada yang menjual dirinya ( memelihara diri daripada siksaan Allah) dan ada juga yang membinasakan dirinya sendiri ( tidak ingin keredaan Allah)

Riwayat Muslim

Huraian
1. Hadis ini menerangkan kelebihan darjat dan hikmat mengerjakan amal kebersihan , menunaikan solat, memberi sedekah, bersifat sabar, membaca al-Quran dan membanyakkan tasbih dan tahmid.
2. Tiap-tiap perbuatan itu masing-masingnya memperolehi balasan dari Allah mengikut apa yang dikerjakannya
3. Didalam perjuangan kehidupan, manusia biasanya berhadapan dengan keuntungan dan kerugian atau kemuliaan dan kecelakaan. Ketika berhadapan dengan kerugian atau kecelakaan yang merupakan dugaan bagi manusia, ketika itu hendaklah diterima dan dihadapi dengan penuh kesabaran kerana manusia telah dijanjikan bahawa Allah bersama orang-orang yang sabar.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
....................readmore

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.