Archives

Hero2004 Blog

Hadith : Sabar

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :
Sabar

Hadith :

Daripada Abu Malik al-Harith bin A`sim al-Asya`ri r.a , katanya, telah bersabda rasul s.a.w , “kesucian zahir dan batin sebahagian daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi, sembahyang sebagai cahaya, sedekah pula bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu atau atasmu dan setiap manusia dipagi lagi ada yang menjual dirinya ( memelihara diri daripada siksaan Allah) dan ada juga yang membinasakan dirinya sendiri ( tidak ingin keredaan Allah)

Riwayat Muslim

Huraian
1. Hadis ini menerangkan kelebihan darjat dan hikmat mengerjakan amal kebersihan , menunaikan solat, memberi sedekah, bersifat sabar, membaca al-Quran dan membanyakkan tasbih dan tahmid.
2. Tiap-tiap perbuatan itu masing-masingnya memperolehi balasan dari Allah mengikut apa yang dikerjakannya
3. Didalam perjuangan kehidupan, manusia biasanya berhadapan dengan keuntungan dan kerugian atau kemuliaan dan kecelakaan. Ketika berhadapan dengan kerugian atau kecelakaan yang merupakan dugaan bagi manusia, ketika itu hendaklah diterima dan dihadapi dengan penuh kesabaran kerana manusia telah dijanjikan bahawa Allah bersama orang-orang yang sabar.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
....................readmore

Hero2004 Blog

Antara Kesilapan Dan Takdir

JODOH pertemuan, ajal dan maut semuanya tergenggam dalam tangan Tuhan. Ia
merupakan takdir Allah s.w.t. Ia telah ditetapkan demikian. Tidak boleh
dipercepatkan atau ditangguhkan walaupun sesaat. Itulah kehebatan Allah.

Kita sebagai hamba-Nya harus menerima dengan penuh redha atas apa yang
berlaku. Anggap dan terimalah sesuatu yang ditakdir itu penuh dengan hikmah
yang tersirat yang bukan mudah untuk kita selongkari.


Begitulah juga dengan tragedi malang, kemalangan mengeritkan yang berlaku
ke atas bas Sani ekspress dua tingkat di lebuh raya Utara – Selatan pagi
semalam. Kejadian itu ia sudah ditetapkan berlaku demikian. Adapun punca
kejadian itu kerana pemandu terlelap adalah isbatnya sahaja.

Walaupun kita tidak berpuas hati dan kesal kerana isbat manusia itu, namun
itulah ketentuan dari Maha Pencipata dan Penguasa.

Kesemua mereka yang maut dalam kemalangan itu sudah ditetapkan sejak
diazali lagi. Bahawa mereka akan kembali menemui penciptaan-Nya dalam
keadaan seperti itu pada tempat, masa dan hari berkenaan.

Kepada keluarga mangsa harusnya menerima dengan penuh tabah dan keredhaan.
Tiada ucapan seaman itu untuk mereka. Kata orang berat mata menadang berat
lagi bahu memikul. Tahziah.

Bagaimana pun demikian ketetapan Allah kita tidak boleh menerima begitu
saja tanpa memikirkan kesan, akibat serta mencari punca-punca kelemahan
manusia bagi mengatasinya. Setiap kejadian harus diambil iktibar agar ia
tidak mudah berulang. Kalau sesuatu kejadian itu tidak dijadikan iktibar
nescaya ia akan berulang dan berulang.

Yang pastinya kejadian itu kerana kelemahan dan kelalaian manusia.
Selalunya kesilapan akan berlaku kerana kelemahan manusia. Jika manusia
berhati-hati dan waspada kesilapan boleh dikurangkan kalaupun tidak boleh
dielakkan langsung kerana sudah tertakdir begitu.

Kelemahan ini boleh diatasi. Kerana itu kita disarankan agar berdoa,
berikhtiar bagi mendapat sesuatu dan meloloskan diri kita dari apa jua
kecelakaan. Apakah kalau kita berdoa apa yang ditetapkan itu akan
tertangguh? Bukankah sesuatu kejadian itu telah ditetap sejak azali lagi?

Soal tertangguh atau tidak itu kerja Allah s.w.t. Kita makhluk yang kena
jadi diminta berbuat demikian. Kita tertakluk dalam kehendaknya. Dia suruh
kita berusaha, meminta dan berikhitar tentulah ada muslihat baginya. Sama
ada ianya mendatangkan hasil atau tidak, itu soal lain. Sebab itu setelah
berdoa, berikhtiar kita diminta pula berserah (tawakal) kepadanya.

Mengenai kemalangan ngeri di kilometer 272.8 lebuh raya Utara – Selatan itu
ia boleh dielakkan kalau pemandu itu tidak terlelap. Dia tidak letih dan
tidak mengatuk. Di sini kesihatan, kewarasan dan kebijaksanaan pemandu
mengawal diri adalah penting dalam berjihad dan berkebajikan membawa bas.

Begitu juga dengan ciri-ciri keselamatan lain. Kalau kita berakal, bijak
berikhitar dan berusaha mengelak kemalangan mungkin ia boleh diatasi.
Takdir Allah tidak sesiapa yang tahu. Tetapi akal kita boleh menjangkau apa
yang harus kita lakukan menerusi pengalaman, sejarah dan kejadian-kejadian
lampau.

Misalnya, kalau pagar jalan itu dibina tinggi atau pun diganti dengan
tembok, mungkin keadaan yang menimpa bas itu tidak akan berlaku sekejam
itu. Besi penghadang jalan itu tidak akan merodok ke dalam perut bas yang
boleh memenggalkan kepala dan memburaikan isi perut penumpang.

Besi penghalang yang ada di lebuh raya kini umpama peluru atau anak panah
yang siap menanti untuk menikam pemandu lalai dan leka. Ia akan memancung
kepala sesiapa saja. Adalah adil kalau ia memancung kepala pemandu yang
liar, tidak mematuhi isyarat lalu lintas, tetapi malangnya ia kadang-kadang
mengorbankan penumpang yang tidak berdosa yang sedang lena tidur.

Begitu juga harus difikir penggunaan bas dua tingkat. Mungkin ianya tidak
stabil dan sesuai dengan keadaan lebuh raya kita yang berbinggul-binggul
dan tidak sekata. Mungkin Jabatan Pengkutan Jalan (JPJ) dan pihak berwajib
lain boleh membuat kajian mengenai tahap keselamatan bas berkenaan. Kita
tidak seharusnya bermegah dengan kehebatan rupa bentuk bas tetapi yang
lebih penting ialah keselamatannya. Penumpang menggunakan perkhidmatan
bukan untuk bersantai tetapi untuk tiba ke destinasinya.

Aspek-aspek lain ialah mengenai penguatkuasaan daripada pihak polis dan
juga jabatan pengakutan jalan raya. Penguatkuasaan hendaklah berterusan dan
bukan bermusim pada musim perayaan sahaja. Polis trafik seharusnya bukan
kerja memerangkap untuk menyaman tetapi bertindak sebagai penegur, tampil
secara fizkial dijalan raya dan nasihat terus pemandu yang liar.

Begitu juga dengan warga pemandu bas dan pengguna jalan raya seluruhnya.
Mereka harus memandu atau mengguna jalan raya umpama mereka sedang meniti
satu titian halus yang panjang. Anggaplah memandu sebagai satu cabaran
besar yang meletakkan nyawa sebagai sandaran.

InsyaAllah kalau kita berusaha keras, berikhtiar menjaga keselamatan,
kematian yang begitu rapuh seperti berlaku ke ata penumpang bas Sani
ekspress itu dapat dielakkan.
Akhirnya sekali lagi TAKZIAH kepada seluruh keluarga penumpang yang maut.
Marilah kita berdoa semoga kejadian itu tidak akan berulang dan ia
merupakan penamat dan penutup kepada tahun 2009, dan kejadian ngeri begitu
tidak lagi berlaku selamanya.

Kita wajib berdoa!

wm.kl 9:55 am 27/12/09]
Posted by mso.im at 9:55:00 AM
....................readmore

Hero2004 Blog

Santai - Amir

....................readmore

Hero2004 Blog

Cadangan tukar logo dacing BN

Cadangan tukar logo dacing BN
Dec 28, 09 2:26pm
Bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencadangakan agar BN merintis usaha penjenamaan semula termasuk memperkenalkan logo baru yang lebih menarik serta mempunyai ciri-ciri dan pengertian gagasan 1Malaysia.

Dalam proses penjenamaan semula itu untuk mendekatkannya dengan hati rakyat, Barisan Nasional hanya perlu "dipasarkan" dengan singkatan BN saja, katanya dalam laman webnya www.keruak.com.

Salleh, yang juga timbalan pengerusi Badan Perhubungan Amno Sabah, berkata penjenamaan BN itu amat penting kerana dalam suasana politik sekarang, rakyat sudah mempunyai pilihan, iaitu satu komponen BN dan satu lagi Pakatan Rakyat.

Untuk memastikan BN terus unggul dan relevan, beliau juga mencadangkan agar ia mewujudkan sistem keahlian secara terus.

"Menerusi kaedah baru ini, mereka yang komited atau minat dengan BN dan dasar serta pemimpinnya, tetapi tidak menyukai parti-parti komponen tertentu kerana terlalu banyak politiking, akan dapat terus bersama kita," kata Salleh.

Namun, katanya, cadangan itu memerlukan perincian lanjut dengan mengambil kira sistem dan perlembagaan dalam BN. BERNAMA
....................readmore

Hero2004 Blog

Hadith : Menjauhi Daripada Bisikan Syaitan

Kategori : AKIDAH Usuluddin

Tajuk :
Menjauhi Daripada Bisikan Syaitan

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”

Riwayat Bukhari Dan Muslim

Huraian
1.Lintasan hati tidak akan memudaratkan iman yang ada pada seseorang.
2.Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Oleh itu sebarang bisikan yang menafikan segala kesempurnaan Allah wajib disanggah agar seseorang itu bebas daripada kesesatan yang meracuni akal fikirannya.
3.Kemungkaran dan kemaksiatan adalah jalan yang memandu manusia ke arah kesesatan. Ia merupakan perangkap syaitan dan Iblis yang mahukan manusia tergolong sebagai makhluk yang menderhaka seperti mereka.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
....................readmore

Hero2004 Blog

2x5

....................readmore

Hero2004 Blog

Hadith : Menutup Mulut Apabila Menguap

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :
Menutup Mulut Apabila Menguap

Hadith :

Dari Abu Sa’id al-Khudri, dari bapanya r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulutnya kerana syaitan dapat masuk.”

(Muslim)

Huraian
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (dengan mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu yang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan. (Muslim)

Dari Abu Said Al-Khudri r.a dari Nabi saw ia bersabda:
“Jika ada di antara kamu menguap, tutuplah mulutmu kalau-kalau syaitan masuk..(Abu Dawud]

Terdapat beberapa hadith lain lagi yang berkisar perihal menguap dan adab-adabnya. Dan kesemua hadis-hadis tersebut membawa kepada satu makna, iaitu Islam tidak suka seseorang menguap tanpa menutup mulut apatah lagi ketika sembahyang.


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
....................readmore

Hero2004 Blog

MalaysiaKini : Harga minimum rokok RM6.40 Jumaat ini

Dis 27, 09 1:49pm

Mulai Jumaat ini harga minimum rokok ditetapkan RM6.40 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau(Pindaan)(No.2) 2009 yang
diwartakan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dengan penguatkuasaan peraturan itu kesemua rokok yang dijual dalam negara hendaklah dijual dengan harga yang tidak kurang daripada harga minimum yang ditetapkan, dikira pada harga RM0.32 sen bagi setiap batang rokok.

"Ini menjadikan harga minimum bagi paket yang mengandungi 20 batang rokok ialah RM6.40, 21 batang rokok (RM6.70), 22 batang rokok (RM7.05), 23 batang rokok (RM7.35), 24 batang rokok (RM7.70) dan RM8 bagi paket yang mengandungi 25 batang rokok," katanya dalam satu kenyataan di ibunegara hari ini.

Beliau berkata mereka yang sabit kesalahan melanggar mana-mana peruntukan di bawah peraturan itu boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Liow berkata dengan berkuatkuasanya peraturan itu juga semua syarikat rokok dikehendaki mengisytiharkan senarai harga jualan runcit produk keluaran mereka kepada kementerian sebelum 15 Januari ini.

Katanya semua rokok di pasaran tempatan hendaklah dijual pada harga tidak kurang daripada harga minimum rokok dan notis harga minimum itu hendaklah dipamerkan secara jelas di kaunter jualan tanpa logo, jenama, tanda niaga atau deskripsi berkaitan rokok yang dijual.

Liow juga berkata penjualan rokok pada harga yang lebih rendah adalah dilarang bagaimanapun syarikat rokok dibenarkan membuat pelarasan harga hanya sebanyak tiga kali setahun dan perbezaan harga tidak boleh melebihi 5 peratus.

Menurutnya peraturan itu juga melarang penjualan rokok yang mempunyai label "diskaun, harga istimewa, tawaran istimewa, promosi, promo, edisi terhad dan tawaran" atau apa-apa perkataan lain yang membawa erti diskaun atau jualan murah berbanding harga jualan runcit pada bungkusan atau label rokok atau tempat jualan rokok tersebut.

Liow berkata tujuan peraturan itu dikuatkuasakan adalah untuk mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok terutamanya oleh kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah selain membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.

"Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja dari terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan risiko menyalahgunaan dadah dan penularan penyakit-penyakit kronik, kerajaan komited untuk mengambil pendekatan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok oleh golongan ini," katanya.

Liow berkata banyak kajian sama ada dari dalam mahupun luar negara membuktikan bahawa peningkatan cukai dan harga rokok mampu mengurangkan kadar merokok dalam masyarakat terutamanya di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.

"Hasil kajian yang dibuat pada 2004 di Malaysia menunjukkan bahawa dengan peningkatan harga rokok sebanyak 10 peratus, ia akan dapat mengurangkan penggunaan terhadap rokok 3.8 peratus," katanya. - Bernama
Aka : Harga Minimum Rokok RM6.40 Bagi Pek 20 Batang Mulai Jumaat Ini by Hero2004
....................readmore

Hero2004 Blog

Al Rawshar



....................readmore

Hero2004 Blog

Enjin F-5E yang hilang dikesan di Argentina

KUALA LUMPUR: Dua enjin jet pejuang buatan Amerika Syarikat F-5E bernilai
AS$29 juta yang hilang dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),
dikesan berada di Argentina.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata pegawainya sedang menyemak
dengan rakan setugas di Buenos Aires untuk memastikan enjin yang hilang itu
masih berada di negara berkenaan.
“Enjin yang dicuri itu dibawa ke Aregntina. Kami perlu periksa sama ada
enjin itu masih berada di negara berkenaan," katanya kepada AFP hari ini.

Laporan berita minggu ini menyatakan enjin berkenaan dijual di pasaran
gelap oleh pegawai tentera kepada syarikat berpangkalan di Afrika Selatan
selepas diambil dari pangkalan TUDM tahun lalu.
Selain enjin, bahagian lain pesawat pejuang itu juga dilaporkan dicuri. -
AFP
....................readmore

Hero2004 Blog

Enjin F-5E yang hilang dikesan di Argentina

KUALA LUMPUR: Dua enjin jet pejuang buatan Amerika Syarikat F-5E bernilai
AS$29 juta yang hilang dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),
dikesan berada di Argentina.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata pegawainya sedang menyemak
dengan rakan setugas di Buenos Aires untuk memastikan enjin yang hilang itu
masih berada di negara berkenaan.
“Enjin yang dicuri itu dibawa ke Aregntina. Kami perlu periksa sama ada
enjin itu masih berada di negara berkenaan," katanya kepada AFP hari ini.

Laporan berita minggu ini menyatakan enjin berkenaan dijual di pasaran
gelap oleh pegawai tentera kepada syarikat berpangkalan di Afrika Selatan
selepas diambil dari pangkalan TUDM tahun lalu.
Selain enjin, bahagian lain pesawat pejuang itu juga dilaporkan dicuri. -
AFP
....................readmore

Hero2004 Blog

Lawak : Bekas pencuri terkejut enjin jet boleh dicuri

PAYA MAT INSUN: Seorang bekas pencuri motosikal yang ditemui di sini menyatakan dia tidak pernah terfikir enjin jet juga boleh dicuri.Jika dia tahu enjin jet boleh dicuri,sudah tentu dia tidak perlu mencuri motosikal selama ini.Lebih baik dia mencuri enjin jet kerana dengan sekali curi sahaja tak perlu lagi buat bersusah payah untuk buat kerja mencuri.Habuan yang diperolehi boleh menyara tujuh keturunannya.

Beliau yang sebelum ini melakukan rutin mencuri motosikal di sekitar kampung di sini juga pernah mencuri lembu sebanyak 8 kali.Namun kelapan-lapan kali dia kantoi.

Tambah beliau lagi,mencuri enjin jet juga selamat kerana tiada siapa yang akan tertangkap dan didakwa walaupun setelah 2 tahun enjin jet itu dijual kepada pembeli di luar negara.Beliau yang kelihatan terkejut dengan berita enjin jet dicuri telah menghubungi beberapa rakannya yang juga pakar pecah rumah untuk memberi idea bernas ini kepada mereka.

Selepas ini beliau bertekad untuk menganjurkan kursus mencuri enjin jet di seluruh negara berdasarkan konsep 1 Malaysia. -TAKBERNAMA

http://biaqpila. blogspot. com
....................readmore

Hero2004 Blog

Tragedi Dan Bencana Patut Dijadikan Pengajaran Dan Iktibar

Oleh Mohd Faizal Hassan

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Pelbagai tragedi dan bencana yang berlaku sepanjang tahun ini perlu diambil iktibar dan pengajaran oleh semua pihak agar ia tidak berulang pada tahun-tahun mendatang.

Pelbagai jenis bencana dan tragedi menimpa negara ini dengan ada sahaja alasan yang diberikan sebagai punca seperti masalah teknikal atau kecuaian manusia dan apabila sudah berlaku barulah pelbagai pihak tunjuk sibuk dengan penubuhan jawatankuasa khas bagi mencari jalan penyelesaian.

Di mana sahaja termasuk di darat mahupun di lautan, bencana dan tragedi pasti akan berlaku namun sebagai manusia kita hanya merancang dan Tuhan menentukan yakni kita cuba untuk mengelak sebelum menjadi mangsa namun ketentuan Tuhan mengatasi segala-galanya.

Kemalangan ngeri, tragedi bangunan runtuh, banjir, pesawat terhempas, feri atau bot karam antara tragedi dan bencana yang menghiasi dada akhbar, radio, blog, dan televisyen sepanjang tahun ini.

Memulakan episod tragedi di negara ini ialah pada 25 Jan lepas apabila lebih 70 orang maut dalam kemalangan jalan raya di seluruh negara sejak Ops Sikap ke-19 dilancarkan 19 Jan lepas.

2 Feb pula, seorang pemandu bas terbunuh manakala 23 murid nyaris maut apabila bas sekolah yang mereka naiki terbabas ke dalam sungai di Jalan Masjid Negeri, Pulau Pinang.

Amat menyedihkan apabila pada 18 Mac lepas, pengantin baru dari dua negeri dalam kes berasingan, meninggal dunia dengan seorang pengantin lelaki terlibat dalam kemalangan motor di Kangar manakala seorang lagi maut apabila keretanya dilanggar lori di Rembau, pelik tetapi itulah kebenaran.

Pada 28 Mei pula, empat orang pekerja warga Indonesia maut apabila bangunan Jaya Supermarket di Seksyen 14, Petaling Jaya runtuh.

Pada 4 Jun lepas seorang lelaki berketurunan Siam maut dipanah petir ketika berteduh di sebuah bangsal di Kampung Binjai, Tumpat, Kelantan 4 Jun lepas.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa Champee A/L Kelean, 46, meninggal dunia di tempat kejadian setelah panahan petir terkena pada tangkal tembaga yang dipakai di pinggangnya.

Kegagalan sesuatu gajet alat teknikal juga boleh menyebabkan maut seperti yang berlaku pada 11 Jun lepas apabila seorang anggota komando tentera maut setelah payung terjunnya tidak kembang semasa membuat terjunan dalam satu latihan di Kampung Padang Meiha, Sungai Karangan, Kulim, Kedah.

Mungkin hanya Tuhan dan simati sahaja yang tahu kerana kes kematian Pegawai khas kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock yang dipercayai terjatuh dari koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Selangor 16 Julai lepas masih lagi dalam siasatan koroner.

Bencana atau tragedi itu juga boleh berlaku di tempat kerja seperti di Tanjung Karang, Selangor apabila enam lelaki, empat rakyat tempatan dan dua Bangladesh maut setelah terhidu gas, dipercayai ammonia yang bocor dari sistem penyejuk di sebuah kolah menyimpan ikan di perkampungan nelayan di Kampung Bagan Pasir 11 Ogos lepas.

Di udara sekalipun, bencana turut berlaku dengan dua juruterbang maut apabila pesawat ringan dipandu mereka terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi 11 Sept lepas.

Yang turut menghiasi sorotan tragedi di negara ini ialah melibatkan angin kencang yang turut meragut nyawa seorang remaja perempuan manakala ratusan rumah rosak teruk di lapan jajahan di Kelantan serta daerah Besut di Terengganu, yang merupakan kawasan berdekatan kawasan pantai 30 Sept lepas.

Dan pastinya bulan Okt akan dikenang sebagai bulan tragedi kerana pelbagai jenis tragedi dan bencana berlaku sepanjang bulan itu bermula 7 Okt lepas apabila seorang pemandu bas ekspres maut dan lapan penumpang cedera apabila bas berkenaan merempuh belakang sebuah treler membawa muatan besi di Km305 Lebuhraya Utara-Selatan, Kampar.

Esoknya pula KD Seri Inderapura, kapal pendarat terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbakar semasa berlabuh di jeti Pangkalan TLDM di Lumut.

Manakala pada 15 Okt lepas, dua termasuk seorang bayi lelaki berusia 29 hari maut sementara dua lagi cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu melanggar kepala jambatan di KM237.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Kuantan.

Dan masih segar dalam ingatan kita khasnya pelajar dan guru di seluruh negara apabila tiga murid perempuan ditemui lemas selepas hilang apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar, Perak di pusat kokurikulum itu runtuh 26 Okt lepas.

Selang tiga hari kemudian, seorang juruterbang pesawat latihan Kelab Penerbangan Diraja Selangor maut apabila pesawatnya terhempas berhampiran Kelab Golf Beringin di Lembah Beringin, Rawang.

Tragedi juga boleh berlaku ketika fenomena perubahan angin monsun yang bersama-samanya boleh mengakibatkan hujan lebat dan banjir setiap tahun kepada negara.

Mohd Mazlan Yajid, 28, menjadi korban pertama banjir di Kelantan apabila dia lemas ketika mandi di Sungai Banggol Kerian, Pasir Puteh, pada 6 Nov lepas.

Gelombang pertama banjir di Terengganu pula meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun di Sungai Terengganu di Kampung Getang, Telemong, Hulu Terengganu, sehari kemudian.

Maut pasti menanti walaupun ketika sedang membeli belah, seperti yang berlaku di Kota Baharu 6 Dis lepas melibatkan nyawa dua pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu maut manakala dua lagi parah apabila sebuah kereta terjunam dari tingkat atas sebuah pasaraya KB Mall.

Siapa sangka perkara seperti itu boleh berlaku namun itulah lumrah hidup di muka bumi ini kerana yang hidup pasti akan mati, sekiranya manusia lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada serta memastikan semua kaedah keselamatan sudah diambil pastinya bilangan tragedi dapat dikurangkan jika tidak dielakkan.

Tidakkah Tuhan telah menyatakan di dalam Al-Quran bahawa kerosakan di muka bumi ini berpunca daripada tangan manusia itu sendiri.

-- BERNAMA
....................readmore

Hero2004 Blog

Selamat Hari Krismas & Tahun Baru 2009

Selamat Hari Krismas buat semua pembaca dan Selamat Tahun Baru 2009.

Dean
....................readmore

Hero2004 Blog

HADITH : Letak Penghadang Ketika Solat

Kategori : IBADAH Solat

Tajuk :
Letak Penghadang Ketika Solat

Hadith :
Dari Musa bin Talhah r.a, dari bapanya katanya:”kami solat sedangkan haiwan-haiwan lalu lintas di hadapan kami. Maka hal itu kami tanyakan kepada Rasulullah s.a.w. sabda baginda:”Letakkanlah semacam pancang (batas) di hadapanmu, maka apa yang lewat di balim pancang itu tidak akan mengganggu solatmu.”
(Muslim)

Huraian
DISUNATKAN kepada setiap orang yang hendak sembahyang untuk membuat batas tempat sembahyangnya dengan menghadap pada tembok atau kayu yang panjangnya sekitar tiga suku hasta. Maksudnya supaya ketika sembahyang tidak ada orang yang lalu dihadapan kerana lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang hukumnya HARAM.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
....................readmore

Recent Posts

Prayer Time

Barclays Premier League

F1 Championship

About Me

My photo
Blog ini merangkumi tajuk-tajuk semasa kursusnya yang dibincangkan didalam Hero2004. Disamping isu-isu semasa didalam mahupun diluar negara. Jika ada terdapat sebarang rujukan daripada mana sumber, itu hanyalah untuk kemudahan ahli Hero2004 dan bukan berniat untuk menciplak dari mana-mana pihak.